Hidup aku sederhana, tak kaya, tak pula miskin, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang . Dalam hidup aku, tak de apa yang lebih membahagiakan , kecuali bila bersama keluarga tersayang. Arwah ibu menjadi sumber insprirasi aku dalam melayari kehidupan di muka bumi ini. Dia orangnya penyabar, dalam penyabar ada ketegasan.
Aku orang yang tak de cita-cita, apa sahaja yang datang aku tempuh . Aku dah biasa harungi ranjau kehidupan, tak ada sekelumit pun dalam hati ni pernah menyalahkan Allah SWT di atas segala kesukaran hidup yang aku hadapi. Biarpun satu ketika dulu , hampir setiap hari aku menyuap nasi berlaukkan garam, aku masih mampu tersenyum , tak pernah lupa mengucap syukur atas rezeki yang Allah SWT kurniakan.
Kalau kamu kat luar sana rasa selesa dengan kehidupan kamu, aku tak pernah rasa cemburu mahupun irihati. Kenapa kamu kata orang yang menyalahkan orang lain , tak pernah bersyukur?. Kamu kena ingat , orang yang meluahkan pendapat , orang tu bukan menyalahkan orang lain, dan kedua-dua orang itu, bukan orang yang tak pernah bersyukur. Kalau kamu rasa hidup kamu best sangat, selesa dibawah naungan kerajaan sekarang, kamu kena lebih bersyukur, tak payahlah kamu nak rasa sakit hati bila baca luahan rasa orang yang tidak berpuas hati pada kerajaan. Negara ni mengamalkan demokrasi, semua orang berhak menyuarakan pendapat.
Dalam entry ini, mengapa kamu komen "ogy memang dari dulu poyo".Kalau kamu dah tak tahu apa yang kamu nak komen, aku rasa lebih baik kamu duduk diam-diam sahaja di blog kamu. Kamu kena tahu apa yang aku cuba sampaikan aku kata, aku tak suka orang yang mempersendakan keluarga orang lain. Johan mahupun ogy tak kena mengena dalam hidup aku. Aku tak de pun cakap yang aku menyebelahi johan ataupun ogy. Fahamilah apa yang aku cuba nak sampaikan sebelum mengomen. Serius aku marah dengan orang yang tak faham bahasa, yang rasa dia best forever, tapi still nak menyibukkan diri kat sini.
Aku cuba nak berjinak-jinak dengan sos tiram jenama Mahsuri.
Aku bersyukur subuh tadi aku masih boleh menyediakan sarapan, nasi goreng kampung untuk keluarga.: ~)
Nasi goreng kampung makan bersama telur goreng. Sekiranya dihati kamu yang diluar sana, teringin nak buat nak buat nasi goreng kampung serupa ini, sila ambik resepi dibelah kanan blog ye. Terima kasih
Diharap kamu semua faham ye, aku tak suka nak telan sesuatu benda yang aku tak suka, tak de orang yang boleh paksa aku kalau aku dah tak suka , kalau boleh aku muntah benda tu semua , harus aku muntahkan, lega sikit , hilang rasa senak diperut :~).
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS HARIAN.