Wednesday, October 12, 2011

Menu makan malam, peberet Firdaus, cicah lempeng pun sodap


Salam hari rabu......................



Malam tadi meyadin , semalam melempeng, sarapan pagi nanti bolehlah melempeng sekali lagi, boleh cicah ngan sambal sardin. Kalau pakar bahasa, nampak melempeng ngan meyadin mahu dia tendang aku jauh-jauh. Sesuka hati je kan mencemar bahasa.

Semalam aku baca Hai HKL, dah lain ye Hai tu sekarang, dah banyak cite pasal budak kepop.Sumpah sebenarnya aku tak tahu apa kepop tu. Dengar lagu atau nengok dorang buat persembahan pun tak pernah.

Hari tu masa gi umah yuyi aku tanya dia pasal kepop, dia pun cakap tak tahu. Yuyi ni pun satu tak boleh harap langsung. Dia plak boleh tanya aku , apa twitter tu. Cam ni pun boleh. Aku berlagak je, aku pun tak tahu apa twitter tu. Aku pun tak tahu apa dia buat ngan komputer. Facebook pun dia tak boleh layan, sama gak ngan aku . aahhhh aku tahu kesukaan dia , tidur dan tidur.. Kalau dia baca mahu dia melenting. kah kah kah . Aku pun ada hati nak belajar main twitter.boleh gitu.


Happylah tu orang tak boleh marah dia. sabau je lah.yuyi tengah bermesra-mesra ngan firdaus main vcd games. Jangan salah anggap itu Ipad plak.. Kadang-kadang susah gak ngan blogger yang tetiba je nak hentam kita tanpa kenal hati budi kita, sebab tu aku cakap awal-awal yang tu bukan ipad, itu vcd games. Mana tahu takut ada yang tercabar kalau orang lebih dari dia. Cian Izan yang lurus tu, sabau je lah dik .doniya oh doniya . Jangan risau aku belum mampu lagi nak beli ipad dan bersaing ngan orang -orang yang mewah .

Yuyi duk layan keranah Firdaus. Masa Firdaus datang baru nak keluarkan vcd games. Aku ngan dia mungkin ada persamaan tak suka nak belajar gadjet-gadjet terkini. Aku ni kalau dah selesa ngan satu benda tu, alamatnya selagi tak rosak , aku tak tukar yang baru. Hobi aku masak, hobi Yuyi aku tak pasti, apa yang aku nampak dia baca novel siang malam pagi petang. Dah cam pepustakaan je aku nengok rumah dia.

Jom melayan.............



Kat rumah ni kalau meyadin garenti ada telur dadar + bawang .

Terung bulat kocik + tomato kecik goreng rempah berkuah.boleh gitu



3 ulas bawang merah, ngan 2 ulas bawang putih dihiris, sikit rempah kering .ngan 1/2 gengam ikan bilis ngan sesudu rempah kari.


Tomato kecik
terung bulat kecik belah dua.



Tumis rempah kering , hirisan bawang merah ngan putih hingga naik bau. Selepas bahan tumisan dah naik bau, masukkan sayur-sayuran tadi. masukkan rempah kari ngan secawan air.


Kecikkan api, tutup kuali, biarkan terung tu empuk, dah empuk buh sedikit garam , kacaukan sekejap, boleh angkat sebelum belahhh jangan lupa tutup api, kang rentung plak kuali tu.


Jeng jeng adalah kuah sikitkan.sodap manis .puji diri sendiri terlebih -lebihkan.



Jenama sardin guna produk tempat keja.



Jeng jeng sambil sardinku.. Kalau nak resepi bagi 50 sen, acah je tu ambik resepi kat sini ye. Saje lebihkan sambal, boleh cicah ngan lempeng.


Beri tumpuan pada firdaus je ye, bukan apa, aku tak nak korang tengok -tengok kain baju yang belum berlipat kat belakang tu. Sapa nak lipatkan hantar sms ye.


Tiup dulu sebelum makan, almaklumlah lauk baru masak.Aku suruh Firdaus makan sayur tu, dia boleh cakap "mak ni bukan sayurlah, mana ada daun". sabau je lah.



Sehingga berjumpa dilain rancangan, jangan lupa twitt aku dalam mimpi.Fara jom lah belajar twitter.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina