Salam hari senin........................
Rasa tak puas dua hari duduk rumah, sekejap je dah hari senin. Setiap minggu hari jumaat, hati berbunga-bunga , sepertimana selalu orang cakap, dalam hati ada dalam taman, bila hari senin bertukar dalam hati ada benci.kah kah kah . Dua hari macam tak cukup nak bermesra dengan keluarga terutama simontel Firdaus, tak puas menyakat dia : )
Hari minggu duduk berdua je dengan firdaus, suami ke laut, anak-anak tak balik, aku masak dua lauk je, kuah dhal dan sambal telur. Tekak ni memang dari hari Jumaat teringin nak makan kuah dhal, itu yang hari jumaat masa beli barang kat giant , aku beli sekali kacang dhal, dalam bahasa India kacang Paruppu. Dulu masa tinggal dengan MIL rutin aku setiap pagi bantu dia masak kuah dhal , dia berniaga roti canai. Dah lama tak dapat bantu dia masak kuah dhal, semenjak aku pindah dari sana, itu yang tiba-tiba je rasa rindu nak makan kuah dhal : ).
Kuah dhal atau dalca lebih kurang sama asasnya kacang dhal jugak , cuma bezanya dalca dicampur dengan berbagai-bagai sayur dan ada pulak yang mencampur daging atau ayam . Setiap kali masak kuah dhal, aku memilih cara yang paling simple ikut selera suami yang lebih suka kuah dhal yang hanya dimasak dengan sayur seperti terung bulat , carrot , lobak putih atau kacang panjang . Bukan dia je pilih kuah dhal macam itu, aku pun sama, aku kurang suka kuah dhal yang dimasak dengan ayam atau daging. Terpulanglah pada citarasa masing-masing, setiap orang ada citarasa yang berbezakan.
Bahan-bahan untuk masak kuah dhal
1)aku guna 250 grams kacang dhal-kalau nak cepat kacang dhal tu empuk, rendam dulu semalaman, kali ni aku tak rendam, nak cepat punya pasal, dah tak menyabau nak makan kuah dhal.
2)1 labu bawang besar kuning-potong dadu
3)2 batang carrot-potong ikut suka
4)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
5)3 tangkai cili kering- dikerat ikut suka
6)sedikit daun kari
7)3 biji bawang putih dengan 1/2 inci halia -dikisar kering
Cara -cara masak kuah dhal
Cuci kacang dhal, rebus kacang dhal hingga empuk .Jangan lupa masukkan sedikit serbuk kunyit semasa merebus ,biasalah nak dapatkan effect khas kaler kuning.kah kah kah . Bila kacang dhal hampir empuk, masukkan carrot , biar kacang dhal dan carrot empuk secara serentak. Banyaknya kuah bergantung pada banyaknya kacang dhal. Selepas kacang dhal dan carrot empuk , perasakan dengan garam, tutup api dan ketepikan.
Dalam kuali , tumis rempah campur , bawang besar dadu, cili kering , daun kari dan bawang putih + halia yang sudah dikisar tadi. Masa menumis , kecikkan sedikit api. Tumis hingga naik bau, kemudian tuangkan semua bahan tumis kedalam kuah dhal tadi.Sedia untuk dihidang.
Lauk sampingan selain dari kuah dhal, aku goreng sambal telur. Lagi satu lauk , kari ayam semalam, aku panaskan.
suami aku bawak balik ikan mayong, dia dah siap naikkan isi ikan tu, dia suruh aku goreng saja nak layan makan dengan nasi .
Firdaus tengah leka makan ikan goreng, dia ngan ikan memang tak boleh dipisahkan. Dia suka makan nasi dengan kuah dhal, aku bubuh carrot plak , lagi lah dia suka.
Terasa terangkat sekejap, bila suami memuji kuah dhal tu sedap dan beraroma. Aku rasa , tak lama lagi aku kena baling dengan kamera, bak kata tijah, kalau dah 24 jam asyik nak ambik gambo : )
Berita segar dari ladang
Aku menang pertandingan teka bunga International di sini, hadiahnya sebiji keta BMW. muah muah saja teka pun boleh menang ye.Macam mana ni, aku dah kata aku bukan nak hadiah, tapi kan tapi kan rejeki jangan ditolak. kui kui kui
Tips Ngetop
1) Jangan bubuh garam sebelum kacang dhal empuk sepenuhnya kerana garam boleh melambatkan proses empuk. Tips ni bukan khas untuk kacang dhal sahaja, ia termasuk jugak untuk semua jenis kacang.