Tuesday, November 8, 2011

sotong kurita , sotong kurita, spa, pedicure manicure

Salam hari selasa..........


Sabtu ahad anak-anak datang rumah, biasalah bila dorang datang masakan semua bertukar kepada yang pedas -pedas. Yuyi ni hantu pedassss sangat.Kalau aku buat sambal belacan, itu tandanya yuyi datang.Dia ni ngan sambal belacan tak boleh dipisahkan, sampaikan rojak pun bantai makan ngan sambal belacan. boleh gitu.

Selain dari wat sambal belacan, aku masak pajeri nenas ngan sambal sotong kurita. Sotong kurita ni suami nak wat umpan mancing , oleh kerana cancel memancing, aku rembat wat sambal.




sotong kurita yang masih hidup, umpan mancing.

Selalunya suami beli sotong kurita hidup, tuk umpan tangkap ikan besar, reganya mahal gak sekor. Aku buat sambal ni yang tak hidup.Rasa sotong kurita lain dari sotong biasa. First time makan,aku dah terpikat ngan rasanya.



Kalau hidup geli sikit nak pegang sebab dia cam menjalar jalar kat tangan.



Kalau kat pasar susah nak jumpa sotong kurita ni, sebab cepat je kena rembat.



Ni sebelum dimasak sambal, dah siap dibersehkan, buang dakwat, potong kecik-kecik cepat skit lembut.



Jeng jeng sambal sotong kurita..................


Aku bagi resepi pajeri ye, kalau sudi ambiklah. Pajeri tanpa kerisek nothing. ceh ceh wah macam- macam bagus je ayat tu kan. kui kui kuik .betullllllllll



BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas -sederhana besar
santan dari 1 biji kelapa
1 genggam udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia

DIHIRIS

2 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 peket serbuk kari ikan-DIBANCUH NGAN AIR
4 camca besar kerisik
3 camca besar gula
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai .Basuh udang kering.Kalau nenas sedikit masam, masakan ngan sedikit gula, lepas tu ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah pecah minyak.

Masukkan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula , kerisik dan nenas . Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau pajeri ini . Biar sampai nenas empuk , Bila empuk bolehlah diangkat....





Sambal belacan nenas pedas meletup-letup, quantity cili api yuyi yang tentukan. kui kui kui , lepas tu goreng ikan terubuk masin judu makan ngan pajeri nenas.



Lagi sedap, ada orang yang ketipkan kuku kaki, time badan penat-penat ni. Untunglah Firdaus balik dari mandi kolam, dia letih ada plak orang tolong ketip kuku kaki. Tak boleh jadi ni, selalu yuyi syampokan rambut aku setiap kali datang umah dia, oleh kerana belek Firdaus terlebih-lebih, sampai dia lupa. cissss Firdaus dah melampau.kui kui kui kui




seronokkan gi spa, wat pedicure manicure time badan letih ni. Sesekali korang pegilah kat sini, terbaek , rega pun berpatutan atau pun kat sini. Kedua-duanya aku dah cuba, perkhidmatannya berbaloi ngan rega. Sekarang aku tengah main kutu, nak cukupkan duit nak gi sana lagi.kui kui kui

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina