Ye , makcik dah semakin malas ye dik nun.Bila kemalasan mulai menguasai diri apa pun tak boleh alamatnya juadah bersahur yang aku sajikan untuk keluarga dah semestinya makanan yang amat mudah untuk disediakan contohnya mee atau bihun goreng.okey stop cite pasal bersahur, Tak tahulah samada korang perasan atau tidak yang aku ni jarang tepek gambar juadah berbuka puasa atau atau bercerita mengenai juadah berbuka puasa aku ngan family. Bukannya aku tak nak tepek gambar ,aku nak tepek tapi aku segan sebab aku jarang masak juadah berbuka puasa buat pengetahuan korang juadah berbuka berbuka aku peniaga pasar ramadhan yang masak . Sila percaya aku hanya berkesempatan memasak juadah untuk berbuka puasa cuma pada hari pertama dan kedua puasa je.*alasan klise*
Waktu bersahur otomatik aku bertukar kepada ibuk yang rajin memasak*matik pujik diri sendirii
Menu sahur semalam ; aku goreng mee goreng sotong
Resepinya simple dan mudah je :-
Sebungkus mee kuning-basuh dan tuskan
dua atau 3 sudu cili kisar & 6 ulas bawang putih -hentak ngan belakang parang dan kupas *dasar orang rajin*
Taugeh segenggam dua-aku tak tahulah cam mana besar genggaman korang.la la la lasawi 1/2 ikat
basuh berseh dan tuskan.
Lebih kurang 10 ekor sotong bersize sederhana besar-siang ,berseh dan tuskan .
Bahan perasa
1)dua sudu besar kicap kipas udang lemak manis-untuk penambah rasa
2)dua sudu besar sos tiram-untuk penambah rasa
3)1 sudu besar kicap pekat-untuk memberi warna hitam pada mee goreng
Tumis bawang putih cincang tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan cili tumis sampai pecah minyak(wajib)-masa menumis guna api sederhana ,bila cili dah pecah minyak masukkan dua sudu besar sos tiram dan sotong kacau sebentar kemudian masukkan sawi, diikuti ngan mee kuning . Bubuh kicap pekat terpulang citarasa masing-masing, saper suka mee goreng kaler hitam buh lebih sikit kicap.(pada aku dah sedang elok sesudu besar kicap pekat untuk mengoreng sebungkus mee kuning )Tak payah buh garam sebab mee kuning dah sedia masin (gantikan ngan buh dua sudu besar kicap kipas udang lemak manis), Kacau dan kaup balik jangan putuskan plak mee tu, last sekali buh taugeh, goreng rebah bangun je , kemudian bolehlah diangkat.sedia dihidang serta dinikmati.
Mee goreng basah cam ni boleh gak dijadikan juadah untuk berbuka. Kalau waktu bersahur aku goreng mee cam ni punya banyak maksudnya anak aku yang dua orang tu balik bersahur kat rumah aku.
Sekadar luahan hati
Hari ni InsyaAllah kalau diizinkan Allah SWT aku memasak untuk juadah berbuka puasa.