Yeah yeah hari ni pendidikan seni visual hari ni hari terakhir Firdaus menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Seminggu sebelum peperiksaan cikgu Firdaus ada bagi 3 soalan pilihan untuk pendidikan seni visual, Firdaus memilih soalan no 1 melukis rumah kediaman. Aku tahu Firdaus ni memang suka melukis , pantang jumpa buku atau kertas kosong ada je benda yang dia nak lukis ikut apa yang terlintas difikiran dia. Firdaus ni ada bakat melukis yang terpendam mungkin bakat tu diwarisi dari ayah dia .
Malam tadi Firdaus practise melukis rumah kediaman dengan dibantu suami aku. Nak harap aku bantu alamat rumah kediaman jadi reban ayam, sedangkan aku lukis kucing pun suami ngan Firdaus konpius tak boleh nak cam. Cam mana dorang tak konpius kucing dah macam anjing grkkk geram. Pernah sekali tu aku siap ambik bunga ros buh kat depan aku , konon nak lukis sebijik cam bunga ros, rentikan bila lukisan siap, aku sendiri tak dapat tangkap bunga yang aku lukis apatah lagi orang lain. Aku ni keras tangan .
Aku salute ngan orang yang ada bakat melukis ni,contoh suami aku sendiri aku perhatikan dia melukis macam dia conteng -conteng je atas kertas tapi bila lukisan tu siap hasilnya mengkagumkan. *naik lif tekan punat sendiri*
Lukisan ni dilukis oleh Firdaus , budak berumur 7 tahun , okey tak? Suami aku tak bagi aku kacau Firdaus, dia suruh Firdaus melukis dan mengaler mengikut kreativiti dia sendiri.
Firdaus paksa suami aku melukis rumah, pada mulanya suami aku tak nak , katanya nak melukis kena ada mood. Lepas beberapa minit dia tukar fikiran , dia suruh aku ambik kertas lukisan ngan pensel , di start melukis, dia ambik masa 1/2 jam nak siapkan lukisan ni.......
Suami aku melukis gambar yang ada kat buku drawing block kat bawah,sila bezakan lukisan suami aku ngan gambar kat bawah : )
Lepas lukisan tu siap suami bagitau aku yang jiwa dia tenang selepas melukis.
Sekadar luahan hati :
Jiwa aku tak tenang mendengar keluh kesah rakan sendiri. Aku tak dapat wat apa-apa pun, cuma yang boleh aku kata kita ngan kerajaan langit umpama timun dengan durian , digelek luka menggelek pun luka.*paham tak pe*
Sekadar luahan hati :
Jiwa aku tak tenang mendengar keluh kesah rakan sendiri. Aku tak dapat wat apa-apa pun, cuma yang boleh aku kata kita ngan kerajaan langit umpama timun dengan durian , digelek luka menggelek pun luka.*paham tak pe*