Wednesday, December 28, 2011

Restoran Seafood-banyak memberi aku idea memasak

balik dari sini, suami ajak makan kat Port Village, makan yang ringan je, cam mee ngan nasi goreng, tapi biasalah yuyi ni bukannya pandai makan ringan -ringan ni, dia mesti nak ada lauk pauk. Yuyi order ketam ngan sotong tu peberet dia, aku suka ikan, kali ni tak order sebab dah ambik kupang, lupa plak nak order sayur. Suami order nasi goreng cina tuk Firdaus, untuk kita orang dia orderkan mee hailam. Saja suami tak orderkan nasi , dia kata kalau makan nasi nanti terlampau kenyang, lauk -lauk tu tak boleh habis. Kalau makan seafood tak best jugak kalau pegi dua orang , paling best pegi ramai-ramai, baru syok makan.



Tak sah kan kalau tak berposing sakan.Cam retis kpop plak anak lelaki aku ni : )




Firdaus tu ntah apa kena menjelir lidah, dia ngan yuyi ni ada saje benda yang nak dibuat.



Pada aku semuanya sedap , terutama sotong goreng tepung cicah sos cili bawang putih ngan halia(tekaan aku) , kupang tu aku rasa digoreng cili ngan taucu, ketam pun sama, rasa digoreng ngan taucu tapi ada dicampur sikit udang kering, dah dapat idea tuk memasak : )




Firdaus cucuk-cucuk tiger prawn belaan yang dalam akuarium tu, dia ingat dapat pegang. kui kui kui



Jumpa lagi dilain hari dan waktu. Malam tadi aku tak bukak lappy langsung , mata terlampau penat, first time aku letak kepala kat bantal terus tidur, memang tak bermaya langsung, tak tahu kenapa.Cepatlah hari Jumaat, nak relax, kebelakangan ni letih yang amat.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina