Wednesday, October 19, 2011

Bukan cerita menarik, tapi nak kongsi gak-bermulanya episod aku pekerja estet.


Salam hari rabu.............................



UP-Selangor
1991


Hari ni aku nak bercerita tentang kecintaan aku kat tanah tumpah darahku ooo Malaysia. Tetiba je semangat patriotik menjalar-jalar macam pokok peria katak ngan kacang panjang . Cerita pasal peria katak, dulu masa aku keja kat estet, banyak menjalar -jalar pokok tu kat keliling pokok kelapa sawit, bukan tu je pucuk paku, meranti dan bermacam-macam lagi pucuk yang boleh dimakan. Setiap kali terjumpa pucuk-pucuk tu, garenti aku kutip, masak buat lauk .

Alangkah bahagianya kehidupan pada masa tu, bahagia setiap hari dapat menghirup udara nyaman , mata ni plak puas setiap hari dapat pandang kehijauan pokok hutan selain pandang pokok kelapa sawit. Setiap kali melakukan tugasan harian hati melonjak kegembiraan sebab seronok sangat dapat bertemankan ayam hutan, ular senduk, sawa, kadang-kadang babi hutan apa sahajalah yang berkaitan ngan haiwan dan hutan.


Kalau kat opis sekarang ni aku suka sakat budak-budak opis, sebab dorang semua kanak-kanak ribena , masa keja estet dulu plak aku suka sakat ular sawa. Korang tahu tak ular sawa ni, kalau dah kenyang makan haiwan besau, dia jadi malas nak bergerak, mulalah dia berlengkau je kat pangkal pokok , itu sebabnya ada perumpamaan "dah kenyang mulalah jadi ular sawa, berlengkau je".

Cerita pasal ular awa mengingatkan aku ngan sorang kawan India, selepas menyelesaikan tugasan mengira buah-buah kelapa sawit yang siap dipotong pekerja bangla ngan Indon, tetiba plak kawan aku tu lapau , dia nak makan dulu. Selit sikit , pekerja bangla berlagak, okeyyy. Kalau ngan aku jangan harap nak berlagak, memang kena sumpah seranah. Kat sana aku digelar sister ganster.kah kah kah. Okey, cerita pasal kawan aku tu, aku dah pesan ngan dia, kalau nak cari port , jangan ke dalam sangat, takut orang tak perasan.

Alkisahnya selepas beberapa jam menunggu, dia tak muncul-muncul. Aku khuatir, takut sesuatu perkara buruk berlaku kat dia. Aku panggil pekerja-pekerjaku semua, kah kah, mencari kawan aku tu. Kat tuan ngan kerani aku lapor mengenai kehilangan kawan aku ni. Cari punya cari, dorang tak jumpa kawan aku tu, dorang jumpa ular sawa yang dah buncit dan tak larat. boleh gitu? Pendekkan citelah, kawan aku dalam ular sawa tu. Dia kena baham ngan ular sawa . dorang dah belah perut ular sawa tu, dia dah patah riuk kat dalam tu.

Semenjak kejadian kawan aku dibaham ular sawa, aku tak delah trauma, aku keja cam biasa je, cuma aku ada satu habit suka baling batu kat ular sawa.kah kah kah. Korang jangan baling ular sawa plak, silap baling dibelitnya korang. Kalau nak baling pun, aku selalu pastikan perut dia buncit , masa tu dia tak larat nak bangun, apa lagi aku baling ngan batu kecik -kecik, baling pun ala-ala manja gitu. Lepas tu dia tenung aku, aku tak larik , dia nak kejar aku , tapi tak larat.


Episod seterusnya ...kena tunggulah

Jom layan satu lag kecintaan aku, jeti ngan laut.

Rindu,dah lama tak gi  laut  mancing. Last aku pegi masa Firdaus umur setahun. Siap ikat buaian dalam sampan lagi, Firdaus tidur nyenyak masa tu ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. chettt macam skema je bahasa aku hari ni.

Sebelum gi jeti kena naik komuter .


Firdaus muka kegembiraan sebab dapat naik komuter.


Firdaus menyedut moca vanila ice blended, dia cakap tedapp sangat. hurmmmm hurmmm sedut sampai tak hengat mak.


Sedut sampai tak henggat orang sekeliling.


gedikkan

Dah sampai jeti



Semenjak aku kat sini dari tahun 70an dah beberapa kali laluan ni bertukar, yang ni paling canggih, dulu ala -ala tangga kayu.


Cina pulau ketam


kenderaan nak gi pulu ketam







Pondok biru , jeti nelayan P.Klang

Kalau tidak nak lepak lama lagi, Astro plak menyibuk nak ambik gambar sana sini. Semua jadual feri pun dorang nak ambik gambar.kah kah.. Aku ngan firduas terus cau gi pasaraya puaka.

Kat pasaraya puaka,  sempat lagi firdaus paw aku nasi lemak, nasi lagiiiiiiii




Malulah konon. Suka sangat makan nasi lemak, buh kacang goreng ngan ikan bilis banyak-banyak.

Senang sikit dah boleh harap beli tiket.









Jumpa lagi dilain episod, semoga korang semua setia menanti....................










Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina