Pagi tadi aku terbaca dalam kosmo , ogy Ahmad daud nak saman Johan gara -gara Johan mempersendakan arwah Datuk Ahmad daud ngan Seniwati Saadiah semasa dorang jadi pengacara bersama dalam Anugerah Skrin dua minggu lepas , kalau tak silap aku. Kontroversi betul lah Johan ni, dia ni pada aku biadap sikit bila melawak, maaflah kalau peminat dia yang berlambak kat luar sana marah dengan tulisan aku ni, entahlah tak tahu kenapa, since aku nengok dia mempersendakan anak dan isteri Yosof Haslam dalam rancangan maharaja lawak, aku dah tak berkenan dengan dia.
Aku sokong sangat kalau ogy nak saman Johan, biar ini jadi satu pengajaran dalam hidup dia selepas ini supaya jangan sewenang-wenangnya menjadikan family orang lain jadi bahan lawak. Kalau aku kat tempat Yusuf Haslam, dah lama Johan tu makan penumbuk. Diharap pelawak-pelawak yang lain jangan lah jadikan family orang lain , modal untuk buat lawak, kena dengan orang yang tak kisah tak pe, kena dengan orang yang tak suka, silap haribulan kena saman, tak pun kena makan penumbuk.
Setiap orang punya pandangan berbeza, tapi aku serius tak boleh terima kalau orang mempersendakan family aku, lebih lagi family aku semua dah jadi arwah. Aku pernah berselisih faham dengan suami, gara-gara dia tersalah cakap pasal family aku, mujur dia cepat minta maaf. Begitu jugak ngan suami, dia pun tak suka orang lain mempersendakan family dia sebab tu kalau bercakap mengenai family dia , aku sentiasa berhati-hati.
Kalau nak kutuk, kutuk aku je, jangan babitkan family aku. Pernah satu ketika dulu, aku nyaris nak lempang sorang tu, gara gara dia arwah mak jatuh basikal. Masa tu arwah dah terjelepuk tepi jalan , apa apa hal aku pegi cekak leher orang tu dulu, nak puaskan hati. Nasib baik ada sebuah bas berhenti meleraikan keadaan, kalau tidak tak tahu apa jadi. Begitu jugak ngan yuyi, dia ni korang nampak kool, jangan cepat menilai . Hari tu dia dah tumbuk muka sorang budak pompuan kat tempat keja gara gara budak tu terlepas perkataan ****mak kat yuyi. Yuyi ni pantang kalau orang bergaduh atau bergurau ngan dia cuba kaitkan family dia, harus ada yang melayang. Ada sorang budak lelaki tu kena pukul ngan helmet, gara-gara budak tu sebarkan cerita yang tak baik pasal adik dia.
Pada aku keluarga harta paling beharga, tak ada sesiapa pun boleh menyentuh bab keluarga aku,aku rasa kebanyakan orang pun , punya pendirian yang sama seperti aku. Berhati-hatilah bila bercakap, pepatah ada menyebut kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Perkara yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye.