Monday, October 24, 2011

Vokal bukan sekadar rupa, don't judge a book by its cover

Salam hari senin..............


Ceh ceh wah, tajuk tak henggatkan. Ada aku kesah. Tetiba rasa emo plak, bila nengok vokal bukan sekadar rupa malam tadi. Pada aku , peserta ketiga Siti Nuraishah vokal dia sedap, nyanyi cam penyanyi profesional,  aku tak paham kenapa Hattan ngan Azmeer tak pilih dia. Dorang peserta baru, first time nyanyi ,rasanya tak adil nak kondem dorang sampai cam tu sekali, bagilah can kali kedua.

Hampeh je , kalau tak suka pun janganlah mengomen cam tak henggat, macamlah peserta tu semua penyanyi profesional. Selalu aku peratikan setiap kali pertandingan nyanyian yang membabitkan vokal ni , kalau jurinya Ajai, Azmeer atau Hattan, komen -komen dorang mesti pedas punya, cam cabai burung. Kalau tak berkenan pun,komen tu biarlah berlapik.Nak feeling feeling cam Paul Moss ngan Simon Cowell lah tu. Aku cadangkan pada peserta -peserta akan datang, berdoa banyak-banyak supaya time korang buat persembahan , jurinya bukan dorang bertiga.


Komen paling ngetop dari  Erra Fazira diva top meletup pokok leletup, dengan nada bangga ;

"Aswad , suara cam  awak banyak kat pasaran luar"

Cian ngan Aswad, kalau tak nak pilih pun, tak payahlah komen cam tu kan, lagilah  komen tu  keluar dari mulut Erra Fazira yang memang tak pernah dapat award vokal terbaek.kah kah kang dah mulut aku melaser. Sapa yang minat sangat Erra Fazira tu , jangan nak marah plak bila baca statement aku ni, sila percaya album dia tak meletup, kalau meletup pun kena mercun tak pun aku tersilap kenyataan . oppppssssss terlaser mak.
Jangan lupa sapa suka Erra Fazira tekan butang like.

Lemas cakap pasal 3 juri tu,,tak mendatangkan hasil, baik tepek resepi breakfast hari sabtu, bihun goreng.

jom layan..........

Serba sedikit petua nak dapatkan mee atau bihun goreng sedap hingga menjilat bibir ; kui kui kui

1) kisar sedikit rencah tak kiralah samada ikan bilis, udang kering atau basah atau apa sajalah kalau nak mengoreng mee atau bihun.
2)Bahan kisaran kena tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3)Untuk dapatkan bihun goreng yang sedap, rencahnya mestilah udang kering atau ikan bilis kisar(kalau tak setuju jangan tekan butang like ye)



Sawi ngan kucai(selalunya aku buh tauge, tapi dah tak de nak wat cam mana)


Ikan bilis , adakalanya aku buh udang kering.


Sedikit cili kering, bawang putih, ngan bawang merah .


Mula kisar cili kering bersama bawang putih ngan bawang merah hingga lumat, kemudian kisar ikan bilis , sederhana lumat je tau.(ayat skema)


Kicap kipas udang ngan sos tiram Adabi


Tumis bahan kisar


hingga pecah minyak, nampakkan perbezaan gambar di atas ngan bawah(untuk orang yang tak tahu apa pecah minyak tu). Bila dah pecah minyak buh kicap(ikut suka korang sapa suka bihun kaler gelap boleh buh banyak kicap, jgn terlebih sudah) , sedikit garam ngan sesudu sos tiram, kemudian masukkan sawi , sedikit air dan bihun yang direndam semalaman . Kecikkan api ,nanti kuali tak delah berkerak time proses angkat balik bihun . Lakukan proses tu hingga bihun lembut , akhir sekali masukkan daun kucai.


Jeng jeng mai makan bihun goreng, sila abaikan kerak bihun kat tepi mangkuk , banyak peminat tu



Aksesori tambahan telur goreng.



Don't judge a book by its cover, umpama janganlah sangka bihun gorengku yang hitam tu tak sedap, sebenarnya sedap.larikkkkkkkkkkkkkkkkkk




Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina