Friday, December 9, 2011

dalam senarai makanan kegemaran-suhun goreng-simple tapi best

Salam hari Jumaat.................

Kembali lagi bersiaran, selepas tertunda beberapa jam, sibuklah dorang ni suka sangat lalu lalang kat sini, nak update blog pun susah. Semalam first time aku masak suhun goreng, bila suami ngan anak makan terus dorang suka dan nak tambah lagi, aku terus senaraikan suhun goreng dalam list makanan kegemaran family. : )

Masak suhun goreng tak perlu mengambil masa yang lama, bahan-bahannya pun simple, tak perlu guna banyak bekas , bila tak guna banyak bekas, tak payah nak basuh bekas, jimat air, kenapa nak jimat air? sebab air tak de lahhhhhhhhhhhhhhhhhh.hua hua hua hua




tedap suhun goreng ni, nak lagi nak lagi dan lagi . cantik tak pinggan tu?cer cakap cer cakap ,cantik.

SUHUN GORENG





approx. quantity, suhun yang aku guna.




1)6 tangkai cili kering kisar ngan 3 biji bawang merah
2)sayur ikut citarasa masing -masing, aku guna sedikit kobis cina dihiris ngan sebatang carrot dimayang halus.
3) telur dua biji
4)sedikit sotong kurita kisar, kalau ada yang nak guna udang kering kisar pun boleh.
5)kicap kipas udang masin
6)sos tiram
7)suhun direndam dalam air sekejap je .


cara membuatnya

Tumis cili kisar hingga naik bau,masukkan sos tiram dan kacau , kemudian masukkan sotong kisar, biarkan hingga sotong lembut. Selepas tu, pecahkan 2 biji telur ditengah-tengah kuali, biarkan hingga telur sedikit garing. Selepas telur tadi garing , masukkan kobis dan carrot , kacau hingga semua bergaul , kemudian masukkan suhun yang dah direndam, buh kicap, kacau hingga suhun lembut, tutup api, angkat dan sedia dihidang.

cuba jangan tak cuba ye, selamat berhujung minggu bersama family tersayang : )

nota kakitangan


1)kicap kipas udang masin dan sos tiram, penganti garam dalam suhun goreng.

2)Jangan rendam suhun terlalu awal, nanti lembik bila digoreng cepat putus, seelok-eloknya rendam, bila kita start menumis.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina