Salam hari senin.................
Berjumpa lagi dalam kelas masak paling comot alaf ni. Tak comot kata kau, hidang ngan periuk belanga atas meja, pinggan mangkuk tak sedondon, pinggan besi, cawan plastik, juadah tanpa aksesori, dan macam -macam lagi yang comot. Ada aku kesah, comot, selekeh, sesuai ngan motto blog ni bukan blog serius. kui kui kui kui.
Pinggan kesayangan
Pinggan mangkuk kat umah aku ni banyak belas ikhsan dari arwah mak. Ke mana perginya pinggan mangkuk mak kalau tak ke anak sendiri. Cayang sangat, pinggan cam tu mungkin tak de lagi sekarang ni. Kalau windu arwah mak , aku peluk cium pinggan mangkuk tu.Percayalah tu.kah kah kah . Tak gamak aku nak buang pinggan mangkuk tu, masih tertera kat belakang pinggan tulisan bercat biru huruf F pangkal nama arwah mak. Dolu-dolu kalau jiran wat kenduri , dorang suka pinjam pinggan mangkuk arwah mak, nak elakkan tertukar , belakang pinggan mangkuk tu mak buh tanda, bahasa modennya watermark.kui kui kui.
Aku salute ngan arwah mak, dia jaga sangat bab keterampilan rumah ni, contoh, sarung bantal ngan cadar sedondon sut, langsir tingkap ngan pintu sedondon waima bekas kuih raya pun sedondonlah. Aku ada?, tak de. Hujung minggu , awal pagi lagi dia dah bangun, cuci apa patut, bawah katil semua disapu, sawang mawang(ada ke perkataan berganda cam tu?) dibuang, memang tak de lah anak-anak yang ikut cara dia. Kalau lah sekarang ni dia masih hidup, nengok langsir tingkap aku kuning, langsir pintu cokelat , harus dia pengsan, belum masuk bab cadar aku pink, sarung bantal hijau, biasalah aku kan caca merba. Aku ngaku, bak jaga keterampilan rumah ni, aku memang fail.

Dari kelas masak comot ke pinggan mangkuk arwah mak , last sekali ke masakan gak.kui kui kui.
Kacau telur bersama kucai ngan sedikit kicap cair.Panaskan kuali atau non stick pan, buh sedikit minyak , curah telur yang dah dikacau tadi, tunggu sampai telur dadar nampak garing kemudian balikkan, biar garing kemudian angkat.
Sila percaya, telur dadar berkucai , sodap sangat.
yeah yeah yeah tomato ceri dah masak, boleh petik kat rumah google. kwang kwang kwang
Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan tomato ceri, lepas tu kan kan kan kan sila ambik resepi kat sini, kah kah kah.
Nasi goreng kampung bertomato ceri-namanya baru jap tadi reka.
Sardin goreng bertomato ceri-namanya baru jap tadi reka.kui kui kui
Juadah di atas fresh from farm, paling lama pun minggu lepas punya masakan. Boleh diampunkan. kui kui kui.
Aku akhiri cerita ni ngan 2 pantun 4 kerat ;
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pantun ni je aku dapat bagi, dah ni je pantun yang aku tahu dan hafal.