Wednesday, December 28, 2011

cadangan masakan ikan GT @ Gerepoh-part III , resepi kari ikan GT@Gerepoh, resepi dan juadah part 2

Sambungan masak kari ikan GT...................kepala , ekor ngan isi ikan GT aku masak kari subuh tadi atas permintaan suami. Sebenarnya aku jatuh cinta ngan kari ikan  semenjak kahwin ngan suami : )

sembang cite lain jap ye, tadi kawan aku ngadu katanya blog yang biasa kutuk aku tu,  ada lagi  cite buruk pasal aku. Aku cakap ngan kawan tu, aku dah tak kisah , dia nak tulis cite apa-apa pun pasal aku, blog aku dah femes dan fofular , ribu riban pengunjung(sila muntah sapa terasa nak muntah) buat apa aku nak layan orang cam tu. Aku bercakap ngan rasa bangga, sebab aku tak pernah cari pasal ngan orang  lain, so what. kui kui kui. Cuma satu je aku nak tanya dia,  sedap ke jilat  ludah sendiri?kah kah kah , teringin sangat nak tau rasanya  cam mana.

Bersambung cite pasal kari,tengahari tadi sebelum pukul 12.30 aku dah makan, gara-gara tak sabar nak makan kari ikan sendiri, boleh gitu, subuh tadi tak sempat nak rasa, gigih aku bawak kari tu ke opis . Kari ikan jadi kegilaan aku sekarang ni, makan plak ngan sambal belacan : )

Jom layan kari ikan, aku masak subuh tadi.............



Garam kunyitkan sekeping kepala, sekeping isi ikan ngan 2 ketul ekor.



Kali ni kau guna rempah kari Alagappa's, lebih kurang 6 tbsp rempah kari bancuh ngan air.



3 cm halia - hiris
5 ulas bawang putih-hiris
4 ulas bawang merah -hiris
1 tangkai daun kari
1 tsp rempah campur
1tsp halba

tumis hingga naik bau dan layu kemudian tumis rempah kari yang dah dibancuh tadi hingga pecah minyak.(kecikkan api semasa menumis rempah kari).




Selepas rempah kari tadi pecah minyak, masukkan bancuhan air asam jawa(quantity air asam jawa bergantung pada quantity rempah kari dan ikan). Biar kari agak mendidih lama, kemudian buh ikan yang dah digaram kunyit, biar ikan masak sepenuhnya.Akhir sekali buh garam, 1 tsp gula ngan, perasa, sebagai penambah rasa.



Jangan masak ikan terlalu lama, ikan dah agak masak , terus angkat.



Kari ikan kena ada sedikit rasa masam ,baru sedap, lepas makan tertinggal bau rempah kat tangan : )



Aku suka ekor ikan, bekalan ke opis hari ni.




Jemput makan,  cam tak cukup nasi , makan ngan kari ikan bersama sambal belacan kawan opis.



Pesanan penaja : Lebih baik fikir macam mana nak majukan hidup sendiri, dari fikir hidup orang lain.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina