Tuesday, July 17, 2012

maduku cikgu Jamilah

Semalam aku bawak Firdaus pegi klinik. kasihan  dekat 2 minggu dia kena selsema , semalam baru aku terhegeh-hegeh nak bawak dia  pegi klinik.Doktor kata selsema dia berpunca dari alahan kepada habuk.Maksud di situ selepas ni aku kena lebih merajinkan
diri membersehkan habuk yang berterbangan disekeliling rumah aku.Mulai malam tadi dan malam- malam seterusnya aku kena suruh Firdaus tidur dalam bilik. Dalam bilik tak delah banyak habuk cam kat ruang tamu. *bajet rajin kemas bilik*

Hari ni aku suruh Firdaus bagi surat mc kat cikgu kelas dia. Ada kebangangan disitu aku plak boleh bawak sampai ke tempat keja surat mc dia tu.Sampai office aku faxkan surat mc tu ke sekolah. Cilakak Hampir 20 minit aku mengingatkan nama cikgu kelas dia tak de satunama pun yang muncul dalam otak aku ni kecuali cikgu Jamilah. Malas aku nak pikir aku terus fax sebelum fax aku tulis kat situ "Attn : cikgu Jamilah" lepas fax aku terus call pejabat sekolah

Aku : Assalamualaikum, cik ada nampak  fax  surat mc saya tak untuk
cikgu jamilah guru kelas 1 cemerlang

kerani : waalaikumsalam , saya dah dapat ni, anak cik sekolah mana?

Aku : sekolah kat situlah

kerani : setahu saya guru kelas 1 cemerlang bukan cikgu Jamilah

Aku : glurpppp ye ke? siapa guru kelas 1 cemerlang.

kerani: cikgu memon

aku : tanjat memon."Apa kejadahnya cikgu Jamilah tiba-tiba muncul dalam fikiran aku, adakah cikgu Jamilah bakal maduku."aku kata dalam hati.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina