Monday, December 5, 2011

Segmen tahukah anda- kuih vadei-kacang dhal -Part 2

Salam hari senin..................


Sekiranya korang tak tau, aku bagi tau , dari situlah tercetusnya segmen Tahukah Anda-sila jangan sepak aku dengan statement ni ye. kah kah kah

TAHUKAH ANDA

1) Sekiranya kuih vadei yang korang beli kat pasar malam atau kat mana sajalah, agak keras, itu membuktikan sipenjual vadei telah mencampurkan tepung ke dalam adunan kuih vadei.

2) Syarikat tempat aku bekerja , selain dari mengeluarkan produk tepung gandum cap sauh , meraka ada jugak mengeluarkan yellow dhall, kacang parpu cap sauh-jangan marah

3)kan kan kan aku dah kata syamsul yusof akan menghidupkan semula watak dia yang telah mati dalam KL ganster dengan membuat prekual KL ganster-kah kah kah sanggup tu nak jadi hero lagi.Tak moh cakap lebih-lebih kang blogger lelaki tu kata aku jeles dengan hidup orang kaya dan tak tahu bersyukur.Aku zip mulut .hurmmmmmmmm

4) Kacang dhal , ada kacang dhal kuning , hijau dan merah.tanya kak limah dia hari-hari  buat test kacang dhal : )

jangan marah ye , dalam segmen kacang dhal terselit cerita syamsul yusuf: )



Jom segmen membuat kuih vadei : )



200 grams kacang dhal direndam semalaman.



Kisar kacang dhal dengan sedikit air sahaja. Aku tinggalkan sedikit kacang dhal  tak  kisar, nanti nak campurkan ke dalam adunan yang berkisar sebab nak kan kesan effect bagi nampak kacang dhal sebijik sebijik kat kuih vadei nanti selepas digoreng.kah kah kah



Bahan-bahan untuk digaul dalam adunan kacang dhal

1)1 labu bawang besar-dihiris
2)sedikit rempah campur
3)3 tangkai cili kering-dikerat ikut suka
4)beberapa tangkai daun kari-diracik
5) sedikit garam-untuk penambah rasa
6)sedikit serbuk kunyit-untuk penambah seri-kui kui kui




Ini selepas kacang dhal kisar digaul dengan semua bahan di atas. Jangan menderhaka ye, jangan sesekali campur tepung gandum, nanti kuih vadei korang keras berdekang, jangan nak nangis ngadu.kah kah. Siapa yang suka suka pedas + + + boleh  bubuh cili api..



Panaskan minyak, bentukkan adunan ikut suka, kalau boleh bentukkan bulat , kemudian goreng. Jangan cepat terbalikkan, tunggu vadei sedikit garing,. kalau  tercepat balik, hancur berderai punah harapan vadei korang.kah kah kah.




Nyum nyum nyum makan kuih vadei panas panas.tedap




Perkenalkan model berani mati kak limah, hurmmmmmmmmmm



Jumpa lagi dilain rancangan , kurangkan kontroversi dan lakonan dalam hidup, agar hidup kita kekal bahagia selama-lamanya.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina