Salam hari senin ..........................
Amboi boi boi panjangnya tajuk, jangan ada yang tiru udah, kah kah. Kalau nak femes pun biarlah guna kreatviti sendirikan. opps mak terlaser , biasalah semenjak bertwitt ngan AA, laser mak menjadi-jadi. Bagus gak sesekali laser , tak delah ada yang berani nak pijak-pijak kepala. kah kah kah
Dah masuk seminggu suami aku bawak ikan jenahak tu balik, kalau tak reti-reti nak siang ngan masak , kang tetiba sampai sri lanka plak aku melayang . Bertwitt ngan AA boleh, nak siang ngan masak ikan tak boleh plak. kah kah. Tahu tak pe, dah penat suami gi mancing, bawak balik ikan , dia penat sampai tak terlarat nak siang, tak kan isteri mithali cam aku(sila muntah kat blog sendiri, jgn nak muntah kat sini plak) tak boleh tolong siangkan.
Sebelum melakukan aksi ganas guna parang, pisau, gunting ngan tukul bagai, aku kena gi kedai kawasan rumah dulu, beli barang dapur, banyak yang dah kehabisan, contoh bawang ngan cili kering.
Jom ikut aku gi kedai. Kedai ni jual murah je , peniaga persisiran pantailah katakan...
Semua barang dah ready, tetiba masa nak chau , teringat plak kunyit hidup ngn daun kari tak de
Aku : kak ada daun kari ngan kunyit hidup tak?
Akak : ada, cuba ko tengok dalam kotak putih kat belakang sana
Aku :(pening cari punya cari , tak jumpa)kak tak de.
Akak : ada belakang kedai...........
Aku : Ya Allah ya tuhanku cam ni pun boleh. kah kah . Korang ada jual kunyit kat bawah pokok kunyit. Terpaksalah aku gagau dalam tanah tu dua tiga ketui kunyit hidup.
Aku : kak mana daun karinya?
Akak : siti, ambik dua tiga tangkai daun kari kat belakang tu.
Aku : kira semua kak. (Pening dekat 10 tangkai daun kari siti patahkan.)
lelong, lelong sapa nak ulam raja?
Ni pun semua pokok-pokok dia, tinggal tunggu pembeli je. kah kah kah, kat rumah korang ada kedai runcit cam ni?
Ikan Jenahak anggaran 3 kilo hasil pancingan suami minggu lepas.Selalunya sebelum bawak balik ,dia dah siap bersih dan potong, hari tu idak plak , mungkin sebab terlampau penat kot, balik pun dah malam.
Senjata yang digunakan tuk merompak.Betullahkan, senjata ni kan selalu perompak guna tuk merompak, aku guna siang ikan, apa salah.kah kah kah
Dalam 1/2 jam , semuanya selesai. terrorkan. Don't judge a perempuan melalui tangan.kah kah kah
Dua kepala ni aku khaskan tuk masak kuah.
Takkan sampai tinggalkan mata kail kat dalam tekak ikan Jenahak semata-mata nak buktikan yang dia benar-benar gi memancing . Kalaulah suami aku terrrrrbaca statemant ni, mahu dicekiknya aku tinggal nyawa ikan. kah kah . Nasib baik aku profesional bahagian siang menyiang ni, kalau tidak terabaklah tangan aku yang halus mulus ni. sila muntah sekarang.
4 bahagian ni nak buat masak kuah asam tumis. Sebelum tu bedakkanlah sikit ikan ngan kunyit, berseri-serilah nanti bila duk dalam kuah. keong keong.
Aku kurang gemar guna terung, tapi bendi dah tak de nak wat cam mana.
Asam jawa penting dalam menghasilkan kuah asam tumis yang sedap.
bancuh ngan 500 ml air
bahan tuk dikisar bersama ngan cili kering. Kena pandai agak-agak ye quantity, depend ngan cili keringnya banyak mana.
Bahan yang dah siap dikisar.
Tumis tu biar sampai pecah minyak, tumis lama-lama sampai 20 minit. Sederhanakan api ye. Bila dah best je tumisan tu, baru buh air asam jawa, biar kuah tu mendidih lelama sikit. buh terung dulu sebab terung ni lambat skit empuknya, dah sederhana empuk, masukkan ikan. Last sekali buh garam ngan sedikit perasa pak aji naik bot.
Tips lagi : jangan buh parasa atau garam terlalu awal sebelum bendi atau terung empuk/lembut, ini boleh melambatkan proses nak lembut.Kalau lembut pun cam semacam je, bendi cam berlendir sikit. tak caya udah.
Deco deco periuk atas meja mesti ada.
Tak sedap ko kata. his his his makan nasi berkuah asam tumis sambil menjilat lelehan kuah dicelah-celah jari adalah nikmat. . Asam tumis ikan jadi tak bermakna dan tak dihargai sangat kalau kuahnya tak de rasa sedikit masam, nama pun asam tumis ye dak? kah kah kah
Budak ni suka makan kuah asam tumis tu, sebab tak pedas sangat, yang best setiap kali nak tambah kuah, dia tak sebut kuah, tapi "mak , nak tambah pedas". Kelakar okey.
Bukan kamus DBP ye - kutip ilmu dari arwah mak
Kuah Asam tumis/pedas - bumbunya terdiri dari cili kering, sedikit halia, kunyit hidup, belacan, bawang putih ngan bawang merah dikisar, bahan tumisan lain daun kari .
Kuah Asam rebus(tanpa ditumis)- bumbunya terdiri dari sedikit cili kering, cili api, bawang merah , bawang putih, , halia , kunyit ngan belacan dikisar- bahan lain daun kesum atau bunga kantan. Lebih kurang cam kuah laksa penang.
Kuah berlada- rumit skit bumbunya .resepi orang lama ye,masa kecik aku siap kena giling ngan lesung batu, dulu manalah ada blender nyah .Hasilnya kuah berlada yang sedap.harum mewangi.
1)cili kering
2)ketumbar disangrai-bahan penting , ketumbar ni yang memberi kelainan pada kuah berlada.
Hai caya ketumbar, aku tepek gambar, manalah tau ada yang tak kenal.
3) sekeping isi kelapa-contohnya cam gambar dibawah sekeping atau dua keping-dulu dibakar atau sangrai-
4)bawang merah/putih/ halia/kunyit dikisar. bahan tumisan lain daun kari.
Cara masakan 3 jenis kuah ni, sama kecuali asam rebus sebab tak perlu ditumis .
Dalam apa jua masakan yang kita nak masak, bahan -bahannya janganlah berlebihan contohnya kita guna bawang merah 6 ulas , bawang putih 6 ulas, bil tang cili kering alahai ciput sangat. Kita kena pandai ikut logik akal, kalau dah berlebihan sangat sesuatu bahan tu , kang masakan kita tu, akan tertumpu ngan rasa yang kita buh berlebihan tadi. Kita sendiri rasa kurang senang bila masakan kita rasa lebih halia atau bawang .
Ini sekadar bebelan orang yang kurang mahir dan tak pernah ambik kos mana -mana kelas masakan profesional pun, cuma berdasarkan pengalaman masak -masak dan main pondok -pondok bersama arwah mak satu ketika dulu.
Kalau korang rasa bebelan aku ni membantu, ambik dan simpanlah dalam diary korang, kalau rasa korang lagi pandai dari aku yang tak pandai, nak wat cam mana kan. terpulang pada diri masing-masing.
Cukuplah sampai disini je, bebel lebih pun, bukan korang nak belanja root beer float Mekdi. kah kah.
Untuk renungan bersama ;
Islam itu mudah, tetapi bukan untuk dipermudahkan .Islam itu indah, tapi hukum janganlah tidak diendahkan.