Aku tak suka masak sambil membebel tapi kalau update cerita masak aku suka plak membebel panjang lebar.Semalam aku masak simple je aku masa sup sawi + telur, celur bendi, tumbuk sambal belacan dan goreng ikan masin. Seperti mana yang kita tahu masakan simple tulah yang membuat nafsu makan kita bertambah. Sila ambik perhatian di sini aku senaraikan masakan yang boleh membuat kita bertambah nasi.Bila cerita pasal masakan otomatik perut aku berkeroncong unuk Ana.InsyaAllah tengahari ni aku masak ikan kicap kot. Jomlah kita tengok calon-calonnya
Masakan simple yang pada aku akan membuat selera makan kita bertambah:-
1)betik ala ala muda tumis air (buh lada hitam sikit arwah mak aku kata) judu ngan sambal belacan dan ikan masin
2)masak tumis apa je sayur judu ngan ikan goreng atau sambal belacan
3)singgang ikan
4)asam rebus ikan ngan bendi
5)ikan bakar judu ngan kicap cili atau air asam
6)ayam percek dan bakar
Aku rasa kalau aku senaraikan lagi masakan simple yang sedia ada kat Malaysia ni mahu aku tak masak Firdaus ngan suami aku kat tepi duk jeling.la la la la
Sup sawi +telur + ikan bilis-laju je Firdaus makan sup sawi ni sukalah gamaknya.
Mantop bendi cicah ngan sambal belacan. Celur bendi ngan air mendidih yang dibuh sedikit garam dan sedikit minyak.sejurus angkat bendi tu cucur kan kat bawah air paip sekejap.
ikan masin homemade goreng sikit je dah cukup , ikan masin ni kena cuit sikit-sikit je sebab tekstur ikan masin ni ala ala ikan tenggiri atau ikan gelama masin.
Tangan je nampak kurus ye, badan idak.
Sambal belacan campur air asam jawa(kalau boleh asam jawa tu bancuh ngan air suam) +sedikit gula + secubit kecik serbuk perasa.
Adik !!sebutir nasi ibarat setitik peluh petani.
Sekadar luahan hati
Dulu aku suka baca satu blog ni , cerita dia banyak berkisar halal haram dan banyak menjurus pada keislaman sikit masa tu aku anggap dia baik sangat tapi semenjak kebelakangan ni aku naik muntah hijau bila aku tersedar dia dah 44 kali menipu orang tanpa dia sendiri sedari. Malas aku nak cakap dia dah besar dia sendiri tahu apa yang dia dah buat.