jom lah kita buat paper kuih
Kata arwah mak aku kalau kuih muih yang 100% guna tepung pulut kita kena campurkan 50 % ngan tepung gandum , itu kata arwah mak aku kalau tak betul dipersilakan tanya arwah mak aku.
Tepung pulut lebih kurang 1 1/2 cup,1 1/2 cup tepung gandum,sedikit garam dan 1 1/2 cup kelapa parut dicampurkan dalam satu mangkuk. Adun adunan tersebut mengunakan air suam, uli adunan hingga sekata.
Abaikan jari jemari ku yang agak runcing disitu.ha ha ha uli jangan tak uli biar adunan jadik sebati
Aku saje adun lebih sikit ada balance nanti pagi boleh wat berakfast. Jarang sangat kat rumah aku ni breakfast kuih manis-manis cam gini sesekali apa ade hal.
bentukkan kuih kertas ikut kreativiti masing -masing tapi jangan sampai tak masuk dek akal , aku tanya korang ada ke bentuk kuih kertas selain dari bentuk kat atas?
Kuih kertas yang telah siap digoreng
Sungguh aku tak tipu aku guna dua sudu besar gula je untuk buat sira kuih kertas. Pesanan penaja jangan buh terlebih air alamatnya sampai keesokkan harinya gula korang tak menjadi sira.Biar gula agak mendidih dan berbuih buih kemudian baru masukkan kuih kertas yang dah digoreng tadi. Kacau kaup balik sehingga gula menjadi sira kemudian tutup api kacau lagi hingga sira betul-betul kering.
Cukuplah untuk 3 ngan 4 orang makan-aku kurangkan gula nanti tak delah takut sangat nak makan.Almaklumlah sekarang ni kan musim diabetis.*cis ada ke musim diabetis*
2 ketui kuih kertas ni aku letak kat sebelah Firdaus , dia buat tak layan jenuh aku paksa dia makan barulah dia makan.
Abaikan jejaka berbaju merah dibelakang tu. Anak-anak aku kalau makanan bergula ni memang slow sikit itu pun setelah beberapa kali aku paksa dia makan barulah dia makan tanpa perasaan.ha ha ha jahatkan aku demi kerana nak memeriahkan entry aku ni sanggup aku paksa anak sendiri makan benda yang dia tak berapa berkenan.Like I care.ha ha ha
Sekadar luahan hati
Kita solat setiap hari dan setiap waktu. kita berdoa pada Allah SWT minta di beri kebahagian didunia dan diakhirat tapi kenapa bila kita diberi ujian lebih sikit kita rasa kitalah paling berat diuji dari manusia- manusia yang lain dimuka bumi ini. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang telah dikurniakanya. Makin kita ingat kepada Allah SWT maka makin hampirlah Allah SWT pada kita, InsyaAllah *undilah saya sebagai ustazah pilihan*