Tuesday, October 18, 2011

Bukan cadangan bina jambatan tapi cadangan tuk yang berminat nak tambah pendapatan.boleh?


Salam hari selasa...........................


Nampak tu bukan cadangan membina jambatan ye. Sanggup tau aku suruh Firdaus berlakon semula tuk tunjukkan cara nak dapatkan pendapatan sampingan, kalaulah sekiranya gaji yang kita dapat setiap bulan tak cukup nak tampung hutang-hutang lapuk.kah kah kah

kalau korang berminat , aku tak paksa,aku saja bagi idea, kerja sampingan ni senang je, tak membabitkan modal beribu mahupun berjuta ringgit, modalnya 2 atau 3 biji buah mangga yang besau, contoh cam kat bawah ni.

Cara-caranya ;


Kupas buah mangga, cuci berseh.


Pengcungkil gigi


Plastik sederhana besau


Good boy anak tauke ni , tolong masukkan semua mangga tu dalam plastik.


Rajinkan anak tauke, tolong tabur serbuk jambu ke dalam mangga potong.Abaikan baju yang tak berbutang lalu menampakkan perut yang berlipat , kah kah kah.Ini semua gara-gara dapat mak yang pemalas nak jahit butang baju anak yang tercabut.



"meh , bagi mak dulu", nyum nyum mestilah tauke yang resmikan dulu, ye dak?


Bungkusan mangga dah siap tuk di sejukkan.


Nampak tak muka happy anak tauke , biarpun penat senyum je sebab Insyaallah setiap hari dapat hasil yang lumayan. Gebus je jejari anak tauke mangga tu.kah kah kah


Tak de maknanya, mangga tu semua we all nak makan sambil melayan nengok tv, senanglah dah siap masuk dalam plastik. cam ni pun bolehkan. membazir plastik je aku ni.kah kah kah.Janganlah mareee



Setiap orang kena ada sikap nak majukan diri, kalau dah ada sikap tu, ada kemahuan maka adalah jalannya. Apa lagi jalannya aku dah bagi.kah kah kah, tapi ingat kalau nak berniaga mangga potong tu, jangan plak mangga tu kita rembat dari pokok mangga orang .





MULUT TAK DE INSURANCE :)


HIDUP DI DUNIA MERUPAKAN SATU PERJUDIAN, TETAPI JANGANLAH JADIKAN PERJUDIAN SEBAGAI SATU GAYA HIDUP.

HIDUP NI PULAK HANYA SEMENTARA , JADIKANLAH PENGALAMAN HIDUP SEBAGAI PENGAJARAN BERGUNA UNTUK TERUS MELANGKAH KE HADAPAN.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina