Showing posts with label bangang. Show all posts
Showing posts with label bangang. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

dah lah bangku bangkai plak

Bangkai kalau disorok pun akhirnya akan berbau juge, bangkaikan. *matik cite pasal bangkai*.Bagi aku laa kan biar mulut bangkai jangan hati bangkai.la la la la .mulut bangkai aku ni cam dah tak sabar nak cite hal satu pompuan nie aku jumpa kat sg .congkak hari sabtu hari tu.

Bercerita tanpa gambar cam tak syok kan

Maafkan aku ye aku kureng sikit bab grafik ni.Korang anggaplah jelah 3 orang lidi tu mewakili seorang bapa kepada seorang budak lelaki anggaran umur setahun dan sorang budak perempuan anggaran umur 3 tahun. Masa tu aku tengah syok layan yuyi ngan Firdaus mandi manda manakala suami aku plak leka menyiapkan empangan batu .Tak sampai sejam kitaorang bercanda-canda di situ kemudian datanglah seorang lelaki membawa dua orang anak dia mandi manda berhampiran ngan tempat percandaan kitaorang .Ada aku kesah? ini tempat awam suka hati dialah nak bercanda kat mana pun ye dak.

Ada sedikit kebangkaian disitu isteri lelaki tadi memandang kitaorang dengan pandangan tak puas hati. Sampaikan suami aku pun perasan isteri lelaki tu muncung sedepa bila nampak suami dia bawak anak-anak dia mandi manda berhampiran ngan tempat percandaan kitaorang.Aku tahulah suami kau handsome tapi bangkai sangat kalau kau tak perasan yang suami aku dua kali ganda lebih handsome dari suami kau.*matik puji suami sendiri* la la la la isteri dia buat muncung sedepa suami dia plak yang termalu sendiri tak lama kemudian dia bawak anak-anak dia beredar dari situ.

Kalau boleh henti-hentikanlah perbuatan cemburukan suami kat tempat awam ni. Bangkaikan bila kita perasan yang suami kita terlebih handsome dari suami orang lain maka banyaklah berlakunya kes isteri muncung sedepa atau tarik muka 14 bila suami memandang perempuan lain.Itu belum lagi suami kau berada dalam sunway laggon dimana kebanyakan perempuan kat situ mandi pakai bikini , masa tu kau nak buat apa nak meroyan cam orang hilang akal.

scary teringat muncung sedepa isteri lelaki tu : )

Masa ni aku suka tengok Firdaus happy je wat hal sendiri.
aku ngan yuyi mandi pakai t shirt ngan seluar track pun ada isteri orang yang nak merempan .doniya doniya Apalah dosa suami dia yang ala ala aaron aziz tu jeling-jeling kat kitaorang.Saper suruh kahwin ngan lelaki handsome ye dak.Tengok aku maintain je confident cantik walaupun hakikatnya tak secantik mana tapi yang penting suami aku  handsome .la la la



Sekadar luahan hati

Kalau dah tertulis di Loh Mahfuz suami kau akan berkahwin buat kali kedua masa tu kau nak buat apa.tepuk dada tanya selera la la la la

Wednesday, April 4, 2012

Ahli jawataan kuasa khas & kementerian yang ada kat Malaysia - sila pantau-part 1

Salam kengkawan

Pagi lagi memon dah tension, memon bukan orang yang suka tension tak tentu pasal,memon boleh diumpamakan seperti harimau, diam bila tak diganggu pihak musuh, cuba kalau diganggu mulalah memon tunjukkan taring ngan kuku memon yang kuat mengcongkam dan mencakar #bukanurutancakarharimau#  muka mangsa tanpa belas ikhsan. *serius menakutkan*

Pada pendapat memon kebanyakkan rakyat  Malaysia tak paham sangat  Bahasa Malaysia termasuklah memon sendiri, apa sebabnya memon cakap cam tu, cuba kengkawan lihat sendiri  chat box memon dibawah , terang terangan memon dah bagi tau kat situ IKLAN? INI BUKAN TEMPATNYA kat situ jugaklah dia nak meroyan letak iklan, sekiranya iklan yang diletak tak mencemarkan nama blog memon, memon tak delah nak hangat hati  , ni boleh plak diletak iklan yang tak sesuai untuk tonton kanak-kanak dan budak-budak  remaja sedang meningkat dewasa. Lagi satu yang memon peratikan mentaliti manusia ni, suka buat perkara yang dilarang, pada dorang buat perkara yang dilarang tu cam syok , mengkhayalkan dan dapat menarik perhatian orang ramai.


Buat Zulaikha dari Melaka, memon tak suka nak tahu keberkesanan barang yang kamu pakai, lenkali sila kongsi keberkesanan barang yang kamu pakai tu kat orang yang berminat ye.

Pada yang sesuka hati tepek iklan tak berapa nak senonoh kat chat box memon , Memon bagi tempoh sampai sepurnama supaya membuang iklan tu semua, kalau tak memon akan saman malu beratus ribu jugaklah, memon terpaksa saman kerana memon terpaksa menanggung malu hingga memon tersipu -sipu malu pada kengkawan semua. #ayatkelingsangat#


roger roger roger diharap ahli jawatan kuasa yang berkaitan cepat bertindak sebelum iklan-iklan ni semua membawa keruntuhan moral pada kanak-kanak dan budak-budak remaja yang sedang meningkat dewasa. Memon bagitau kengkawan , pada pilihanraya akan datang , mereka semua akan kembali menyokong memon "jangan duduk di rumah undilah memon*

Sekian wabillah hitaufik walhidayah. pssstttt jgn lupa undi  memon, nanti memon belikan besikal sebijik.


Wednesday, March 28, 2012

Orang Malaysia pandai buat kejutan-bikin memon gelak sampai pecah perut


Baru je memon loya tekak makan simerah, ada plak manusia yang menambah keloyaan tekak memon plus bagi memon gelak sampai pecah perut  terus terburai . Jangan nak cakap memon busuk hati dengki ngan filem ombak rindu plak, memon cuma nak luahkan apa yang terbuku kat hati je. Memon bukan apa , memang bangga sangat orang Malaysia dah pandai buat kejutan, kejutan yang memon sendiri tak jangka. Semalaman memon tak dapat melelapkan mata, duk fikir , apa kriteria yang melayakkan filem ombak rindu diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad 2012. *#pentipusangat. Ada sumber yang tak boleh dipercayai , bisik-bisik kat telinga memon, katanya filem Ombak Rindu tu dapat kutipan box office berjuta-juta ringgit , itulah sebabnya filem tu diabadikan dalam bentuk setem. Bajet dorang nak dapat hasil  jualan setem ombak rindu  berjuta -juta ringgit kot  opsss #terlasermemon. Setahu memonlah banyak lagi filem yang dapat kutipan box office kat Malaysia ni   misalnya filem sembilu, ganster, arghhhh kalau cam tu berlambaklah  setem filem kat Malaysia ni, opssss. Jangan lupa lepas ni sila abadikan resepi memon dalam setem edisi terhad 2013 . Memon tunggu. #memonkakipenjeles

Memon pun ada kejutan tuk kengkawan, cer tutup mata dulu, jangan tipu Allah SWT melihat apa yang anda buat ...........

Jeng jeng petang   semalam sebelum Firdaus balik sekolah  dalam masa tak sampai sejam memon dapat sediakan 3 jenis masakan


cer tengok cili api + belacan + mangga masak, cili api merah ni  tak boleh buh banyak, mau terbakar vontot.


sambal belacan mangga ,kulit limau  deodarant asli memon, 100%  tak de bahan kimia dan tak de kesan lekitan , amalkan makan kulit limau selalu garenti ketiak harum sepanjang zaman.


Jeng jeng jeng bahan tuk masak kari ayam simple



cer tengok dah jadi kari ayam simple

memon goreng kobis cina ngan fishball panjang


Pandai tak memon buat kejutan, yeah yeah  yeah tepuk tangan, la tadi memon lupa suruh kengkawan bukak mata pandang atas  letak tangan  kat dada. .

Thursday, February 23, 2012

cerita orang kebanyakan berkelulusan SPM .............




Aku rasa pembuat cite hantu ni punyai  imiginasi tersangatlah  tinggi sampai boleh bayangkan rupa hantu, wa salute .kui kui kui



Gambar fresh from farm, Firdaus tengah nak beli nasi ambeng, tu yang muka ceria.



Petang semalam balik keja aku terus pegi pasar malam, singgah jak kat tempat cina jual cd , saja belek-belek cd, amboi kemain banyak cd hantu kat pasaran sekarang ni. Aku nampak ada lebih kurang 20 keping cd hantu, cina tu nampak aku belek-belek cd, dia datang kat aku



cina jual cd : dik mari beli kubur berasap , baru punya, manyak hantu oooooo

aku : lu sudah tengok ke? saya sudah tengoklahhhhhhhhhhh, pirahhhh kubur berasap asap asap sangattt


Jahat sangat aku , cam ganster terus blah cam tu je , biar  cina tu cakap sorang diri.. kalau kat petaling street , mau aku kena kejar. wa tak takutlah wa akak kawasan . Korang jangan nak tiru cam lagak aku plak, aku bini ganster tak pelah.kui kui kui


Aku rasa kalaulah pembuat cite hantu ternampaklah hantu sebenar, mau dorang lari   tak cukup tanah .  Seekers /paranormal ni pun satu  , boleh  plak dorang buat  keja mencari hantu/makhluk halus , kita mintak dijauhkan dari jumpa maupun terserempak ngan hantu atau makhluk halus . Pendapat aku  yang terbaek , kita ikut pepatah melayu sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya.  Tak  payahlah   jadi seekers/paranormal,  rasanya   lebih baik  jadi rukun tentangga, meronda kawasan taman perumahan dan kampung , boleh gak mengurangkan kejadian pecah rumah tak pun kejadian ragut yang berleluasa sekarang ni  . kang kalau betul -betul hantu datang mengacau cam mana,hantu kak limah  yang mengacau tak pelah kan. I like .kui kui, jangan marah noh, nanti kena jual.

Kalaulah  aku salah sorang  dari  ahli lembaga penapisan  filem ,lama dah aku reject filem dan drama hantu ni. Menonton  cite hantu ni,  otak langsung tak boleh  berkembang ,  katanya suami aku. Tak dapat apa pun,  melainkan  rasa seram semacam  bila duk sorang kat rumah, ada tu sampai nak ke bilik air  pun  mintak orang temankan. Aku rasa kalau  budak-budak  kategori umur  sebaya  Firdaus menonton cite hantu, mau  dalam hati dorang   berkata-kata " cam tu ke muka hantu, eerkkk takutnya saya " .Sapa nak jawab, mereka dan keluarga mereka gak kena jawab. The moral of the story janganlah bagi anak-anak kita yang bawah umur menonton cite hantu. peace no war.

Aku cadangkan pengiat seni tanahair  banyakkan buat filem dan drama yang memberi kesedaran sivik pada kanak-kanak dan orang dewasa. Kesedaran sivik sebenarnya merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan kita . Kita megah sangat mengatakan negara kita dah maju dan pesat membangun namun tanpa kita sedari kesedaran sivik dikalangan rakyat Malaysia begitu rendah. Tengok jelah kat perhentian bas , taman bunga, taman rekreasi dan kat mana-mana sajalah sampah sarap dibuang merata. Kesedaran sivik tu sebenarnya kena bermula dari rumah. Semua orang harus ada kesedaran sivik yang tinggi. Didiklah anak-anak kita sedari kecil lagi tentang adab, sivik dan sebagainya.kang kalau aku huraikan satu persatu bab  adab dan sivik tak cukup satu hari . kui kui kui

Pernah satu hari tu aku ternampak ngan mata kepala aku sendiri , seorang ibu tanpa rasa bersalah membiarkan anak dia membuang bekas minum  dihadapan  pintu bank.  erkkkkkk mungkin masa belajar dulu dia tak khatam bab kesedaran sivik ni, tak pun dalam kelas tak bagi tumpuan sepenuhnya masa cikgu sivik mengajar. Orang islam ada belajar sivik ke kat sekolah? serius ni aku tak tau? Zaman aku dulu belajar tatarakyat : ) Ramai dikalangan kita mampu pakai BMW, tapi dalam masa yang sama tak mampu nak terapkan kesedaran sivik, cam bagus-bagus je buang sampah keluar tingkap dari dalam kereta. Ada tu aku pernah nampak kat station komuter, sorang lelaki tu pakaian kemain bergaya, siap bertali leher bagai ,tup tup ngan muka selambakodok ,  depan aku dia buang kotak rokok kosong . cissss berdebah.







Apa yang ko bebelkan labu dari cite hantu menjajau ke cerita kesedaran sivik plak. korang rasa boleh diterima pakai ke cakap orang kebanyakan yang berkelulusan spm macam aku ni? eerkkk skema tul. Kawan-kawan , kalau rasa bebelan ni boleh diterima pakai sila tekan like ye Sumpah aku main-main je : )

Thursday, February 16, 2012

masalah negara

Hari ni konco-konco ajak lunch kat kedai makan  area opis .Dah lama tak lunch kat luar, terasa duit terbang cam tu je, dasar kedekutkan aku ni, terkejut mak makan nasi berlaukkan daging ngan tempe minum air barli suam dekat nak RM10, kawan mak pun kena rega cam tu, sedangkan lauk ikan ngan sayur je.Tak moh komplinlah, nasi dah jadi bubur nak wat cam mana.kah kah kah



Makan sambil menikmati keindahan pantai, nampak tak kanak-kanak bermain-main ditepi pantai ................. ombak menghempas gigi pantai membawa bersama-sama umang-umang dan tapak sulaiman .....Dah lama rasanya tak nampak pokok kelapa melambai-lambai setiap kali angin bertiup, .ohhhhhh alangkah damainya kurasa (abaikan,  ini hanyalah imiginasi penulis semata-mata)


Izzah sedang mengirim sms kepada hariz : ), dia bagitau air epal ni manis sesangattttttttt.

Kenapa ye?,  setiap kali kita order air kurang manis, dia buat terlebih-lebih manis. Masalah negara sesangatlah orang jenis tak paham perkataan kurang manis ni. Tak pun pemahaman dia terbalik kot, lenkali aku nak order manis sangat, mesti dia buat kurang maniskan . Satu lagi kalau boleh , sental  sikit bawah cawan yang berkerak tu, aku tengok yang ambik order  kemain pandai make up , tak kan cawan berkerak  tak pandai nak sental : ) Berniaga ni dik  kena utamakan kebersihan..

Cakap pasal cawan, teringat plak cawan ni. Kat manalah teko ngan cawan besau ni ?, tak sempat nak tengok live. Senang kalau dapat teko ngan cawan besau cam ni, buat air sekali cukup untuk satu kampung minum. Kalau tempat korang ada jual teko ngan cawan cam ni, jangan lupa bagi tau reganya.kah kah kah kah


status ; Dalam penantian duit RM500(BRIM) ngan RM100(BP) , wa dah pokai ni.

Monday, February 13, 2012

hari tekanan semalaya

Kalau rasa diri tu tak suka bekerja, lebih baik berhenti, duduk je kat rumah goyang kaki. Apalah guna bekerja , kalau keja yang dibuat tu semuanya sampah, ye dak. Hari ni aku tersangat sangalah tension ngan sorang budak lelaki ni, dah lah buat keja salah, cuti plak, terbaek sekali dia sms kawan dia suruh bagitau aku. Kasihan budak tak bersalah plak kena marah ngan aku . Habis cam mana, tak dapat marah orang yg bersalah , marah orang yang bagitau pun jadilah, lega sikit.

Dari dulu kini dan selama-lamanya bab keja aku tak suka ambik mudah, buat keja salah sekali dua tu kira okey lagi, kalau dah setiap kali ko buat keja setiap kali tu salah cam mana . Hari ni bukan aku je yang tertekan ngan budak lelaki tu, sorang kawan aku tu pun tertekan sama. Susahlah bekerja ngan orang yang hanya tahu setiap hujung bulan tekan mesin ATM bank ambik gaji, tak de tanggungjawab keja langsung.

Aku ni kalau bab keja memang tip top, boss aku sendiri yang cakap : ) ayat bodek-bodek tu biasalah.

kak limah lebih baik ko buang tablet ko, kalau dah tak tahu nak update blog.ini serius, aku tertekan ngan orang lain ngan ko sekali kena tempias............. jiwa tertekan ngan lambang $ apa kena mengenanya ? Hari ni budak budak S & V & F tak boleh lalu lalang kat sini, kang sia-sia kena maki kaw kaw. Esok dah lah juruaudit dalaman datang , lagilah tekanan, sana sini tekanan.

Harap sangatlah deejay radio kurangkan sikit putar lagu ombak rindu tu, bak kata suami aku , lagu tu buat otak tak berkembang. kak limah tolong buang caller ring tone ko tu , lemah tau , setiap kali call ko "tuhan tolong lembutkan hati dia".

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Wednesday, February 8, 2012

FACEBOOK like sangatkan




Cik A dot dot dot



Takziah buat sepupu yg kehilangan suaminya mlm tdi ..semoga rohnya dicucuri rahmat...al-fatihah

___________________________________________________________________

ni aku petik dari status rakan facebook aku. . bila nampak 6 orang dah tekan like, jari aku ni laju je nak tekan like, masa nak tekan tiba -tiba je  jari aku  berat semacam , aku terdengar suara bisikan yang begitu perlahan sekali, aku menoleh , sekali lagi suara seakan berbisik kedengaran ditelinga ku "wei ko dah lama hidup ke? , sampaikan orang meninggal dunia pun ko nak tekan like?"


Ini bukan perkara main-mainlah, tak logik langsungkan orang meninggal dunia kita nak tekan like, bagi komen ucap takziah boleh gak diterima akal. Kalau dah jari tu suka sangat nak menekan like , nah aku bagi link tekan sangatlah beribu- riban like kat page masakan air tangan bonda . Terima kasih ye menyokong produk tempatan.


Lenkali tak moh lagi tekan like sesuka hati ye, kalau tekan gak korang memang dari kategori manusia yang keras kepala, besar kepala dan seangkatan dengan kepala-kepala yang lain.menyampah tau....................















Wednesday, March 30, 2011

nak letak lambang apa ni...

salam .....semoga semua pembaca sihat walafiat...

Maaflah blog ni tak berupdate kerana sibuk sana sini.


Cerita pasal jemputan lepas. Aku paling menyampah kalau menghadiri jemputan untuk penyerahan sumbangan samada dari kerajaan atau pembangkang, turut ada sekali pihak wartawan.Kenapa perlu ada liputan?



Wartawan dari mana aku kurang pasti ke hulu ke hilir ngan kamera.Lega, aku dah berjaga dari awal agar tak kena lensa kamera dia. puas dia cilok sana sini nak gak ambik gambar, aku pun cam minah rempit mencilok sana sini, akhirnya dia hampa sekali lagi bila aku tutup muka ngan tisu.ha ha ha. Aku bukan orangnya yang ko boleh jadikan bahan publisiti.






Maafkan gambar blur-blur. Kenapa setiap kali dorang nak menyerahkan sumbangan, mesti dorang cakap yang dorang yang bagi, selama dorang tak tahu ke , itu duit rakyat. Sebenarnya rakyat lagi berkuasa dari pemimpin, sebab pemimpin dipilih oleh rakyat. Suka je pemimpin tu menyebut yang duit sumbangan yang dorang bagi tu dari dorang.Itu semua duit rakyat, jadi ko kena bagi hasilnya pada rakyat.

Selalunya bila pemimpin sama pemimpin bergaduh yang jadi mangsanya rakyat. Sekarang rakyat dah cerdek, tak dengar atau baca bulat-bulat. Mereka dah boleh pikir ngan waras. Para pemimpin tak habis-habis buat lawak bodoh.

Setelah mengadakan perbincangan secara 4 mata ngan anak perempuan Datuk Rahim, Flora , maka ngan ini satu kesimpulan dapat dibuat, kedua belah pemimpin dari parti yang beransingan memang sengaja buat propa. ha ha ha

tip top

1)Kalau nak mengadakan jamuan untuk rakyat , sila pastikan bagi jamuan makan dulu, baru berikan sumbangan. Kalau ko bagi sumbangan dulu, dah garenti semua yang terima tak tunggu jamuan makan.

2)Pastikan lensa kamera tak de. mencik

3)Sumbangan yang ko beri tu hak rakyat, ko tak payah cakap yang ko kasi.



Akhir sekali , jom buat parti sendiri guna lambang lain.ha ha ha . oooo yang penting sekali tv aku dah rosak lebih dari 4 bulan, jadi aku tak payah nak tengok lakonan pemimpin pemimpin semua.oooo bahagia.......aku cau dulu, sibuk kat opis ada peralihan pemimpin gak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina