Tuesday, December 27, 2011

Jusco selection, Jaya Jusco menghargai pelanggan ; cadangan penambahbaikkan kedai professor

sambungan cite hujung minggu, balik dari tesco, yuyi ajak singgah Jaya Jusco, Bukit Tinggi sebab dia nak beli tiket wayang. Kat Jaya Jusco , Bukit Tinggi ni aku ngan yuyi beli baju, bag dengan kasut je selain dari makan-makan. Aku jarang beli barang dapur kat Jaya Jusco, selalunya aku beli kat kedai ubat cina, econsave atau pasaraya 99 speedmart sebab aku rasa kat situ harga barang dapur lebih murah. Sementara tunggu dia beli tiket wayang aku tinjau jugak barang dapur, mana tahu ada yang murah, kebetulan ada murah plak cam colgate, selalu aku beli RM8 sekotak , hari tu dapat RM4.99, aku borong sekali 5 kotak. Keropok jusco selection pun murah, RM1.09, kalau tak silap aku , yang penting sedap , dipenuhi isi bukan angin : )




Yuyi plak suka beli barang dapur kat Tesco, dia kata kat situ murah , senang nak cari barang, tempatnya pun tersusun. Kat Tesco, aku pegi kedai professor, beli baju ngan seluar sekolah Firdaus . Aku suka jenama professor sebab quality kainnya elok, tahan lama, tak payah setiap tahun bersesak-sesak beli baju sekolah anak. Firdaus masuk tahun 3 nanti, baru ganti, aku tak suka sangat pegi tempat sesak terutama shopping complex, saja-saja jalan tanpa tujuan memang tak de lah nampaknya aku pegi.



Firdaus dah macam Duta professor : )


Jangan tak caya, aku jahit tangan tau kaki seluar sekolah Firdaus tu , nak pakai mesin jahit tak pandai, lagi pun kat rumah aku ni tak de mesin jahit.Nak cari kedai jahit tak sempat, aku potong je seluar dia sendiri.Cadangan aku, kedai pofessor kena sediakan tukang jahit tuk pelanggan yang memerlukan perkhidmatan memotong seluar macam kedai seluar Jeans levis ngan Lee, kalau tak silap aku : )

Jalan-jalan kat Jaya jusco bukit Tinggi,lepas balik dari Tesco. Yuyi ada pasang niat nak beli kasut ngan beg sekolah Firdaus, dia tunaikan niat dia petang tu, beli kasut ngan beg sekolah Firdaus kat Jaya Jusco, Bukit Tinggi. Kelengkapan sekolah Firdaus semua dah siap, cuma tinggal beli buku sekolah je, tunggu hari Jumaat aku beli sekali masa hari orientasi tahun 1 .


Sambung balik cite kat Jaya Jusco, masa hari natal tak sah kalau tak berposing kat pokok krismas berlampu sana sini , terutama kat Jaya Jusco, Bukit Tinggi , kalau bukan hari natal pun ,Jaya Jusco Bukit Tinggi ni sentiasa meriah . Ada macam duta Jaya Jusco Bukit Tinggi tak ? kui kui kui



Aku suka sangat ngan gambar ni rasa cam tak percaya, susun atur aku tepat selepas lihat hasil gambar tu : )


Sales girl jual barang perhiasan dan costume hari natal ni mesti bengkek, mana tak nya , anak aku bukannya nak beli, pegi ke situ sekadar nak pakai costume hari natal tu untuk ambik gambar. Bukan anak aku sorang je buat cam tu, hampir semua yang masuk situ, sekadar ambik gambar je.


Gedik plak Firdaus dalam gambar tu .


Firdaus dah pandai buat aksi-aksi yang melucukan.geram : )





Balik dari Jaya Jusco, suami ajak makan kat Port Village ...........................







Jumpa lagi dilain hari dan waktu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina