Saturday, March 3, 2012

pelik-pelik - menanti hujan teduh

Entah kenapa semenjak kebelakangan ni mood aku nak berblog dah tak macam dulu, macam tu jugak ngan mood memasak , seingat aku nasi goreng ikan sardin menu terakhir yang aku masak, itu pun masak  minggu lepas , dalam minggu ni sekalipun aku tak pernah masak lagi. Istilah malas masak dan berblog, sebenarnya jarang ada dalam kamus hidup aku, itu yang buat otak ni ligat memikirkan kenapa/mengapa/sebab apa datangnya malas tu. Apa yang pasti fikiran aku serabut  berpunca, bila mana opis aku nak berpindah ke tingkat 2, satu hal lagi semenjak pengurusan kat sini diambik alih oleh  bos baru,  suasana opis   tidak  semeriah dan seceria  seperti 16 tahun dulu  , terasa sangat  semangat aku nak bekerja semakin lama semakin pudar.................

Semalam susana sedih menyelubungi opis aku, tak de angin tak de ribut tiba-tiba je sorang bos tu meletakkan jawatan . Dia bukan setakat bos , dia jugak boleh dianggap sebagai kawan. Mahunya aku tak sedih, hampir 16 tahun kita orang bersama. Semalam hari terakhir dia kat situ , sebelum  balik keja aku jumpa dia sekejap, sebelum jumpa dia  aku  dah  janji ngan diri sendiri tak nak menitiskan air mata,  entah kenapa air mata ni mengalir jugak, tak sampai hati melihatkan  dia dalam kepayahan menahan sebak/ sedih sesekali  aku nampak  dia berpaling ke belakang untuk menyeka airmata.

ahhh tinggalkanlah pasal bos yang dah meletakkan jawatan tu, semakin dikenang, semakin sebak dada. Petang semalam  balik dari tempat keja,  hampir 5 jam aku terkandas dek hujan lebat. Sementara menunggu hujan teduh , suami ajak makan kat kedai  berhampiran dengan  tempat kita orang berteduh. Kedai makan tu dulu agak femes kat kawasan Port Klang ni, tapi semenjak kedai makan dah bersepah bagai cendawan tumbuh dimusim hujan, kedai tu dah semakin kurang di kunjungi pelanggan. Jangan salahkan pelanggan, kalau tak datang makan , jujur aku katakan  kebanyakan   peniaga melayu meniaga macam melepaskan batuk ditangga.






Nasi ayam yang nampak sedap tapi rasanya  agak mengecewakan. Jarang sangat Firdaus ngan suami tak habiskan  makanan, masa tu  dorang paksa diri habiskan semua makanan ,suami aku ni tak suka  membazir terutama nasi. Aku order kueh teow goreng,erkkk rasanya amat mendukacitakan .

Nampak tak kucing kat atas jenang tu? ,kucing tu nak turun takut sebab hujan lebat.Firdaus sibuk sangat ngan kucing tu.



Otak-otak makcik tu mengubat hati kita orang yang kecewa ngan nasi ayam, kueh teow goreng dan lamb chop.Terbaeklah otak-otak makcik tu, kata makcik otak-otak tu dari Johor bahru



Hujan semakin lebat ...........

Nasi ayam tadi tak cukup mengenyangkan aku order lamb chop, rasanya agak mengecewakan, tapi nak buat cam mana telanlah jugak sementara menunggu hujan teduh.


Nak mengisi perut yang kekosongan aku tapau 10 keping otak-otak . Bertuahlah orang Johor ye, dapat makan otak-otak yang sedap.





Semoga hari ni aku diberi kerajinan dan semangat berblog seperti sediakala.Terima kasih pada yang sudi menjengah blog aku walaupun aku tak de cite yang menarik semenjak kebelakangan ni. Minta maaf jugak kepada kawan-kawan semua sebab dah lama tak berkunjung ke blog korang. Firdaus sekolah ganti hari ni, sekejap lagi aku nak masak ,ingat nak masak yang simple simple je, masak sambal ikan bilis, telur dadar dan sup suhun ngan kentang.InsyaAllah

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina