Wednesday, October 5, 2011

tutup dapur, Sopiya

Salam hari selasa.....................



Suami jemput balik keja, malas nak masak, terus gi kedai makan kat kawasan rumah.Pegi kedai makan yang sama, makanan yang sama tapi harga idaklah sama. Suami aku cakap cam biasa je yang ambik order tu dah tau, aku gi kedai tu bukan kerap sangat pun mungkin setiap kali pegi aku order yang sama kot.

Biasalah time makan kat kedai barulah dapat tengok drama tv, kalau kat rumah jangan harap..Aku tengok tv time berita je. Masa tv tengah siar drama sopiya. Dalam hati "ooo itu ke cerita sopiya", selalu dengar dorang cite kat opis. Minggu lepas baru baca surat khabar orang komplin cerita sopiya ni. Dorang komplin cerita tu cam tak logik ngan zaman sekarang ni.

Biasalah kalau aku tak bebel satu hari tak sah kan. Dua cerita ni aku mark tak akan tengok

1)Sopiya
sebabnya aku tak suka cite tauladan yang berlebihan-lebihan cam tu. Kalau semua orang jadi baik setakat tengok drama atau filem tauladan, aku rasa aman dunia ni. Katakanlah ia sekadar hiburan atau nak mengaut keuntungan,  lagi senang. telinga  dengar tak terbakar. Rasa malu gak ngan  bangsa lain bila tonton drama yang paparkan kelakuan orang kita yang buruk sangat. Aku suka lagi cerita tauladan arnab ngan kura-kura atau lebai malang atau pak pandir, ada gak tauladannya.

2)Tahajud Cinta
Serius tak tahu kenapa aku benci yang bukan dibuat-buat ngan drama ni. Hari tu tertengok time suami tertukar chanel, time tu Emam manan tengah berbalas firman Allah SWT ngan hadis nabi SAW ngan Fazura, terus suruh suami tukar chanel lain.

Aku benci sangat kalau orang buat drama atau filem yang cam tu guna ayat Al-Quran atau hadis nabi SAW, ntah kenapa , Satu benda suci nak dicampuradukkan ngan benda yang terang-terangan kita tahu hukumnya. Gunalah cara lain kalau nak memperkuatkan sesuatu drama atau filem .

Aku tak tahu mana pengajarannya cerita tahajud cinta tu.

Jom layan gambar makanan yang sama , kedai yang sama, sebelum hati ni bertambah panas sehangat api...




Firdaus menunjukkan jari gebus dia.



Lai chee kang




Nasi goreng cina ngan ayam goreng seketul.





Kedua-duanya sup. Kami bertiga pengemar sup dan tomyam.



Kailan goreng ikan masin





Jumpa lagi dilain rancangan, majulah sukan untuk negara.............

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina