Penatnya hari ni, baru je habis mengemas esbok, bab bersehkan esbok ni selalu buat aku lemah tapi nak buat cam mana kena gak bersehkan , sebelum suami aku balik nak isi ikan malam nanti, InsyaAllah sekiranya dapat hasil dari laut. Aku bersehkan esbok yang belah atas je, belah bawah KIV dulu, boleh gitu? mana tak penuh banyak perut ikan beku yang aku lupa nak buang . Dah terbiasa , setiap kali menyiang ikan, aku ambik perut ikan masukkan dalam plastik , lepas tu simpan dalam esbok dulu, esok masa orang kutip sampah datang, baru aku buang kat dalam tong sampah, takut kalau buang terus kat tong sampah, orang kutip sampah tak datang, habis kat depan rumah bau busuk ngan perut ikan .
Pagi ni tak buat brekpes , terus masak lauk tuk makan tengahari, dah biasa kalau tinggal berdua je ngan firdaus jarang aku buat brekpes.Masa mengodek bersehkan esbok tadi jumpa kepala ikan, kepala ikan tu aku masak asam tumis, lauk sampingan lain ikan kembung goreng, sayur yilek , stok sayur dalam esbok dah habis, nak keluar beli sayur malas plak, aku masak je apa yang ada. Siap masak, aku godek puding caramel yang rai ourkuzana bagi minggu lepas kalau tak silap aku. Rai bila nak buat GA puding caramel lagi? sedap tau puding tu, Firdaus duk ulang makan,.Itu baru firdaus makan, belum ayah dia makan, InsyaAllah tunggu dia balik malam ni , suruh dia cuba rasa puding caramel tu, selalunya puding yang aku buat dia tak berapa suka nak makan sebab ada rasa telur.
dapat banyak gak puding caramel tu : ) suka Firdaus makan |
Asam tumis kepala ikan ngan ikan kembung goreng je lauk tengahari ni :) |
Setiap kali buat puding caramel aku suka bubuh dalam bekas , nanti kalau budak-budak nak makan senang. Cream puding caramel Rai ni sedap, masa tengah menulis cite ni, dah masuk 4 kali firdaus makan, suka sangatlah dia tu,ketawa sampai terkembang hidung : )
Berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye.
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG