Showing posts with label sambal sardin. Show all posts
Showing posts with label sambal sardin. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

kalau dah minat orang tak suruh pun kita buat ; hujan ribut pun sanggup diredah

 Aku  suka memasak. Seriously , minat dan suka memasak  tu  memang dah  ada dalam jiwa aku sejak aku belasan tahun lagi. Aku teringat masa zaman aku belasan tahun , bila berkumpul bersama  family dan saudara mara sebelah ayah kat  kampung terutama musim perayaan atau kenduri kendara aku suka sangat menawarkan diri  untuk menolong mak-mak  saudara  memasak.he he he kelakar bila teringat umur  aku yang   belasan dah terlebih rajin masak mengalahkan  makcik-makcik.
 
Seingat aku masa tu  aku lebih selesa  berkawan dengan sepupu  dan adik beradik aku berbanding dengan  kawan -kawan perempuan  sebaya aku .Selepas   dikhianati kawan baik sendiri aku pernah  hampir bersumpah tidak mahu punyai kenalan rapat .Selepas berlaku penghianatan tu sepupulah menjadi teman aku untuk  mencurah rasa hati.Kami sering menghabiskan masa bersama -sama , sepupu aku suka suruh aku masak, biasalah aku ni bab memasak orang suruh aku masak  20 jenis lauk pun aku rela daripada suruh aku mengemas rumah.

Kelakarlah........  aku baru perasan yang kecenderungan dan ketaksuban aku  terhadap  memasak  ni telah  membuatkan  aku  terlupa  hendak mengajar anak aku yuyi memasak .Haish aku termalu sendiri bila baru-baru ni yuyi bagitau aku "mak,   ingat tak, mak tak pernah sekalipun ajar saya  masak nasi  waima bawang pun tak pernah suruh saya kupas." arghhh baru aku perasan yang selama ni  aku memang suka memasak berseorangan .Tapi syukur Alhamdulillah walaupun aku tak  pernah  mengajar dia memasak itu semua   tak pernah sekalipun dijadikan alasan yang dia tak pandai memasak.

Cerita pasal masak lagi biasalah cuti-cuti sekolah macam ni aktiviti aku disubuh hari mestilah memasak.Cuti-cuti sekolah macam ni perut Firdaus lapar je almaklumlah tak de aktiviti. Subuh ni aku masakkan dia


1)sambal sardin
2)telur dadar bawang
3)sup bayam

 sambal sardin


sup bayam
telur dadar


Jumpa lagi......



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, September 27, 2012

pagi khamis aku ; sapa nak jadi ibu mithali sila angkat tangan.

Yeah yeah yeah pagi ni aku rajin  .tu pun nak kecohkan? mestilah aku kecoh masa hari aku bekerja bukan  rajin sangat nak masak pun.Hakikatnya memang aku malas nak masak masak waktu pagi ni tapi oleh kerana kasihankan  Firdaus yang  hampir setiap hari kena tala nasi lemak  itu yang   aku  merajinkan diri bangun awal pagi semata-mata untuk  masak sambal sardin ngan telur dadar berkacang panjang.*macamlah juadah special sangat*

  
macam gah sangat "sambal sardin" je pun

Nampak merah bukan bererti pedas . Pedas aku budak umur setahun pun boleh layan. *kak limah ko gelak aku sepak*

Sambar sardin judu ngan telur dadar berkacang panjang
 ekceli telur dadar berkacang panjang ni resepi koleksi MIL, dia suka banget makan  telur dadar ni bersama ngan  bubur nasi dapat kat aku layan ngan sardin *tekak melayu*

Mudah je nak buat telur dadar ni
1)segengam  dua hirisan kacang panjang
2)Masukkan  hirisan kacang panjang  bersama ngan sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa  dalam chefel, tumis hingga  sedikit layu
3)Curahkan (4 biji  telur) yang telah  dikocok  bersama  sedikit kicap cair. *tetiba je ayat indon keluar*
4)goreng telur dadar hingga garing  di kedua -dua belah.
    
Biar  telur dadar  agak garing di kedua-dua belah
  
Telur dadar berkacang panjang
 
  
Bekal Firdaus ke rumah Pengasuh, nanti sebelum pegi sekolah dia makan.


Nota pentinglah jugak

Lepas office nanti InsyaAllah cik ina reply message fb Dlieya's Darleenaye ,you know me well  my hp cap sardin king cup tak leh bukak fb & komputer office plak meng X kan fb.

Tuesday, March 20, 2012

masakan bewarna -warni - bukan saje membangkit selera kanak-kanak malah orang dewasa

Aku pernah terbaca pasal pinggan berwarna untuk meningkatkan nafsu makan anak kecil, bukannya aku tak caya, pada aku lebih baik kalau kita dapat masakkan anak kita sayuran yang berbagai warna  kerana sayuran yang berbagai warna mempunyai khasiat dan peranan berbeza. Sayuran hijau, kuning, merah memberikan carotenoids, sayuran berdaun berwarna gelap seperti kobis kaya dengan lutein, sejenis pigmen yang berkaitan dengan usaha menyekat perkembangan sel kanser.

Sebagai memenuhi keperluan hidangan setiap hari,jangan lupa memilih sayuran hijau, lebih gelap hijaunya lebih baik dan jangan lupa diperbagaikan jenisnya. Makanlah lebih banyak sayuran dan buah-buahan, seperkara lagi jangan lupa untuk memasukkan ulam-ulam mentah dalam setiap menu makanan kita. Pegaga, kacang botol, petai, jering, berbagai daun pucuk kayu seperti ulam raja dan banyak lagi sangat baik untuk dimakan dan mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi.Kalau boleh jadikan sayur sebagai menu utama, juadah tambahan korang boleh goreng ikan atau ayam. #khasiatsayurhijau cilokdarigoogle, kwang kwang kwang

Jom goreng mee segera mengunakan sayur beraneka warna #bajetbanyakwarnakonon

1/2 batang carrot dimayang sederhana

3 biji telur ayam
dua tangkai daun bawang-dipotong 1/2 cm
2 paket mee segera maggi kari, dicelur hingga lembut , angkat cucurkan dibawah air paip sekejap , kemudian tuskan guna tapis,akhir sekali gaulkan sekata ngan 1 paket  perencah kari.

cara-cara membuatnya

1)Tumiskan bawang putih cincang hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)
2)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
4) masukkan carrot , kacau sekejap sedikit empuk ketepikan ditepi kuali
5)pecahkan tiga biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan mee segera tadi, kacau hingga sekata, guna api sederhana semasa mengacau mee segera, akhir sekali titiskan 3-4 titik minyak bijan.Kacau, masukkan daun bawang, kacau sekejap, kemudian angkat dan sedia dihidang.

mee segera goreng ni berbagai warna tak?, cepatlah bagitau..mee  segera goreng ni makan ngan kicap cair buh hirisan cili api, lagi mabeles.

sambal sardin, juadah makan malam kitaorang dua hari lepas, nak terai ambik reseki kat sini ye. Berkhasiat sangatlah sambal sardin ni ye  #silalempangpipisendiri


Telur dadar berkacang panjang, simple dan sedap yang penting kanak-kanak suka.

telur dadar berkacang panjang, kalau suka boleh tukar pada kacang buncis atau daun kucai.

Golek golek dan tekan limau kasturi, kemudian potong pangkal (jangan belah dua ye)limau kasturi guna pisau. Seelok-eloknya gula pasir dilarutkan ngan air panas mendidih dulu  jika nak  bancuh sirap ais.

Air sirap ni apa kejadahnya berkhasiat, jangan salah paham ye, niat aku  hanya nak menunjukkan cara memerah jus limau kasturi ngan  betul.hua hua hua


akhir sekali , warnakanlah kehidupan kita ngan pelbagai warna supaya hidup kita lebih ceria, tenang dan banyak fikir yang baik -baik je , tapi lagi best sekiranya dari kepala hingga ke kaki dapat memakai pakaian  pelbagai warna cam budak  dibawah,


Ada berani kasut biru, baju hijau, seluar kuning.kwang kwang kwang

Tuesday, February 14, 2012

bila dalam tekanan sental vontot kuali best gak-gosok jangan tak gosok!!!!!!!

Tadi subuh semangat aku lain macam, bangun je buat apa yang patut ,  terus  ke dapur masak sambal sardin ngan telur dadar berkacang panjang. Aku  bawak bekal nasi ke tempat keja, tapi yang best tak makan pun, aku boleh plak  pegi lunch kat luar, nampak sangat  bengongkan .Lauk dah ada , tengahari nanti sebelum Firdaus pegi  sekolah bolehlah  makan dulu.

Telur dadar berkacang panjang peberet suami dan Firdaus.kira halal ye, link yg aku bagi tu telur dadar berkacang buncis : )


sambal sardin feveret sekeluarga dari dulu kini dan selama-lamanya.

Bekal nasi ni aku bawak ke tempat keja


Lepas guna kuali tu rajin rajin lah sental vontot kuali. Bila daki dah tebal kat vontot kuali, api pun tak boleh sampai, kuali lambat panas,bila kuali lambat panas masak pun jadik lambat. sental jangan tak sental, sental sental selalu.


Nampak tak tuan tuan dan puan puan, kesan lelehan sambal ngan beberapa kotoran lain di vontot kuali. itu yang menyebabkan kuali tuan tuan puan puan lambat bertindak, lambat panas dan segala-galanya lambat. Peribahasa ada berkata "Jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar, kang kuali lambat panas, korang sangka dapur yang rosak. motip?

Boringlah cite pasal vontot kuali , rasa cam nak behenti keja sekarang ni jugak, cam manalah orang yang cukup tahun pencen, boleh sambung lagi. Aku syorkan dan alu-alukan yang dah pencen tu buat-buat lah duk rumah , aku kalau boleh sekarang ni gak nak duk rumah goyang kaki, kira duit .Duit dah banyak mah , tak tahu nak buat apa. Setiap malam sebelum tidur aku suruh mak jemah urut tangan ngan kaki ,sambil nyanyi dodoi sidodoi sidodoi..................mak jemah tu kira orang gaji akulah  pada masa tu.

Bodohkan sipendek yang makan binatang kaki empat tu ngan sinenek kebayan, tak tahu langsung nak menghargai diri sendiri dan menikmati kebahagian hidup .cepat blah boleh, please please!!!!!!!!!!!!!!!!!!semak dan serabut bila korang berdua masih ada kat  sini. Nak muntahlah ngan lakonan orang yang bizi setiap jam, saat, hari , ingat orang semua tidur  ke. Lagi aku muntah bila orang lain yang buat salah, aku plak yang dia sound, nampak sangat kurang kasih sayang. Orang suruh pegi clubbing, minum todi , vodka, beer , happy enjoy tak nak, nak duk meroyan kat opis jugak, lepas tu nak tension kan orang lain.

Penyakit kurang kasih sayang ni kena cepat diubati,, kalau tak  boleh melarat ke  sakit mental, sapa yang susah orang lain jugak yang susah.

Wednesday, December 21, 2011

pengaruh Atashinchi ?

Bersambung dari komen semalam, acik erna, bekas aluminium foil tu , ada di jual kat pasaraya /bakery, ia boleh dibakar terus. Ratu kebaya, bekas tu di beli tahun lepas .









Dua minggu dari sekarang, sebelum firdaus jejak kaki ke darjah satu , aku suruh dia diet sebab takut berat badan dia bertambah. Sekarang ni, aku nak dukung dia pun   dah tak larat. Keja dia asyik makan je, makan plak yang berat -berat cam nasi. Pagi petang siang malam nak makan nasi.  Malam tadi aku masak sambal sardin,  suka sangat dia, selagi aku tak siap masak, sepuluh kali kejap tunjuk muka dia kat dapur.

lepas maghrib aku suruh dia makan nasi, dia makan   separuh pinggan, selebihnya  dia simpan bawah tudung saja. Aku ingatkan dia tak lalu makan , masa aku duk ngadap lappy lebih kurang pukul 10 , aku dengar bunyi orang bukak tudung saji ;

aku  :  Firduas !!!!!!!!!!!!!!!!!!! ko makan lagi ye??????
(menengking  ngan cara berhemah-takut ada blogger yang pandai jaga anak tu sekolahkan aku)


Firduas (sambil makan):  ye mak!!!!, kenapa mak garang sangat?
 (baca dalam intonasi suara alih bahasa anak Atashinchi)


Aku : berapa kali nak makan ni?kan dah malam.
(menengking  ngan cara berhemah-

Firdaus(datang sebelah aku) : mak maafkan saya, mari, boleh tak ambikkan saya ikan sardin? 
(baca dalam intonasi suara alih bahasa anak Atashinchi)

(hancur luluh perasaan aku dengar suara dia ,  cam terpukau  aku ikut dia ke meja makan, aku bukak tudung saji , ambik seketul ikan sardin gaulkan kat nasi  dia, siap tinggalkan  pesanan
Aku  :  makan elok-elok ye, lepas makan, basuh mulut , gosok gigi ngan sabun tangan sekali.

Firdaus : baik mak.mak tak marah saya lagi ke?
(baca dalam intonasi suara alih bahasa anak Atashinchi)

Aku : tak de lah. 

Firdaus : Terima kasih mak.
(baca dalam intonasi suara alih bahasa anak Atashinchi)


Biasalah tu, Firdaus dah banyak sangat nengok Atashinchi , terbawak-bawak. Paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih, kah kah kah , aku pun sama gila suka nengok Atashinchi.






Muka merajuk lepas kena tegur .kui kui kui


Bahan-bahan dan cara -caranya

1)sardin dalam tin, jenama  sardin ikut kemampuan, cam aku time kaya sardin ayam, time hujung bulan cam ni cap botan
2) 15 tangkai cili kering kisar ngan 4 ulas bawang merah
3)2 biji tomato potong nipis
4)sedikit air asam jawa cair
5)satu labu bawang besau dihiris bulat

step 1 - Asingkan  ikan sardin dan sos, kemudian goreng ikan sardin.

step 2- lebihan minyak mengoreng sardin tadi jgn dibuang, minyaknya  buat menumis  cili yang  dikisar bersama bawang merah tadi, tumis sampai pecah minyak.


step 3 -bila cili dah pecah minyak,masukkan  hirisan tomato  biar layu. Kemudian  masukkan sedikit perahan  air asam jawa bersama sos sardin, biar  sambal masak sepenuhnya , akhir sekali buh ikan sardin, sebelum angkat perasakan ngan sedikit garam dan 1/2  sudu kecil gula.

Lupa plak lauk sampingan selain  sambal sardin, aku goreng telur dadar  + tomato + bawang.




Bertemu lagi dilain hari dan waktu, tangan ni tiba-tiba lenguh je.......................bersambung diepisod seterusnya........













Wednesday, November 30, 2011

Diary seorang budak yang nak kurus sebelum tahun 2012 : )

Salam hari rabu ....................



Dua tiga hari ni cam tak larat nak update blog tapi aku gagahkan diri jugak mengupdate sebab mengenangkan iklan U Mobile tu memberi hasil pulangan yang lumayan, dasar mata duitan.keh keh keh. Aku tengah menghitung guna jari kaki ngan tangan, kalau lah sebulan iklan tu bertepek kat blog ni , mahu dapat sambar sebuah lappy lagi. Aku tak boleh cite lebih bab ni, apa yang pasti keutamaan aku berblog sebab nak puaskan hati sendiri.Sekiranya korang rasa blog ni tak mendatangkan hasil , tak payahlah masuk dan paksa diri ke sini, habis cerita.

Petang semalam, aku ngan Firdaus singgah pasaraya, beli sayur ngan sedikit barang. Teringin sangat nak makan sambal sardin, rasa cam dah lama je tak makan, tu yang gigih beli sardin dalam tin semalam.Beli sekali telur sri murni, sebab bercadang nak buat telur dadar bawang.


Muka budak nak kurus tengah menyoping sayur.kah kah kah



Jangan lupa guna telur seri murni, berseh dan segar dari ladang. Motip puji , nak bonus lebih : )



Telur dadar bawang.



Malam tadi goreng kangkung ni paling laku, habis cepat.Goreng simple je, kisar 3 biji cili masak, 2 ulas bawang merah ngan sedikit belacan. Aku tumis bahan kisar sampai naik bu, kemudian masukkan kangkung yang sudah dibasuh dan tus.Kaup balik Kangkung tadi, bubuh garam ngan sedikit je perasa , sebelum angkat buh sedikit air.


Resepi sambal sardin boleh ambik kat sini.Jangan lupa guna sardin Marina, sedap dan lazat. motip nak bonus : )


Agenda cuci kuali kerap berlaku lepas masak sambal, caranya , masukkan nasi putih kedalam kuali yang ada baki sambal, kacau hingga nasi ngan baki sambal bergaul mesra, angkat sedia dihidang. Ini resepi turun temurun dari arwah mak.kah kah kah


Budak baru belajar diet dan tak pakai baju. Malu plak masa aku nak ambik gambar dia tak berbaju. Ajaran tak berbaju tu dari suami, dia yang pujuk firdaus buka baju, bila cuaca panas sebab firdaus ni kuat berpeluh.



Adakah patut lepas makan terus masuk gym.ha ha ha .Rutin harian Firdaus sekarang ni, kata nak kurus sebelum 2012. Aku sengeh je, tengah malam jalan -jalan cari makan, bukak tudung saji. Macam ni aku pun kena gigih masuk gym , kena kuruskan badan , sebelum suami aku jatuh hati dengan Professor Doktor Muhaya . kah kah kah .

Aku pun tak kenal sapa Dr.Muhaya ni, terkejut bila suami tanya samada aku kenal atau tidak ngan dia. Amboi kemain lagi orang tua ni, kata aku dalam hati. Raya haji hari tu, Aku nampak suami sedih gila dengar dia punya motivasi, masa tu aku tengah ngadap lappy. Aku ni jenis manusia yang tak suka dengar motivasi , sebab aku tak suka orang motivasikan aku, sebab aku percaya aku boleh motivasi diri sendiri., terpulanglah pada diri masing-masing.





Jumpa lagi dilain waktu dan hari.

Wednesday, October 12, 2011

Menu makan malam, peberet Firdaus, cicah lempeng pun sodap


Salam hari rabu......................



Malam tadi meyadin , semalam melempeng, sarapan pagi nanti bolehlah melempeng sekali lagi, boleh cicah ngan sambal sardin. Kalau pakar bahasa, nampak melempeng ngan meyadin mahu dia tendang aku jauh-jauh. Sesuka hati je kan mencemar bahasa.

Semalam aku baca Hai HKL, dah lain ye Hai tu sekarang, dah banyak cite pasal budak kepop.Sumpah sebenarnya aku tak tahu apa kepop tu. Dengar lagu atau nengok dorang buat persembahan pun tak pernah.

Hari tu masa gi umah yuyi aku tanya dia pasal kepop, dia pun cakap tak tahu. Yuyi ni pun satu tak boleh harap langsung. Dia plak boleh tanya aku , apa twitter tu. Cam ni pun boleh. Aku berlagak je, aku pun tak tahu apa twitter tu. Aku pun tak tahu apa dia buat ngan komputer. Facebook pun dia tak boleh layan, sama gak ngan aku . aahhhh aku tahu kesukaan dia , tidur dan tidur.. Kalau dia baca mahu dia melenting. kah kah kah . Aku pun ada hati nak belajar main twitter.boleh gitu.


Happylah tu orang tak boleh marah dia. sabau je lah.yuyi tengah bermesra-mesra ngan firdaus main vcd games. Jangan salah anggap itu Ipad plak.. Kadang-kadang susah gak ngan blogger yang tetiba je nak hentam kita tanpa kenal hati budi kita, sebab tu aku cakap awal-awal yang tu bukan ipad, itu vcd games. Mana tahu takut ada yang tercabar kalau orang lebih dari dia. Cian Izan yang lurus tu, sabau je lah dik .doniya oh doniya . Jangan risau aku belum mampu lagi nak beli ipad dan bersaing ngan orang -orang yang mewah .

Yuyi duk layan keranah Firdaus. Masa Firdaus datang baru nak keluarkan vcd games. Aku ngan dia mungkin ada persamaan tak suka nak belajar gadjet-gadjet terkini. Aku ni kalau dah selesa ngan satu benda tu, alamatnya selagi tak rosak , aku tak tukar yang baru. Hobi aku masak, hobi Yuyi aku tak pasti, apa yang aku nampak dia baca novel siang malam pagi petang. Dah cam pepustakaan je aku nengok rumah dia.

Jom melayan.............



Kat rumah ni kalau meyadin garenti ada telur dadar + bawang .

Terung bulat kocik + tomato kecik goreng rempah berkuah.boleh gitu



3 ulas bawang merah, ngan 2 ulas bawang putih dihiris, sikit rempah kering .ngan 1/2 gengam ikan bilis ngan sesudu rempah kari.


Tomato kecik
terung bulat kecik belah dua.



Tumis rempah kering , hirisan bawang merah ngan putih hingga naik bau. Selepas bahan tumisan dah naik bau, masukkan sayur-sayuran tadi. masukkan rempah kari ngan secawan air.


Kecikkan api, tutup kuali, biarkan terung tu empuk, dah empuk buh sedikit garam , kacaukan sekejap, boleh angkat sebelum belahhh jangan lupa tutup api, kang rentung plak kuali tu.


Jeng jeng adalah kuah sikitkan.sodap manis .puji diri sendiri terlebih -lebihkan.



Jenama sardin guna produk tempat keja.



Jeng jeng sambil sardinku.. Kalau nak resepi bagi 50 sen, acah je tu ambik resepi kat sini ye. Saje lebihkan sambal, boleh cicah ngan lempeng.


Beri tumpuan pada firdaus je ye, bukan apa, aku tak nak korang tengok -tengok kain baju yang belum berlipat kat belakang tu. Sapa nak lipatkan hantar sms ye.


Tiup dulu sebelum makan, almaklumlah lauk baru masak.Aku suruh Firdaus makan sayur tu, dia boleh cakap "mak ni bukan sayurlah, mana ada daun". sabau je lah.



Sehingga berjumpa dilain rancangan, jangan lupa twitt aku dalam mimpi.Fara jom lah belajar twitter.

Saturday, June 11, 2011

Simple dan mudah


Salam hari sabtu..............

Nak tepek resepi, dah lama rasanya blog ni kontang.


Sambal Sardin




Ikan ngan sos asingkan. Ikan sardin digoreng sekejap.





1) 20 tangkai cili kering ngan 4 ulas bawang merah kecik diblender.
2)2 biji tomato dibelah baji.(kalau tak de tomato boleh guna perahan asam jawa)
3)sebiji bawang besar kuning dihiris bulat.

Tumis cili blender sampai pecah minyak. Masukkan tomato tadi., masak hingga layu, kemudia masukkan sos sardin plak . Bubuh garam, sikit gula ngan pak aji. Semua bahan perasa hendaklah dibubuh sama rata.Last sekali masukkan hrisan bawang besar bersama ikan sardin yang dah digoreng tadi. Kacau sekejap hingga bawang besar separuh layu, kemudian angkat.


Timun goreng ngan ikan bilis


Jangan risau kalau tinggal timun je dalam fridge, timun pun boleh goreng cam sayur lain.jom layan


Timun kupas kulit kemudian belah dua, garu ngan garpu lepas tu potong nipis dan serong.



Sedikit ikan bilis dibelah dua, kalau besar.
4 ulas bawang putih hiris



Bubuh sikit minyak dalam kuali, goreng ikan bilis dan ketepikan kat tepi kuali, goreng plak bawang putih hingga kekuningan, lepas tu baru turunkan ikan bilis goreng tadi.


Masukkan timun tadi, masak sampai timun empuk .last sekali bubuh kicap cair penganti garam ngan secoet perasa.Masa nak angkat letak air sedikit.



Jeng jeng dah siap, timun goreng ngan ikan bilis.




Tips ngetop : kalau nak pastikan masakan kita rasa garam sekata , gunalah kicap cair sebagai penganti garam.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina