Tuesday, May 22, 2012

berebut ekor ikan tak pe jangan berebut kuasa

Pelikkan ramai orang yang suka makan bahagian ekor ikan tidak terkecuali suami aku. Aku teringat pada arwah adik beradik aku, dorang suka sangat makan bahagian ekor ikan , kadang tu pasal ekor ikan dorang boleh duk gaduh sesama dorang. Bila semua sibuk berebut bahagian ekor ikan, bahagian yang lain tinggal terkontang -kanting, siapa yang nak dipertanggungjawabkan ke atas bahagian yang lain tu???? Aku jadi pemerhati dari jauh. 

Aku suka jugak makan bahagian ekor ikan tapi demi adik beradik dan suami tersayang aku beralah aku sanggup ketepikan keinginan memakan bahagian ekor ikan.*bajet isteri misali* Walau dalam hati sedu tak dapat makan ekor ikan namun aku bisa mengukir senyum.la la la la la la la
ekor ikan ni bukan milik aku yang hakiki: (


ekor ikan menjadi rebutan, nasib baik hari minggu tu suami aku ke laut jadi tak delah berlakunya perebutan dua kuasa besar. la la la la
Bayam goreng ni simple je , aku goreng ngan ikan bilis dan bawang putih je. Kat rumah aku ni setiap hari goreng bayam pun tak pe, bayam ni peveret anak-anak ngan suami .
Sekarang ni kan musim panas aku buat air Lo han kuo ni untuk  sejukkan badan.
Sambal ikan pecah periuk.Aku masak cincai je ni. 15tangkai cili kering aku kisar ngan 1/2 bawang holland .Aku tumis sampai pecah minyak kemudian aku masukkan 4 sudu besar sos cili life, sekiranya pekat tambahkan sedikit air.Biar agak mendidih , buh garam , secubit serbuk perasa dan brown sugar secukup rasa, akhir sekali masukkan hirisan dari sebiji bawang holland.Kacau sekejap angkat curahkan sambal di atas ikan goreng pecah periuk. Sambal cam ni Firdaus suka, sampai dua round dia makan nasi masa hari aku masak sambal ni.
Apa yang buat aku geram dengan Firdaus ni, lepas makan nasi tak berapa jam dia boleh plak nak makan roti ketam yang aku simpan dalam peti ais , sabar jelah . Bila aku larang dia makan roti tu, dia buat muka muncung.
Dia dengar je aku cakap "sukati Firdauslah," terus muka muncung hilang timbul senyum.



Sekadar luahan hati

ketam mengajar anak berjalan ngan betul tak delah aku bengang sangat , dah memang rupa bentuk ketam dari azali cam tu. Apa yang aku bengang bila kau mengdouble standardkan kawan-kawan. cer teka mengdouble standardkan  tu ayat kata kerja pasif atau ayat kata kerja transitif atau pun ayat rojak melayu campur omputih.la la la la la

Aman graseka aku hari ni : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina