Wednesday, August 3, 2011

Tips nak lariskan business

Salam Ramadhan............


Peniaga kat luar sana mesti ramai yang search "tips nak lariskan business", ambik resepi nasi goreng ni dulu, lepas tu pegi main jauh-jauh.Janganlah kecik hati, tips tu kemudian ye, ambik resepi ni dulu.

Jeli koko ni buat malam tadi.



Jeli koko ni baru je tercipta malam tadi, buatnya senang je, mula-mula sediakan periuk, Masak serbuk agar-agar dalam 600 ml air, kemudian masukkan serbuk koko atau milo bersama susu pekat manis.Kacau hingga mendidih kemudian tuangkan ke dalam bekas.



Sejukkan dalam esbok.




Jeng jeng jeli koko-nama ikut suka korang nak letak.

Nasi goreng kampung ni goreng subuh tadi.



ikan bilis segengam basuh kemudian kisar kering.



5 ulas bawang merah + 5 ulas bawang putih hiris kemudian kisar kering



6 tangkai cili kering , rendam ngan air panas kemudian kisar kering. Tumis bawang kisar sampai naik bau, kemudian tumis ikan bilis diikuti ngan cili kisar tadi. Masa menumis tu , kecikkan api, nanti tak delah cepat hangit. Semuanya dah naik bau, (bukan bau hangit ye murid -murid), Last sekali masukkan nasi yang dah digaul ngan sedikit garam.Jangan lupa bubuh secubit pak aji naik moto, kalau dua cubit, aku plak cubit korang.



Terserlahkan cili berkeping-keping, dah sah ni nasi goreng kampung.

cepat-cepat tips yang dinanti-nantikan, kalau tak ambik rugi.

Tips tuk peniaga kuih muih atau lauk pauk .

Sekiranya anda peniaga ikan bakar, tak kira jenis ikan, letak kat tempat pembakar tu 5 atau 6 ekor ikan je. Kalau ada pelanggan yang bertanya "Tak de ikan lain ke cik".Anda mesti jawab cam ni"Baru je habis bakar 50 ekor, semua dah habis". Orang tu garenti pikir 20 kali kalau tak nak beli ikan bakar tu. Jantung dia mesti dup dap dup dap, tak sabar nak merasa ikan bakar yang sedap tu.

Kalau kuih pun cam tu, korang letak 5 atau 6 ketul je, buat cara yang sama cam aku tulis kat atas.garenti habis.Insyaallah. Bukan senang nak dapat tips ni, ambik masa lama,duk bertapa ngan mak kak limah .

Tadi kak limah kabau, cheese tart aku habis orang beli , mesti dia guna tips kat atas, bila orang tanya " tak de lain ke, mesti mak dia jawab " tadi ada 50 ketul cheese tart , sudah jual habis". kah kah aku hantar 6 ketul je suruh dia jual.

Nak ikut tips cam ni, pastikan makanan jualan sedap, kalau tak , silap-silap esok pelangan yang beli tu baling ngan telur busuk.Kalau korang rasa tips ni bongok,bak kata prof gedek atau memperdaya perasaan pelanggan sila abaikan tips ni.



Sekian terima kasih......................

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina