Sunday, March 11, 2012

Jom tonton seeFood- setanding ngan filem animasi antarabangsa

Salam kengkawan

ke panggung kita? Hujung minggu menghabiskan masa bersama keluarga menonton seefood filem animasi bahasa english pertama di Malaysia memang berbaloi-baloi. Mulanya kita orang merancang nak nonton The Lorax, memandangkan Firdaus  nak sangat  nonton seeFood, kita orang akur .  Maka berdedailah malam minggu tu kita orang semua menuju ke MBO nonton seeFood. Pada aku Filem animasi SeeFood dah setanding ngan filem animasi antarabangsa. 

Salutelah, sebelum filem ni ditayangkan kepada penonton tempatan mulai 8 Mac , ia dah terlebih dulu dipertontonkan dilebih  90 buah  negara lain.  Terbaek,  latar belakang seeFood, masih menerapkan nilai-nilai ke Malaysian , contoh latar belakang suasana kampung dan wau bulan .Jangan lupa bawa keluarga menonton filem animasi seeFood , filem ni sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat , apa yang penting mesej yang ingin disampaikan dalam filem ni.

Budak gedek : )

Sinopsis SeeFood Movie


Berlatar belakang eko-sistem sekitar kita, seefood mengisahkan tentang sekor anak Jerung bernama pup yang mempunyai misi untuk mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur-telur dari kawasan perairannya di mana pengembaraannya yang penuh dengan aksi-aksi lucu bukan sahaja di dalam air , malahan di darat . Pup berusaha untuk meyelamatkan abang-abang dan kakaknya tanpa memikirkan keselamatan nyawanya.Pup telah sampai ke dunia daratan yang ada watak Man . Di daratan pup tidak menyangka ada bahaya menanti dia di sana. Khuatir akan kselamatan pup , Julius , sekor Jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan rakan karibnya . Pupdan julius memakai sut khas supaya mereka berupaya mengembara di daratan

SeeFood Movie

Terbitan Silver Ant
Pengarah Goh Aun Hoe
Filem Animasi Bahasa English Pertama di Malaysia
Mengambil masa selama 2 tahun 4 bulan untuk disiapkan sepenuh
Mengguna khidmat 35 pelukis animasi

Kasihan Firdaus dihimpit yuyi dan gula-gula hacks


Budak gedek sekali lagi


Gula-gula Hack aku tengok dah ala-ala k-pop semenjak dua menjak ni.


Maaflah kalau bahasa aku ni agak kasar, filem di atas bagi aku salah satu contoh filem melayu yang sengal, selagi filem sebegini masih mendapat tempat dihati penonton, selagi itulah ramai penerbit dan produser filem diluar sana berlumba-lumba nak menghasilkan lebih banyak filem filem sebegini.


Adakah Filem Jangan pandang -pandang prekuel kepada filem Jangan Pandang Belakang, tak pun Jangan Pandang Belakang Congkak.


Selamat berhujung minggu bersama seeFood : )



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina