Friday, October 14, 2011

resepi pau, pai rekaan sendiri, semua boleh , hentam sajalah........


Salam hari Jumaat penghulu segala hari............


Apa khabar semua?Hati aku tengah panas ni, tweeter aku plak ada problem tak dapatlah bertweet ngan AA(Azwan Ali) ko ada ? Retis-retis yang lain dah lama tunggu ni. Kenapa plak account aku kena suspen?Habislah tak dapat bertweet ngan izan, RK, RS ngan retis-retis yang lain. SiFara ni pun satu, bilalah nak bukak akaun tweeter?

Lega aku hari ni tak pandang muka chayununalif tu , tak habis -habis nak cemburu. Aku nak relax pun tak senang. Aku suruh dia bukak akaun tweeter tak nak , bolehlah time dia sangap bertweet ngan Jacky chan ngan Do do Cheng. Bengap tak habis-habis. Time aku sibuk dulu buat keja sorang -sorang , tak de plak dia nak nyibuk. Sekarang ni plak meroyan tak habis-habis. 24 jam nak suruh aku sapu sampah nagan mop bilik dia.

Malaslah cite pasal chayununalif tu, nak muntah dibuatnya, baik aku cite pasal pau ngan pai aku lagi bagus...........................projek pagi tadi...


Kentang tinggal 3 ketui ni je. (kentang kaler ni biarpun buruk tapi cepat empuk)


kupas dulu ye adik-adik comei


potong dadu, cuci dan tuskan


rempah kari dua sudu besar plastik bancuh ngan air.(kalau korang ada sudu besi on je) kah kah



udang seringgit basuh , perah, kisar kering ngan 4 ulas bawang merah hiris.sedikit rempah campur ngan 5 helai daun kari.(maaflah tak de gambar daun kari , kat rumah ni pokok daun kari dah togel.)



Tumis bahan kisar sampai naik bau, kecikkan api ,kang rentung plak. Jangan guna minyak banyak sangat, nantikkan inti tu berminyak, bila masuk dalam pau, keluar minyak plak.


Buh kentang dadu ngan rempah kari yang dah dibancuh tadi, buh air. masak sampai empuk.Jangan lupa buh gula , sedikit garam ngan perasa. Kacau sampai inti betul -betul kering.



sejukkan inti.



Doh yang dah rehat selama 20 minit.

Doh uli guna tangan sendiri, kalau rasa malas buh je dalam mesin pemutar kek yang bermata cam skru tu. Selalunya pemutar kek yang mewah, cam RS ngan Izan punya.Janganlah bos kecik terbaca.kah kah kah

tepung 400 grams
sedikit garam
1tsp gula-bancuh ngan sesudu air.
air 200ml
Yeast mauripan 1/2 bungkus, bancuh ngan air(jangan guna air panas mendidih, nanti mati plak yeast tu)
Shortening tak de kat umah aku guna minyak 2 tbsp

uli sampai kembang. Rehatkan doh






Buh inti, kemudian katupkan.



Sukati nak buh atas apa pun, daun pisang pun boleh. Nampakkan kekerastangan aku, herot berot pau tu. Rehatkan lagi selama 20 minit. Didihkan air dulu sebelum mengukus pau.


Ingat lepas cuci rambut je kena balut kepala ngan towel? .kah kah . Kukus pau guna api kuat , selama 20-25 minit. Balutkan penutup ngan towel , bagi mengelakkan wap terkena permukaan pau.




Abaikan pau yang terkeluar inti tu.tamak biasalah tu.



Pau tuk suami .


Fikir punya fikir, nak buat apa ngan inti yang lebih tu, nasib baik datang idea nak buat pai. hiss hiss kalau buh cendawan , sedapnya. Tak pelah tak moh tamak, buat je apa yang ada depan mata.



Tepung gandum
sebiji telur , sedikit gula castor, garam, essen vanila. 4 sudu besar butter.-kacau semua, kemudian campur ngan tepung.ikut sesedap tangan ye. Pai ni memang main bantai je. Janji basic ada.


Lengserkan loyang ngan majerin/butter sedikit . Kalau korang ada loyang yang cantik sikit bolehlah guna, aku ada yang ni je, nilah yang paling cantik.kah kah.Loyang bulat pun boleh.




Canai doh tadi, tepek ngan rata kat dasar ngan tepi loyang ,pandai-pandai sendiri adjust kedudukan tepekan tu ye,( Bahasa cam hazab), kemudian cucukkan ngan garpu kat dasar tadi. Bakar selama 25 minit pada suhu 180 celcius.


Inti tadi aku adjust buh yogurt(kalau suka buh fresh milk atau whipping cream), buh sambal sardin balance semalam, sedikit serbuk kayu manis, kemudian kacau -kacaukan guna sudu hingga semuanya bergaul.



Bila dasar tadi dah keluar dari oven, buhkan inti tadi, canaikan doh yang tinggalkan separuh  ,  tutupkan inti tadi , tekan-tekan ngan garpu kat tepi -tepi pai. Sapu bancuhan telur yang dibuh setitik dua esen vanila(tips nak hilangkan bau hanyir telur). Bakar selama 30 minit dalam suhu 180 celcius.




Pai dah siap- Kalau buh inti epal pun sedap gak, nanti kalau aku buat, aku tepek kat sini ye.


Kalau tetamu datang wat pai pun sedap, makan waktu petang, hari ni plak aku bantai pai ni makan tengahari , senang, tak payah masak nasi. Kentang boleh ganti nasikan.


Saja nak bako membako hati dan perasaan sesiapa yang nengok.kah kah kah



Boleh gak makan pai sambil tonton dvd , cite kartun. saja nak bagi izan teruja.kah kah kah


Okeylah berjumpa dilain racangan, sibuk sikit hari ni, nak gi betulkan account tweeter aku yang kena suspen tu.gerammmmmmm.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina