Jangkanya petang semalam nak update blog, tertangguh sampailah ke hari ni, ni semua gara- gara blogspot yang tak bagi update guna format lama, aku blur , kekok bila guna format baru ni. Semalam aku half day, balik keja terus temankan kak limah mencari aksesori bollywood, sebab malamnya dia ada fashion show, Ada je yang membantutkan usaha aku nak update blog,sampai je rumah lepas melayan kak limah cari aksesori, aku kena layan bos kecik ; Firdaus, baru je nak duk depan lappy, kain baju menimbun yang dah siap basuh dalam bilik air tu, menjerit mintak dibilas, dekat nak setahun pengering washing machine rosak, terpaksalah bilas guna tangan , nak beli washing machine baru, rasa membazir plak, bersabau je lah : )
Fresh from farm , dapat berita yang kak limah menang tempat kedua dalam pertandingan bollywood fashion show. kah kah kah , tak sia-sia ko jah habiskan duit 50,0000 rupiah menempah baju lenga tu, belum masuk bayaran juru make up profesional lagi, tapi tak pelah janji hadiahnya lumayan, tajaan penjagaan badan selama setahun, sapa tak nak?. Tak sia-sia aku temankan ko jah, beli subang berlian petang tu.kah kah kah
Terharu , kak limah mengondol hadiah tempat kedua pakain tercantik . |
Credit pada ratu kebaya, sudi twit gambar kak limah ni. Tak sia -sia mentor bagi sokongan moral berlipat kali ganda tuk protege.kah kah kah. Mulanya kak limah down gila gila, bila dengar para peserta dari negara luar hebat -hebat belaka, setelah aku asah otak dia guna parang tajam , barulah dia bangun semula ngan semangat berkobar-kobar cintakan Malaysia , apa kena mengena plak Malaysia ngan ini gambar.kah kah kah. Satu je pesan aku, kalah menang adat pertandingan, tak payahlah nak duk fikir sampai tak boleh tido malam, yang penting keyakinan diri mesti ada, sapa tahu rezeki Allah SWT , ye dak?
Maaf gambar peserta lain dalam pertandingan tu aku tak dapat nak tepek, sebab aku tak hadir kerana pada masa yang sama aku menghadiri jamuan makan malam ngan kak ros.Kalau nak lihat peserta yang lain kena tunggu ratu kebaya update.
Sebelum dinner ngan kak ros semalam , sempat lagi aku masak kari sotong ngan lempeng kosong , dah lama sebenarnya tak masak kari sotong, takut tak menjadi je, bila suami puji kata sedap , tak tentu arah dibuatnya rasa masa tu gak nak update resepi. Tak tahu lah samada kita perasan atau tak?, kita rasa bangga /terkembang semacam je kalau suami ngan anak yang bagi pujian, orang lain puji tak delah kita rasa bangga semacam tu.
Jom layan kari sotong ...........yang suami kata sedap sangat tu, hurmmmmmmmm
Kali ni aku guna sotong katak, sotong ni hasil tangkapan kawan suami minggu lepas. Sotong ni lembut sedikit kalau nak dibandingkan ngan sotong kurita.Cerita lebih lanjut pasal sotong lenkali aku cerita ye. Bersih/siang/potong sotong katak, cara memotong sotong ikut citarasa masing-masing ye. Didihkan air yang dicampur sedikit garam, celurkan sotong sebentar, anggaran 1/2 minit, angkat dan tuskan,simpan air lebihan mencelur sotong,
Bahan-bahan untuk masak kari sotong
1)bahan utama mestilah sotong, anggaran 1/2 kilo-tak kira apa jenis sotong, janji boleh makan dan halal.
2)hirisan 3 ulas bawang putih dan merah ; hirisan 1/2 inci halia dan kunyit
3)1 tangkai daun kari
4)3 kuntum bunga lawang
5)1 sudu kecil rempah campur-terdiri dari biji sawi, jintan manis &putih & halba.
6)bancuhan 1 1/2 paket rempah kari Adabi
7)lebih kurang 50 ml perahan air asam jawa
8)sotong yang sudah dicelur dengan air lebihan mencelur sotong
Cara-caranya
Tumis bahan 2, hingga naik layu, diikuti ngan bahan 3,4,5 tumis hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak.Bila rempah dah pecah minyak, masukkan sotong , kacau hingga rempah ngan sotong bergaul mesra, kemudian curahkan air lebihan mencelur sotong tadi(quantity air bergantung pada citarasa masing-masing, samada nak kari pekat atau cair,) aku suka kari yang pekat , aku buh sedikit je air tu, akhir sekali masukkan perahan air asam jawa, biar kari mendidih sebentar, perasakan ngan sedikit garam dan gula. Kalau suka boleh buh sedikit parasa. Nota kaki : jangan celur sotong dan didihkan kari sotong tadi terlalu lama, takut sotong jadi liat. Proses mencelur ngan mendidihkan kari sotong aku ni, ambik masa tak lebih dari seminit, tapi bergantung jugak besar mana potongan sotong korang, aku pilih jalan selamat dengan memotong kecik sotong tu : )
Nampak tak bos kecik sedang baring atas lantai tu ? dia tengah menunggu aku buat teh , siapkan lempeng ngan kari sotong dia, aku plak gedik ambik gambar makanan , bos dah lapau siap sound aku "mak dah siap ke belum ?, mak buat apa ambik gambar dulu?" Geram je , tak boleh tengok aku duk senang lenang.
Sedap jugak layan lempeng ngan kari. sotong.Aku terkembang lagi bila suami puji lempeng ni sedap. oooo lempeng ni sedap gara-gara bancuhan lempang tu dari campuran tepung gandum ngan tepung naik sendiri, bukannya suka-suka nak campur, sebab tak cukup tepung gandum lah aku campur..Nampak gayanya resepi lempeng ni kena kekalkan : )
Lempeng campuran tu tak cukup.....................akan bersambung episode akan datang.......