Tuesday, January 3, 2012

wishlist 2012, shopping terakhir tahun 2011, prada , LV, , salvatore ferragamo- semua sale 50%

Salam hari selasa.....................


Awal pagi lagi aku dah keluar dari rumah, semangat tahun baru 2012 nak datang awal ke ofis , tapi apa kejadahnya aku datang awal kalau yang membawak aku ke opis datang lambat. kah kah kah. Ada aku kesah , bukan aku yang dapat surat amaran datang lambat, kak limah yang dapat . kah kah kah

Hari tu ada beberapa peminat , kah kah kah tanya pasal "suatu malam kubur  berasap" , itu boleh tonton atau tak, oleh kerana aku dah tonton, aku nasihatkan sebelum menonton, fikir berpuluh-puluh kali dulu, kenapa aku cakap cam tu sebabnya

1) cite tu mengisahkan sapa yang cakap takbur jumpa hantu
2)makan mee bertukar jadi cacing tu, zaman aku kecik ngan zaman opah tok nenek moyang aku pun dah ada : (
3)muzik dia bukan menyeramkan, buat orang sakit jantung adalah
4)kubur berasap yang mana satu , aku tak nampak lagi hingga last cite
5)cite tu seram , masih boleh ditonton sambil makan kuaci : )
aku tak nak cakap lebih-lebih, kalau suka boleh tonton, aku bagitau je apa yang aku rasa pasal filem tu : )

okey okey sila bertenang, cite pasal shopping prada , LV, Salvatore Ferragamo sebelum tahun baru hari tu jeng jeng jeng





Bahan-bahan untuk direbus ngan gula batu.



Aku borong 6 bungkus lo han kuo kat kedai ubat pertama , Port Klang




Lo Han kuo buh dalam air panas mendidih sebagai penyejuk badan : )





Jeng jeng tak de maknanya shopping beg aku shopping barang penyejuk badan , bagi aku menjaga kesihatan lebih penting sebelum dapat penyakit, terutama tuk anak-anak kita yang cepat sangat deman ngan batuk time cuaca panas cam gini. Hampehkan belum mampu lagi nak beli LV, tunggu mak kayo.Jangan lupa bagi anak -anak korang minum air rebusan teh bunga gula batu kuning, ngan air lu han kuo.


okey last sekali aku punya wishlist untuk tahun 2012

1) nak jadi budak baik, baik , baik, taat perintah Allah SWT, InsyaAllah
2)tak nak tukar washing machine yang rosak-bajet kedekut, maintain nak berus guna tangan .
3)nak rajinkan diri melipat kain baju
4)InsyaAllah nak rajinkan diri berblogwalking, kalau tak sibuk, sebab setahu aku tahun ni adalah tahun sibuk, sebab Firdaus darjah satu, makanya aku kena jadi harimau yang garang , ajar dia buat homework, dah lemak sangat si Firdaus ni asyik main games je sepanjang cuti. ayoh tiba masanya dia kena study study study : )
5)nak beri tumpuan mengemas rumah-habuk dah tebal seinci, bila lagi nak membuang daki , sawang habuk dan yang sewaktu dengannya kalau tak tahun baru ni : )
6)tak nak bagi orang lain membuli aku sesuka hati-kah kah kah, kena jadi kedekut supaya tahun 2013 aku dapat gelaran jutawan-kah kah kah
7) tak pernah seumur hidup aku senaraikan gadjet terkini sebagai wishlist sebabnya  selagi gadjet setiap tahun bertukar selagi tu aku tak teringin gadjet baru. Aku impikan gadjet yang tak akan bertukar , maintain cam tu je, terbaru terkini selama-lamanya.kah kah kah
8)Nak ajar  sendiri Firdaus sembahyang dan mengaji ,  nak asah semula ilmu agama  masa aku belajar sekolah agama dulu .
9)last kopek jauhi aku dari sotong yang suka nak menyibuk disekeliling  aku, boleh pulak purak-purak  jadi anonymous, apa ke bangangnya, kalau dah sotong , sotong jugak , sentiasa nak membelit dan mengelikan sahaja. Ya Allah ya tuhanku jauhilah aku darinya : )






SELAMAT TAHUN BARU 2012, TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina