Thursday, October 6, 2011

bertikam lidah tak pasal-pasal, Maharaja lawak pun tak lawak cam ni

Salam hari khamis............



Aku nak kongsi cite lucu/lawak sangat masa tengah tunggu kak limah ambik semalam . Tempat biasalah, kat sebuah gerai papan jual surat khabar , sebelahnya rumah seorang datuk ahli politik berkawan rapat ngan dato rahim papanya si kak limah(kak limah sila muntah aku panggil ayah ko papa) .

Saja je aku bagitahu gerai tu sebelah umah datuk tut ,nanti bujal bolehlah bagi FM yang dia nak bagi kat aku hari tu. Habis dah sebelah rumah buat apa nak hantar-hantar pakai poskan.Kalau dah tak de tak pelah, saja gurau-gurau dihari raya.kah kah kah

Berbalik cite tadi, sampai je gerai surat khabar tu aku pun melepaskan penat lelah, habis tu tak penat kata ko, jalan kaki dekat nak sebatu. Kalau tak kurus tak pek den nak nolong. Masa tu ada pakcik tauke gerai, sorang lelaki muda ngan sorang pakcik(baju biru) memang duk lepak kat situ selalu sebelum gi keja.

Aku sambau harian metro, selak ngan baca kat situ sambil tu mata duk mengerling suratkhbar lain. Aku tertarik ngan cerita "cincin RM72j sudah dipulangkan" kat muka depan suratkhabar SINAR, aku beli .



Bukan setakat baca suratkahabar, aku pasang telinga dengar perbualan orang.

Pakcik(baju biru) : kan aku dah cakap, dia beli cincin tu(sambil tuing tuing muka kak ros yang ada kat muka depan sinar).(Cian kak ros tak pasal-pasal kena tuing) Sekarang orang dah duk sibuk-sibuk cakap dia pi pulangkan. menghabiskan duit rakyat.

lelaki muda : Pakcik jangan dengar sangat khabar angin ni.Kat dalam internet tu selalu tipu. Biar pilah dia nak pakai cincin RM72 juta pun, kita patut bangga orang melayu yang pakai. Alah cik orang melayu ni suka dengki, tengok hari tu umah dato z buat pagar sampai luar, orang kampung duk bising-bisnig . cam biasalah cik orang melayu tak habis-habis nak dengki.

Bila dengar statement "kita patut bangga orag melayu yang pakai" memang aku kagum sekejaplah ngan semangat patriotik yang tak berbelah bahagi yang dia tunjukkan. kah kah kah

Aku pun tak patriotik cam tu. Bila ku tenung-tenung wajah lelaki muda tu, rasa cam kenal tapi tak tahu kat mana. laaaa patutlah berkobar-kobar sangat kat belakang baju dia tertera "SAYANGI SELANGOR, CINTAI BN".


Memanglah dia terasakan, cam aku ni parti sendiri tak de lah terasa apa-apa. Pada pendapat aku bodoh sangat kalau kita nak bertikam lidah sebab nak menegakkan keadilan untuk orang yang kita tak kenal secara peribadi lagilah bertikam lidah pasal isu bodoh cam cincin RM72juta tu .kah kah kah


Marilah beramai-ramai kita cintai negara tumpah darah kita Malaysia.Majulah sukan untuk negara.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina