Monday, March 19, 2012

Dari akupanktur ke Port Klang Golf Resort



Salam kengkawan................


Sekejapnya dah hari senin, tak puas nak meluruskan pinggang kat rumah, dah kena pegi keja.cis. Habis tu nak wat cam mana, hidup kena diteruskan.kui kui kui Petang semalam tengah aku duk melepak , tiba-tiba je suami aku bagitau yang dia nak bawak aku buat akupunktur. Ni semua gara-gara terlebih nengok rancangan Nona, yang ada cite mengenai bahayanya berdengkur semasa tidur hingga disebut silent killer. Takut aku mati cepatlah tuuuuu. opsss kalau suami aku tau aku cakap cam ni, mamposs  lenkali jangan harap dia nak layan segala tuk nenek  penyakit aku. 


Bergegaslah petang tu suami bawak aku pegi ke Perubatan Tradisional Lin Seng, kat sini dulu MIL aku pernah buat akupunktur sebab masa tu dia ada masalah ngan saraf muka , sebelah mana aku lupa plak, seingat aku muka dia senget senget sikit , Alhamdulillah sebulan buat akupunktur kat situ  dia pulih sepenuhnya.

Aku dah bagitau suami yang tempat tu hari minggu tutup, kalau bukak pun sampai pukul 1 je. Habis nak wat cam mana orang dah eksited , nak gak pegi aku ikutkan je. kui kui kui last akupunktur yilek, dia ajak aku pegi menyidai kat tepi pantai tak berapa nak pantai.kui kui kui.


Ramai yang memanggil tempat ni dengan nama Tanjung Gila, tapi aku suka nak panggil tempat ni Port Klang Golf Resort sempena mengingati arwah adik aku pernah jadi caddy kat Golf resort yang terletak berhadapan ngan Tanjung Gila tu.


gelandangan ? #silatamparmulutsendiri40x


Sila bagi tumpuan pada gambar perempuan gemuk berseluar putih tu ( cakap pasal gemuk, cepat je mata aku nak pandang badan sendiri, oh tidakkkkkkkkkkk) perempuan tu ada anak lebih kurang umur 2 & 3 tahun masa dia tengah duk leka menyembang ngan suami dia, anak  dia  dah  berada kat  tebing(sila tumpukan perhatian kat tebing tu) suami aku pegilah bagi tau kat mak bapak budak tu yang anak dorang dah kat tebing. cer korang teka mak budak tu jawab apa???? tanjat boboy dah lah tima kasih pun tak de , siap tengok kita orang atas bawah lagi.

Aku terkedu, suami aku biasa je, cisss aku cakap ngan suami " kalaulah anak dia jatuh tadi , saya tengok dari sini sambil goyang kaki , boleh gitu". Suami aku marah "awak ni tak baik menyumpah cam tu, tak pelah janji kita dah bagi tau , dorang nak dengar atau tak terpulang pada dorang". Termalu jap ,mulut orang lelaki ni susah nak menyumpah orang, banyaknya orang perempuan je mulut cam haremmm #tampar mulut sendiri 40x .Sapa yang tak menyumpah kalau ye pun nak berdating ngan hasben, silalah awasi anak tu , anak dia yg buat onar mak plak yang tak keruan. . Dah aku jenis cam tu suka bizi body bab bab keselamatan budak-budak ni. Suami aku tegur dia buat bodoh ,aku malas dah nak ambik tau, lantak ko lah nak berantakan, opsss menyumpah lagi.#cepatmintaampunngansuami.


Budak ni  patut jumpa perunding imej Norma lorel, tak patut betul baju , seluar kasut berlainan warna cam ni.kwang kwang kwang hazab betul mak budak ni.

Apasal dorang ni hazab sangat nak buat segala sampah sarap kat dalam laut . Punyalah senang buang dalam tong sampah dalam laut ngan sungai gak nak dihumbannya sampah sarap #dasarotakletakkatlutut..

Lepas penat berjimba-jimba kat tepian pantai yang tak berapa nak pantai, perut pun jadi lapau semacam. Apalagi lagi Port Village dah dekat, moh lah ke situ, ajak suami aku #bajet dia ajak dia bayau, yeah yeah yeah


Kita orang makan yang ringan-ringan je #bajet makan nak murah , kueh teow goreng, nasi goreng cina ngan kailan goreng ikan masin, air chinese tea, selalu yuyi je bajet nak minum air buah bila datang makan kat sini .opsss janganlah dia terbaca statement ni hancurrr.


sampai sini jelah, jumpa lagi InsyaAllah.................

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina