Salam hari sabtu...............
Lega dah boleh update, rasa tak lengkap hidup kalau tak boleh merapu kat sini, selain dari kat twitter. Blog ni jadi rumah no 2 aku, rasa windu je kalau tak jengah. Semalam update pun kat tempat keja .Tempat keja guna office station, nak transfer gambar pun tak boleh. Nak MMS gambar kat email pun tak boleh, gara-gara celcom upgrade perkhidmatan. Tak pelah aku redha, bukan selalu pun celcom wat hal ngan aku, ngan orang lain, ada aku kesah .ha ha ha kejinya aku ni.
Semalam kak limah bawak sebalang roti gula kat opis, katanya ambik dari van biskut .Bukan ambik free tau. Van biskut tu biasa menyinggah cafe mak dia. Sebalang RM10 dalamnya ada 60 keping roti gula (kalau tak silap aku)adalah besar cam aku buat ni. Jahatkan , tak moh beli, tapi nak wat sendiri.Cadangnya balik keja nak tidur sebab kat opis dah telan paracetamol 2 biji gara-gara demam selsema, sampai rumah duk kerebek roti gula plak.
Kalau korang rasa nat cuba, try , test buat , beli roti yang murah-murah je. Aku guna roti massimo , tak pelah kan sebab dapat free. Bukan selalu pun dapat roti free, kebetulan semalam sebelum balik kawan keja R&D bagi plak roti, apalagi on lah projek meroti gula.kah kah kah
Jom layan meroti gula...............
Kawan tu bagi roti sandwich.
Sediakan majerin atau butter. Aku duk perabis majerin daisy hari raya lepas punya , takut expired.
Gula pasir.
Sapu roti ngan majerin atau butter, tabur gula, lepas tu ambik sekeping roti potong/gunting kepada empat bahagian. kalau tak nak potong pun boleh, tapi kalau potong empat senang nak simpan dalam bekas.
Bakar atas redai suhu 180 celcius selama 25minit, api atas bawah . Roti gula dah nampak rangup dan warna kecoklatan(ye ke coklat ? , atau mata aku ni rabun) , boleh angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
Jeng jeng cicah kopi pun sodap.
Jangan lupa suruh anak korang makan roti gula cicah milo kosong sambil tonton Dora the explorer. Saja aku tepek gambar sidora, nanti kalau Firdaus buka blog ni, nampak gambar dora, dia teruja.kah kah kah