Hari rabu hari tu aku merealisasikan impian warga cilik kita naik KTM komuter tren baru , sapa lagi warga cilik kita kalau bukan Firdaus. *ciliklah sangat* Tren baru ni 6 koc mampu memuatkan 1,100 penumpang , nampak cantik,luas, canggih ada cctv , tv lcd dan banyak improvement dari tren yang dulu .
Sebelum ni bukannya aku tak nak bawak Firdaus naik tren baru, masalahnya masa aku nak naik tren aku tak pernah terserempak ngan tren baru, tak kan ye aku nak tunggu tren baru berjam jam kat stesen komuter , nampak sangat aku tak de keja lain.ha ha ha .Hari rabu hari tu aku bawak Firdaus pegi klinik naik tren, kebetulan plak tren baru yang lalu pucuk dicita ulam mendatang , kembang kuncup lubang hidung Firdaus tak terkata dah lama sangat dia mengidam nak naik tren baru katanya Firdaus tren baru tu tren 1 Malaysia. Mentang-mentanglah kat pintu tren ada lambang 1 Malaysia main petik-petik je tren 1 Malaysia. *kak ros dengar mesti bangga*
Kengkawan marilah ikuti pergembaraan ahli pelayaran sinbad dari copenhagen ke Pelabuhan kelang dengan menaiki tren baru . Pergembaraan ni mengambil masa tak sampai 20 minit,"pui pui pui kedekut punya mak."Kata Firdaus dalam hati. Ada aku kesah.
ni bukan tren baru ni pokok bunga kertas kat stesen copenhagen
muka bengang
tu bukan keranda ye tu mesin tiket fresh from farm, entah bila nak beroperasi aku pun kurang pasti
Marahlah tu tren 1 Malaysia tak sampai lagi
Muka marah tunggu keretapi hampir satu jam tak kunjung tiba.
Aku blogger aku suka ambik gambar ada aku kesah keretapi tak datang .kah kah kah
Muka orang puas hati dapat naik tren 1 Malaysia
*abang ajib & kak ros sila bangga*
Aku konpius, ni nak tunjuk kerusi ke nak tunjuk vontot Firdaus.ha ha ha
Paparan LCD dapat menyalurkan informasi terkini berkenaan KTM , sekiranya dapat menyalurkan cite kartun okey gak katanya Firdaus : )
Ruang perantara koc terbuka, nak main galah panjang kat tengah-tengah tu pun dah tak de hal. Ada pipi tembam disini.ha ha ha
Ada full map berlampu ,menunjukkan dimana kita berada.
Sistem maklumat penguna pada skrin LED
Luas mata memandang nak tergolek terlentang pun dah boleh .
Okey cukuplah buat hari ni, jumpa lagi.
Sekadar cadangan golongan marhaen kepada yang berkenaan
Stesen komuter dah ada kat westport apa kata buatkan laluan tren komuter dari Pelabuhan kelang ke Westport , senang sikit aku nak pegi keja. Golongan marhaen cam aku ni belum mampu lagi nak beli kereta . saper setuju angkat tangan...............