Thursday, August 11, 2011

icip icip

Salam Ramadhan...............

Mama pinjam sekejap icip-icip ye, cik ina tak de modal.

Semalam seharian blog ni tak cite pasal lauk paukkan, rasa cam tak best plak. Jom cite pasal lauk pauk........ petang semalam balik keja pegi pasar malam rabu kat area rumah, cadangnya nak cari ikan ngan sayur topup stok dalam esbok.

Malas nak masak sebab dah habis banyak masa kat pasar malam, sampai rumah pun dah dekat 6.30 petang.Beli mee sup tuk bukak puasa. Sampai rumah nengok ikan tongkol , cam terkinja-kinja plak nak masak. Salin mee sup dalam mangkuk, nengok pun tak selera. Masa bukak puasa makan sikit memang sah dia guna ayam pencen sebab isi ayam keras.. Bukannya tak makan ayam pencen , kalau masak rendang aku okey lagi, cuma tak suka dibuat sup. Aku rasa sup tu cam hanyir sikit.




Ini mee sup ayam pencen tu makan sesuap lepas tu simpan dalam esbok.



Ikan tongkol sekor suruh tauke tu siangkan sekali, balik cuci , garam kunyit , goreng.

Perbelanjaan beli ikan hanya RM 9 ,dapat ikan selar besar 3 ekor ngan tongkol sekor. Selebihnya beli baby kailan , kacang botor ngan capsicum merah.




Jeng jeng harus kepala di goreng sekali, sebab nak buat kudap kudapan.boleh gitu?



Jeng jeng berapa kali jenglah, ikan tongkol goreng cili bersepai. Isi ikan ni tak berapa manis, tak banyak peminat kat luar sana, kalau kena ngan cara masak okey je, cuma ikan ni kalau masak berkuah aku tak berapa suka.



Nak senang guna mesin kering cam ni, sekiranya nak masak sambal goreng cili bersepai cam tu.

Bahan-bahan senang je, 7 tangkai cili kering kisar ngan 5 ulas bawang merah. Tumis bahan kisar sampai naik bau, awek pontianak tolong kecik kan api skit nantikan terhangit. sapa susah , akak gak. buh air asam skit, kacau -kacau kasi masak, last sekali buh garam , gula, pak aji skit, lepas tu boleh campak ikan goreng tadi, kacau- kacau angkat.

menu kedua haruslah ada sayur, kali ni teringin nak goreng kacang botor, kalau buat kerabu takut tak de yang makan.



Banyak gak aku goreng kacang botor ni. Sebelum hiris tu cuci dulu, jadi tak delah vitamin -vitamin tu terbang.



Bersepai buat kali kedua, kisar kering 3 biji cili masak ngan 3 ulas bawang merah. Agak dah lumat,kisar ikan bilis sengengam yang dah cuci. Tumis bahan kisar ni sampai pecah minyak, kemudian masukkan hirisan kacang botor tadi. kacau hingga empuk, buh garam sebagai penambah rasa. Lepas tu angkat kemudian ngap, sabau dulu tunggu azan maghrib.



Jeng jeng kacang botor goreng. Kalau goreng ngan belacan pun sodap.



Budak temban ni tukang ratah , dah 2 kali bersiaran ambik kacang botor.



Geram je aku ngan dia ni, pukul 3 pagi baru tidur. Pukul 11 ,  suruh dia bukak cd tolong awek aku pontianak dalam bilik aku nak nengok, tetiba aku terlelap plak, terjaga balik tengok jam kat hp dah pukul 3 pagi. Pandai dia , tengok aku membuta dia tukar cd lain plak ,tonton sambil ratah kacang botor goreng, boleh gitu. Nak bersahur pagi tadi ,bukak tudung saji tinggal pinggan kosong.Terkedu, baru nak makan , tak pelah sebab dia kecik dimaafkan. Rasa nak babab je vontot dia sebab tidur lambat.



Okeylah sampai sini je, membebel panjang plak. Pagi tadi nak mengomen blog kawan pun tak boleh , blogspot ada masalah lagi.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina