Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Derhaka bersebab -nuffnang + Advertlets,

Tadi ada beberapa pengomen yang tanya pasal Tepung 1 Malaysia, sebenarnya aku tak guna lagi tepung tu, tak tahu nak bagi komen cam mana. Aku tak kisah sebenarnya nak beli tepung 1 malaysia tu, cuma aku dah biasa guna tepung cap kunci atau sauh, lagi pun itu produk subsidiary company aku keja , rasa cam tak best plak   nak guna tepung  company lain. Bukan baru-baru ni je aku guna tepung company aku keja, sebelum aku keja kat situ lagi aku dah guna .

Jujur aku katakan yang aku tak pernah lagi beli barang jenama 1 Malaysia. Aku suka beli barang yang dah biasa guna, bukannya nak berlagak , soal harga memang aku jarang fikir. Ibu  yang bekerja cam aku ni kadang-kadang manalah ada masa sangat nak tanya harga setiap barang dapur yang nak dibeli. Lepas je beli barang terus sumbat dalam beg sekali ngan resit pembayaran , ada masa resit pun tertinggal kat tempat cashier. Pernah jugak suami tegur, masa tu aku terbeli barang dah rosak, tak dapat nak pulangkan barang tu  sebab resit tak de, tak tau aku simpan mana : )

Stop cite pasal barang 1 Malaysia, aku nak cite pasal Nuffnang ngan Advertlets plak. Korang perasan tak aku dah letak iklan dari Advertlets, ye aku dah derhaka ngan nuffnang, tapi bukan suka -suka dehaka, dehaka bersebab. Entah kenapa tak de angin tak de ribut, tanpa bagi tau aku nuffnang buat sesuatu yang tak menyenangkan hati aku. Sesuatu yang betul-betul buat aku geram, tak payahlah aku nak bagi tau,biar aku jelah yang tau. Demi nak memuaskan hati sendiri, aku tambah iklan dari advertlets, ni baru betul kes balas dendam . Aiman tak kisah, aiman dah femes, dulu ye lah . Nampak sangat aku berlagakkan. kui kui kui

Ni ada lagi satu budak suka nak derhaka ngan aku , detektif conan 24 jam : )

Budak yang dah kenyangan ni , syok melayan detektif conan, aku suruh baca iqra dia kata mengantuk . Baru darjah satu dah bercita-cita nak jadi pengawas, katanya nanti boleh marah kawan-kawan yang buat bising dalam kelas, korang rasa adakah ini kesan dari membaca buku komik detektif conan? kui kui kui


Dr. Faiz  malam nanti baru pegi blog u, kat opis ni  URL  u  kena blocked.

Friday, November 11, 2011

Pengajaran dapat , resepi Pie kentang berdaging pun dapat

Salam hari Jumaat............



Semalam apple crumble pie, malam tadi aku wat pie kentang berdaging plak. Saja tukar selera, memandangkan daging korban ada balance skit lagi. Excited sampai lebih garam buh kat inti. Pengajarannya, jangan buh lebih garam dalam masakan nanti masin, kalau masakan masin tu kita perhangat atau  bako, akan bertambah-tambahlah masinnya. Aku nak ingat benda ni dalam kepala.

Jom layan..............




Pie crust

1)200 grams tepung gandum
2)150 gram salted butter
3)1 biji kuning telur.
4)3 tbsp air sejuk dalam peti ais

cara wat pie crust tiru cam kat sini ye.

Simpan doh dalam peti ais.




Cara wat inti sama cam kat sini, cuma yang ni aku buh daging kisar.tedappppppppppp tapi masinnnn. hua hua hua




Tekapkan pie crust dalam acuan cheese tart, kemudian sudukan inti kedalam pie



Lebihan tepung , canai dan potong selebar 1/2 cm sepatutnya, tapi biasalah aku kerastangan .kui kui kui




Buh lah ikut suka masing -masing ye, aku wat cam tikar jarang.boleh gitu.





Sebelum bakar sapukan egg wash.

Cara buat egg wash

kacau
telur 1 biji
minyak 1 sudu teh
gula 1 sudu teh








Bakar selama 180 darjah celcius selama 25-30 minit-Abaikan pie yang duk  tengah-tengah, biasalah kalau dah last mesti besaukan, anggaplah cam  kepala kek atas meja time hari raya.kui kui kui



Jeng jeng jeng, Pie kentang berdaging.



Apasal ko perli ke apa?ketawa semacam je. kui kui kui


Jangan excited sangat kalau besday atau annivesary korang 11/11/11 , tahun depan dah 11/11/12.kui kui kui ...........motip ; tak de apa-apalah.


SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.

Tuesday, November 1, 2011

3 bahagian badan yang harus dibelai , dibersih dan kasi make up ngan sempurna

Salam hari selasa...................

Amboi boi, orang perempuan yang pakat nak jaga badan tu mesti duk tertunggu-tunggu cerita ni kan. hambek ko , jaga badan ikan kerapu. boleh. kah kah kah . Apa korang ingat ni blog Kim Kardsion. kah kah kah. Fuhhhh  Lega dah berapa kali janji ngan suami nak masak ikan kerapu ni, akhirnya ,  kini pasti subuh tadi asam tumis ikan kerapu dah terhidang atas meja.

Malam tadi, hampir dua jam aku kerjakan ikan kerapu, buang sisik, belai belai mesra, potong potong ngan lapah sekali.Jangan lupa mulai ngan bismillah, selawat ke atas junjungan kita Rasullah SAW sekali sebelum upacara memotong tu.

Ikan kerapu bersisik halus, lebih susah nak dibersehkan dari ikan Jenahak ngan ikan yang bersisik besar yang lain.Sisik ikan kerapu halus kena lebih diberi perhatian, kena kikis guna pisau. Tak de maknanya tauke ikan kat pasar tu nak melayan kikis sisik halus ni, setakat garu sisik besar ngan potong-potong boleh lah.



Part badan ikan kerapu boleh digaru ngan berus paku ni.



Part pipi, atas kepala ,ekor, ridip kena kikis guna pisau.



Ikan kerapu milik (hasil pancingan)suami.kwang kwang kwang

ROGER ROGER 3 BAHAGIAN DIGAMBAR BAWAH , KENA LEBIH PERHATIAN, SILA KIKIS SISIKNYA GUNA PISAU.








Part badan , potong ngan pisau tajam dulu , kasi buat tanda belah tak putus, senang nanti nak tetak ngan pisau besau. Kena belajar menetak-netak ni, mana tahu umah korang masuk perompak, ngan basic menetak ikan boleh buat ,menetak perompak . seramlah tu.



Belahan tak putus yang aku buat guna pisau.



Nampak tu bila ditetak atas belahan, potongannya cantik , tak de lah herot berot, isi pun tak hancur.



kepala ikan kerapu ni terpaksa aku potong dua sebab dia  tak makan saman skit, kalau tak dibelah , nanti dia suka nak  ngangakan mulut dalam kuah asam tumis .



Sebelum masak asam tumis aku garam kunyit kepala ngan ekor ikan, time subuh senang skit, tinggal masak je. .



Fresh from farm, asam tumis ikan kerapu ni dimasak pukul 5 subuh tadi,(stok isteri mithali memang masak waktu subuh) kalau nak resepi sila layari laman www.asamtumis.paling sedap.com. Abaikan kuali tu, aku spesis suka masak kuah dalam kuali. sila percaya ada laman web tuk asam tumis.kui kui kui



Part ni penting, kalau tak dikikis sisik halusnya ngan pisau , alamatnya time makan , sisik halus melekat kat lelangit.



Lauk sampingan kobis goreng, cam biasalah sayur aku ni memang susah nak jumpa aksesori, sebab family aku ni makan sayur je, kang aksesori dorang ketepikan, rugikan. kui kui kui



Lagi sekali aku buh gambo asam tumis ikan kerapu, biasalah kalau tak buh gambo dua kali tak puas hati.



gambar firdaus kena ada, nanti kang ada yang rindu-rinduan .Sila abaikan dapur aku yang berselerak, aku kan jenis tak pandai jaga keterampilan rumah. kui kui kui


Berjumpa lagi di lain aksi,lupa nak cakap, sempat lagi aku nak nyelit,, pagi tadi aku baca kosmo, ciannya ngan izreen tu termakan janji manis Johan asari(botak cite juvana). adik izreen bertabah ye, tak pelah ngan pengalaman ni dapat menginsaf dan meyedarkan kamu, bahawasanya lelaki yg suka tabur janji manis tu , memang hua hua lelaki brengset.

Izreen ko tu lawa , kalau nak dibandingkan ngan johan asari(botak juvana) yang muka tak semenggah(ooops ada plak yang marah ni), serius betul, lepas ni ko akan dapat lelaki yang 1000000 kali lebih baik dari tu.InsyaAllah.Ingat ye , lepas ni kalau ada lelaki yang nak tabur janji manis, ko tabur muka dia, lepas tu ko blah.kah kah kah .Biasalah tu izreen sibotak tu, pelakon baru nak naik , tengah glamor sekarang ni, sebab tu dia cam diawangan-awangan.Maafkan dia ye, hingus meleleh lagi tu. Macamlah izreen baca blog aku ni. Ada aku kesah.

Tuesday, October 18, 2011

Bukan cadangan bina jambatan tapi cadangan tuk yang berminat nak tambah pendapatan.boleh?


Salam hari selasa...........................


Nampak tu bukan cadangan membina jambatan ye. Sanggup tau aku suruh Firdaus berlakon semula tuk tunjukkan cara nak dapatkan pendapatan sampingan, kalaulah sekiranya gaji yang kita dapat setiap bulan tak cukup nak tampung hutang-hutang lapuk.kah kah kah

kalau korang berminat , aku tak paksa,aku saja bagi idea, kerja sampingan ni senang je, tak membabitkan modal beribu mahupun berjuta ringgit, modalnya 2 atau 3 biji buah mangga yang besau, contoh cam kat bawah ni.

Cara-caranya ;


Kupas buah mangga, cuci berseh.


Pengcungkil gigi


Plastik sederhana besau


Good boy anak tauke ni , tolong masukkan semua mangga tu dalam plastik.


Rajinkan anak tauke, tolong tabur serbuk jambu ke dalam mangga potong.Abaikan baju yang tak berbutang lalu menampakkan perut yang berlipat , kah kah kah.Ini semua gara-gara dapat mak yang pemalas nak jahit butang baju anak yang tercabut.



"meh , bagi mak dulu", nyum nyum mestilah tauke yang resmikan dulu, ye dak?


Bungkusan mangga dah siap tuk di sejukkan.


Nampak tak muka happy anak tauke , biarpun penat senyum je sebab Insyaallah setiap hari dapat hasil yang lumayan. Gebus je jejari anak tauke mangga tu.kah kah kah


Tak de maknanya, mangga tu semua we all nak makan sambil melayan nengok tv, senanglah dah siap masuk dalam plastik. cam ni pun bolehkan. membazir plastik je aku ni.kah kah kah.Janganlah mareee



Setiap orang kena ada sikap nak majukan diri, kalau dah ada sikap tu, ada kemahuan maka adalah jalannya. Apa lagi jalannya aku dah bagi.kah kah kah, tapi ingat kalau nak berniaga mangga potong tu, jangan plak mangga tu kita rembat dari pokok mangga orang .





MULUT TAK DE INSURANCE :)


HIDUP DI DUNIA MERUPAKAN SATU PERJUDIAN, TETAPI JANGANLAH JADIKAN PERJUDIAN SEBAGAI SATU GAYA HIDUP.

HIDUP NI PULAK HANYA SEMENTARA , JADIKANLAH PENGALAMAN HIDUP SEBAGAI PENGAJARAN BERGUNA UNTUK TERUS MELANGKAH KE HADAPAN.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina