Salam hari Jumaat...........
Herba dan rempah , dua benda ni dari dulu buat aku teruja. Mana satu herba, mana satu rempah?
Herba biasanya datang daripada daun, manakala rempah ratus datang daripada bijian, buah , kulit kayu atau akar.Kadang herba ngan rempah boleh datang daripada pokok yang sama.contohnya daun ketumbar segar adalah herba yang digunakan dalam masakan tomyam, manakala serbuk ketumbar daripada bijinya pulak antara bahan utama dalam rempah kari.
Suami yang sedang mengopek durian itu tak de kena mengena dengan herba dan rempah ye: ). Cop aku pilih durian yang ada ulat,, memang durian kampung sebenar tak de bahan kimia, fresh from farm, isinya manis dan pahit, memang kena dengan citarasa aku.
Aku bersyukur pada Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan , syukur sangat sebab ada orang yang sudi nak kasi aku 3 beranak merasa durian tu, biarpun hanya 3 biji, , aku dapat rasa macam makan durian seguni, betapa besarnya kurnian Allah SWT.

Abaikan seluar suami yang terkoyak kat lutut style rock kapak memang sebegitu : )
Budak yang teruja dapat makan durian.
MENU MALAM TADI-kailan goreng ; sambal tempoyak gedik :) ngan kari ayam simple je.
Aku guna 2 paket suria spices rempah kari ayam bersama rempah campur , bunga lawang serta hirisan bawang putih, merah dengan halia untuk masak kari ayam separuh bahagian.
Aku baru pertama kali , petang semalam mencuba jenama rempah suria spices untuk masak kari ayam simple. Aku jamin 80 % sekiranya bahan tumisan untuk masak kari ayam itu ditumis sehingga naik bau , manakala rempah tu ditumis hingga pecah minayk, InsyaAllah kari ayam itu akan menjadi sedap.
Pertama kali juga aku mencuba sos tiram Mahsuri, sebelum ni aku hanya guna sos tiram life.
Pertama kali juga aku mencuba sos tiram Mahsuri, sebelum ni aku hanya guna sos tiram life.
Teknik dan cara masak kari dah sering sangat aku tepek kat sini, sekiranya nak semak semula sila selak label belah kanan ye.
kari ayam simple , yang penting cukup rasa. Kalau boleh jangan bubuh bahan perasa bila masak ayam.
Nak dapatkan sayur kailan yang sedap, hirisan bawang putih hendaklah ditumis hingga naik bau serta bertukar kecoklatan.betul ke ayat tu, cam serabai je:(
Cilok durian suami 2 ulas, aku gaul isi durian dengan cili masak 2 biji + cili api 2 biji dikisar kemudian buh sedikit garam.
Biasalah , Firdaus dengan kailan atau bak choy goreng tak boleh dipisahkan.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang : )jangan nakal-nakal.