Sekarang ni Firdaus cuti sekolah cite aku mesti banyak berkisar pasal masak masak makan makan. Apa lagi nak cite kalau tak cite pasal masak dan makan. Pagi tadi aku terbangun lambat , tak sempat nak masak nasi ngan lauk untuk Firdaus . Nasib baik sempat sediakan untuk dia roti telur ngan kobis goreng . ko mampu nasi tak masak tiba-tiba je ada kobis goreng. Kobis goreng feveret Firdaus wajib ada, malam tadi aku dah janji nak gorengkan kobis untuk dia maka aku kenalah tunaikan janji aku tu.
Jomlah cite pasal masak-masak ayam bakar simple
Bahan -bahan untup perap ayam
1/2 tbsp Jintan manis
1/2 tbsp jintan putih
1/2 tbsp ketumbar
Dikisar kering
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 batang serai
1 1/2 cm halia
dikisar basah
2 tbsp serbuk rempah kari ayam
1/2 tsp serbuk kunyit
1/2 tbsp sos tiram
1 tbsp brown sugar
sedikit garam
Satukan semua bahan perap ke dalam satu mangkuk.Gaul rata semua bahan perap bersama ayam.Perapkan selama 1/2 - 1 jam supaya semua bahan-bahan meresap.
Bayam yang digoreng bersama ngan bawang putih garing amatlah sedap : )
Sekadar luahan hati
Aku tengah konpius ngan berita
Selepas 4 tahun wanita tu lari mengikut kekasihnya ke lombok. Dia dah pun berkahwin ngan kekasihnya tu.Akhirnya wanita tu kembali dibawak pulang oleh kelab putera 1 Malaysia semalam. Anak dan suaminya dijangka tiba di negara ni minggu depan.la la la la nak jugak.