Selera kami ni lebih kurang sama, kami lebih suka bihun goreng dibandingkan mee goreng atau kueh teow goreng
Firdaus tengah menghitung hari akan ketibaan bulan Ramadhan.
Masa makan Firdaus bertanya ngan aku
Firdaus : Mak ni (sambil menunjukkan 10 jari)kita tak boleh makan ye
Aku : saper bagitau Firdaus
Firdaus : kawan Firdaus
Aku : ye, tak lama lagi bulan puasa
Firdaus : mak kita boleh makan waktu subuh je kan*muka excited*
Aku : tu waktu sahur
Firdaus : mak nanti raya kita kena balik kampung kan?
Aku : Firdaus jangan sembang sangat ngan kawan kat sekolah ye . Bila cikgu tak de dalam kelas Firdaus bacalah buku.
Firdaus : okeyyyyyyyyyyy.
motip terlebeh sudah "Kampung saper yang dia nak pegi tu., bila masa plak aku ada kampung?Aku kata dalam hati. Teringat plak masa aku kecik-kecik asal hari raya je ingat kampung , ingat kampung je mesti masa hari raya , sangguplah kumpul duit raya semata-mata nak ajak arwah mak balik kampung. Lepas ni bila Firdaus cakap pasal balik kampung lagi sekali aku dah tak boleh marah : )
Sekadar luahan hati
Hari datang dan pergi silih berganti tidak aku sangka bulan Ramadhan datang kembali.Rasanya baru semalam aku menyambut 1 Syawal bersama keluarga di sini. .
Ada sedikit bangkai di situ puasa tak ingat sibuk nak ingat makan angin. la la la