Salam hari khamis......................
Rasa tak puas je cuti sehari, nak bangun pagi tadi, punyalah malas rasa cam hari minggu plak. Tengah malam tadi aku buka blog, tetiba rasa cam nak baca komen-komen cerita yang aku tepek semalam. Alangkah terkejutnya aku, cam tak percaya pun ada , salah sorang pengomen adalah isteri sorang blogger yang femes seantero Malaysia je je je (ada unsur jeles disitu) , Gedek.kui kui kui
Gedek, katakan ia benar, biarpun pahit.kah kah kah .Kalau ia benar, aku hanya mampu tersimpul-simpul malu, hujung kaki pula menguis tanah seperti kucing menguis tanah , mencari tempat tuk melepaskan hajat. kui kui kui
Oleh kerana aku dah kehilangan kata-kata, mailah kita tengok resepi semalam.
resepi telur dadar berkacang buncis boleh gak dipratikkan tuk budak -budak yang tak suka makan sayur, apa yang pasti budak-budak suka makan telur, maka campur je sayur dalam telur, InsyaAllah, dorang makan sekali tanpa soal jawab. Ini pendapat aku.
hiris kacang buncis lebih kurang semangkuk.
panaskan minyak dalan non stick pan, masukkan kacang buncis, buh sedikit garam, kacau hingga kacang 1/2 empuk, kemudian masukkan telur yang dah dikacau bersama sedikit kicap cair(banyak telur terpulang pada masing-masing, aku guna 4 biji telur. Jangan lupa balikkan telur dadar, dah nampak garing bolehlah diangkat.
Telur dadar berkacang buncis
Lauk sampingan rendang kerang simple je.
sambal ikan bilis
Bila dah letak lauk atas meja, dalam hati "apa yang ko merepekkan labu". korang tengoklah sendiri, dah ada rendang kerang, boleh plak aku bantai wat sambal ikan bilis.The moral of the story memang otak aku dah celaru.kui kui kui terlebih dose
Apasal dia buat mata cam tu ye?
Sedap tau telur dadar tu , rasa kacang buncis manis sangat.Saja gedik zoom kat telur dadar.
Lidah menjelir cam tu menandakan kepedasan.
Terlebih rajin wat kek coklat plak petang semalam(kang aku dah cakap terlebih dose).Lepas ni kena wat lagi , suami ngan firdaus suka sangat sangat. Resepinya nantilah, pagi tadi terkocoh-kocoh mana nak sidai kain, mana nak update blog, almaklumlah aku ni isteri yang bekerja .
tuk geng opis skit.
Jumpa lagi dilain hari dan waktu, semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang baik, nanti boleh lah baca blog ni selalu.kah kah kah