Tuesday, August 9, 2011

Tempat jatuh lagi di kenang

Salam Ramadhan...............


Sebenarnya pagi ni aku nak tepek gambar juadah sahur subuh tadi, tak jadi plak bila teringat gambar petang semalam kat pasar Ramadhan tempat aku dan anak-anak membesar.

Aku rasa cam special sangat gambar ni. Bukan cantik tapi ntah , gambar ni cam kenangan aku dan anak-anak.




Gedek courier sevices jangan pernah rasa tercabar.

Anak lelaki aku meninjau-ninjau juadah berbuka puasa. Dalam hati ada taman, sambil meninjau sekali awek -awek cun.



Kalau nak makan murtabak, aku akan setia mencari pakcik ni. Kena beratur , siapa cepat dia dapat.



Yuyi tercengang kenapa plak?

Anak-anak aku suka ngan pasar Ramadhan ni sebab banyak orang tempatan. Padang belakang tu arwah adik selalu main bola ngan kawan-kawan.

Lepas beli juadah berbuka, yuyi teringat nak main tikam. Kami pegi ke kedai Apek. Time aku kecik kedai apek ni kedai papan. Time Yuyi dah besar kedai Apek tukar flat.




Depan kedai apek ada longkang kecik, yuyi pernah jatuh kat situ, dahi dia berparut sampai sekarang. Aku cakap ngan yuyi "tak baik beli tikam, dosa." yuyi jawab "alah , ini nak ingat memori masa kecik." Anak lelaki beli tikam RM4.



Kuil India di belakang tu dirasmikan oleh Datuk Samy Velu pada tahun 1982.

Bukak tikam dalam kereta , Terima kasih maksudnya tak dapat duit.



Ini maksudnya dapat 60 sen. Total semua kami dapat RM2.30. Lepas tu kami tukar ngan air kotak teh bunga.



Riang ria dapat air kotak teh bunga.

Kemudian lalu sekumpulan budak remaja perempuan , aku pelik.

Aku tanya yuyi "sekarang mak tengok banyak budak perempuan yang suka pakai eye liner cam Amy winehouse kan."

"alahhh, cuba mak tanya lagu Amy winehouse yang dorang tahu,"statement tak boleh blah yuyi.



Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat main tikam...



Jumpa lagi..............di lain waktu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina