Salam Ramadhan................
Jangan pedulik tajuk yang tak boleh blah tu.
Maaflah teman -teman semenjak bulan Ramadhan ni aktiviti jalan-jalan baca blog teman terpaksa dikurangkan sebab sibuk ngan akiviti buat biskut raya. Tengok di situ manusia lupa diri bukan perbanyakkan amal ibadat., buat biskut raya plak ye. Rezeki jangan ditolak. Cari rezeki untuk keluarga pun dikira amal ibadat gak.
Hujung minggu sibuk buat Samperit Dahlia ngan Coklat chip bersama pembantu indonku.Biasalah business dah maju harus ambik pembantu Indon kalau tak ambik mana cukup kaki tangan.
Pembantu Indonku sedang bizi letak paper kat atas tray .
Semoga yuyi ngan anak lelaki tak baca blog aku hari ni, mahu dia hangin satu badan panggil dia pembantu Indon.kah kah
Samperit Dahlia sebelum masuk oven. Abaikan bentuk yang tak semenggah tu ye. Yuyi bengang sebab aku tak kasi dia tekan doh. Dorang boleh bantu letak kertas je, yang lain aku buat sendiri. Nampakkan ketamakkan aku di situ.
Ambik resepi kat sini ye murid-murid . Lepas ni aku nak letak ceri merah, rasa cam tak menarik plak manik tu.Aku jual biskut raya memang tak bagi orang testing sebab kat pasaraya tempat jual asam ngan kerepek pun dorang tak bagi pelanggan testing. tak gitu maknya? Buat sample biskut satu hal, nak letak buh dalam plastik satu hal, setiap tahun pelanggan sama satu hal, remeh sangat aku fikir, rasa habis masa kat situ je? Pembeli dah paham pesyen tak boleh blah aku ni. Nak wat cam manakan.
Dorang yang percaya ngan hasil kerja aku akan beli , sapa yang nak rasa sample baru beli, harap maaf, aku jual kuih atau biskut garenti sedap, sebab aku pun suka makan yang sedap je, tak kan nak bagi orang makan yang tak sedap. tak gitu maknya? Ini bukan statement sombong diri tapi lebih mengajak peniaga makanan supaya buat makanan yang sedap , jadikan keutamaan berniaga tu sebagai sedekah kemudian baru fikir pasal duit.
Nak tergelak plak bila teringat pasal sample biskut raya. Tahun lepas kawan aku ni adalah merasa satu sample biskut raya yang kata situkang jual special skit . Rasa memang sedap masa tu. Bila dapat biskut tu seminggu sebelum raya, kawan aku tu merungut -rungut tak sedap, rasa tertipu macam-macam lagilah. Dah kena sumpah satu hal, esok mesti dorang tak nak beli biskut ko lagi. Jenis cam tu tak pikir business untuk jangka masa panjang, nak untung cepat .
Dah sibuk haruslah goreng nasi je.
Telur goreng wajib ada.kah kah
Nasi goreng + cili api + belacan kisar, resepi cari kat dalam ye, subuh ni penat sangat.
Semangkuk cili api aku letak bersama nasi goreng.
Yuyi tanya "kenapa ngan cili api dalam mangkuk ni mak?" "itu tuk ko, kalau rasa nasi goreng tu tak pedas boleh patah cili tu". Saja aku nak bako yuyi,
Cukup sampai di sini saja, sambung tengahari nanti ye.bye bye bye