Nama saya Firdaus sekarang ni umur saya 7 tahun. Saya bantai gelak bila saya dapat tau yang mak saya bercerita dalam blog pasal saya yang excited sangat nak berpuasa. Saya nak berpuasa tapi nak buat cam mana saya hanya boleh tahan lapar tapi dahaga payah sikit nak tahan . Jiwa saya kacau. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri mengapa dan kenapa saya sanggup berbuka puasa hanya kerana tercium aroma ayam goreng KFC. Biarpun saya puasa setengah hari pada hari pertama puasa ini tak bermakna yang saya tak de keinginan nak berpuasa penuh macam orang-orang diluar sana. Tapi bila difikir-fikir balik macam rugilah plak saya buka puasa pukul dua semata-mata nak makan ayam KFC. Inilah adalah pengalaman pertama saya berpuasa, InsyaAllah akan datang saya akan cuba untuk berpuasa penuh. Kengkawan yang baik hati , saya harap Kengkawan semua dapat mendoakan supaya saya dapat berpuasa penuh pada tahun ni InsyaAllah :) - dari yang sentiasa comel-Firdaus
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
jalan-jalan di pasaraya Giant pada hari pertama puasa. Jangan betulkan skrin monitor anda, : ) Gambar berdialog bersize besar ni hanya ditayang sekali je diblog ni.la la la
Ambiklah saya jadi model iklan syampoo, anda pasti tak menyesal.
Sekadar luahan hati