Sunday, October 23, 2011

Rumah baru sempena Deepavali, petua dan petua

Salam hari minggu........,


Selamat berhujung minggu bersama family tersayang.Lega rasa hati, dah tukar rumah baru, almaklumlah tak lama lagi Deepavali. Kenapa suka ni?, of courselah aku suka, nak dapat angpau dari mak mertua ngan bapa mertua tersayang. Sipolan yang asyik ejek aku kahwin ngan india tu apa dia dapat. kah kah . Jangan nak kutuk orang, esok anak dara ko kahwin ngan India, baru padan ngan muka. Perjalanan hidup kita ni masih jauh lagi, jangan suka nak cakap pasal orang, jaga family sendiri lagilah baik. Dosa pun tak dapat.

Hari ni yuyi ngan adik tak balik rumah , of courselahkan dia ada keja. Dorang dua beradik happy je, ada plak orang yang sakit hati kononnya aku tak jaga dorang. kah kah.Itulah orang tua-tua kata, tak tahu hujung pangkal jangan nak menyampuk. Umur muda dah nampak cam umur 40 an, ha ha ha bukan aku cakap ye, ramai yang bisik kat telinga aku ni.

Buat-buatlah jaga family sendiri , duk mendengki ngan kehidupan orang lain wat apa. Aku happy happy dapat suami India, anak-anak pun dah besau, dia plak duk meroyan sorang-sorang duk kutuk kita. Macamlah masa kita susah dulu mintak duit dia. Usah meroyan-royan sibuk orang lain lagi ye, kata nak nampak muda selalu.


Maaflah kawan-kawan , melepaskan tekanan jap, waima aku tak baca blog sipolan tu , ada je yang nyampai kat aku, apa tidaknya asyik kutuk aku je, member pun tak tahan. Tak habis kutuk aku, ngan anak-anak aku pun kena, bodohlah sangat kalau yang baca cite tu , tak boleh tangkap sapa yg sipolan tu maksudkan. Dah terang lagi bersuluh, wat apakan.

Jom layan masak -masak hujung minggu,


Kacang buncis potong serong, ni aku masak sikit je, biasalah tak ramai, wat apa nak membazir, masak tuk sekali makan je lah.


3 ulas bawang putih dihiris
sebiji ciili masak dihiris



sedikit isi ayam dihiris , gaul ngan sdikit kicap cair, kemudian gaul ngan sedikit tepung, tak kira ikut suka korang nak guna tepung gandum  atau tepung jagung.

1)Kenapa aku guna kicap cair dalam kebanyakan sayur yang aku goreng

kicap cair rasa masinnya menyeluruh dalam masakan terutama nasi goreng atau sayur . Perasan tak bila makan nasi goreng atau sayur , adakalanya kita tergigit garam,itu yang aku maksudkan masin tak menyeluruh. suami aku plak jenis tak suka masin, kalau tergigit garam ,jam tu gak dia suruh aku guna kicap cair.

Ini hanya pendapat aku, kalau rasa tak betul , abaikan, kang kata aku memandai-mandai, sedangkan memang aku pandai pun.kah kah kah kah. terbako sipolan nampak statement ni.

2)kenapa isi ayam kena gaul ngan tepung?

kalau digaul  ngan tepung isi ayam tu akan jadi lembut hingga ke malam dan selama-lamanya.-kah kah kah




Tumis bawang putih hiris hingga naik bau. kecikkan apa masa menumis ye.Kemudian masukkan isi ayam, kacau sebentar , bila isi ayam dah separuh masak, masukan kacang buncis ngan cili hiris tadi. Kacau sekata,biar kacang buncis empuk, sebelum angkat buh sesudu sos tiram ngan sedikit air.


nyum nyum manisnya kacang bunciskan.


Ayam adalah beberapa ketui, aku wat masak kicap.Resepinya lebih kurang sama ngan ikan masak kicap , korang ambik je resepinya kat sini.



Biasalah model busyuk masam aku sorang ni. kalau ngan kicap berhantu.





Selamat berhujung minggu ye, jangan malas malas, apa yang belum sental tu pegi sental, jangan duk sibuk mengata hal jiran tetangga ngan blogger , ye dak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina