Saturday, December 31, 2011

harbour place petama kali jejak - SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 dengarlah shaz kelate HOT FM , bukan kubur berasap tengkorak kau berlubang

Salam hari sabtu..................



hari ni 31/12/2011 hari terakhir tahun 2011 tinggal berapa jam saje lagi, kita akan menyambut tahun 2012. Semoga hidup kita akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya , InsyaAllah.





Marilah sama-sama kita tekatkan semangat mendengar hot FM pada 2/1/2012 first time shaz keudara , yang tinggal di Kelantan, jangan lupa tukar saluran radio ke frekuensi 105.1 FM atau mengikuti siaran melalui laman web hotFM.

Jujur aku katakan yang aku bukan pendengar radio tegar terutama radio swasta, sokongan aku ni, kira membalas keikhlasan shaz @ ibu muda yang selama ni setia berkunjung dan mengomen blog aku. Kadang -kadang aku termalu sendiri sebab jarang dapat balas kunjungan blogger lain , termasuk shaz , kerana masa tak mengizinkan, harap janganlah dorang cakap aku sombong, buat masa sekarang ni, aku tengah cuba curik sikit masa buat kunjungan balas.

shaz , cik ina tak link blog ni kat komen ko, tak pe ye : )



Habis cite pasal shaz kita cite pasal "bukan kubur berasap tengkorak kau berlubang".kah kah kah.Petang semalam anak lelaki no 3 (gula-gula hacks) merengek-rengek cam budak kecik kat yuyi nak nengok cite songlap, masa tu yuyi penat , dah lah balik keja terus bawak Firdaus pegi orientasi, dalam penat tapi hati tak nak hampakan gula-gula hacks, pegi gak dia beli tiket wayang kemudian balik ke rumah dia sekejap tukar baju. Masa beli tiket wayang dia call, bagitau yang cite songlap tak de , dia terpaksa beli tiket "suatu malam kubur berasap". Aku cakap ngan dia, aku tak kisah janji gula-gula hacks puas hati.

Pada mulanya takut gak bila dengar dia beli tiket cite melayu, selepas last nengok cite "pasrah" Yusof Haslam , aku dah agak pasrah nengok cite melayu ni .kah kah kah . Suami aku lagi lah , aku nak cakap pasal "suatu malam kubur berasap" tu pun teragak-agak, nasib baik di kontrol situasi malam tadi sebab gula-gula hacks .




aku , suami ngan firdaus tengah menunggu yuyi bawak ke Harbour place , first time aku jejak kaki ke sini , biarpun Harbour place ni ngan rumah aku tak sampai 5 batu : )




gula-gula hacks, yuyi ngan Firdaus muka happy , tak berasap lagi masa tu.

Lepas je tengok cite tu bukan setakat "suatu malam kubur berasap", aku tambah tajuk dia sikit lagi "suatu malam kubur berasap tengkorak kau berlubang" tak sangka ye negara kita semakin maju ada lagi cite-cite cam tu.

Paling aku tak menahan , jangan marah last sekali Along bagi pesanan berbunyi, "tontonlah filem paling best tahun ni, suatu malam kubur berasap 2 akan muncul"
Dia paham ke apa yang dia cakap tu, dengar plak pesanan aku , sebelum "suatu malam kubur berasap 2 muncul" aku rasa baiklah produser dan pengarah filem tu masuk panggung tengok sendiri cite yang dia hasilkan tu, tak pun menyamar jadi penonton , masa tu biar dia dengar sendiri feedback penonton pasal filem dia. kah kah kah



Firdaus yang 6 tahun tu pun pandai cakap "berasaplah sangat"


Along penyelamat keadaan



Nasib baiklah panggung wayang MBO cineplex tu cantik ngan pelakon along ada, tak delah hati kita orang semua berasap sangat. Ramai gak penonton yang melayan samsung galaxy ngan ipad masa menonton cite "suatu malam kubur berasap". The moral of the story bila aku dengar je "suatu malam kubur berasap " aku seram , meremang-remang bulu roma . he he he he he he he , cepat mengilai cam hantu .


cite bersambung..............................


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina