Monday, September 12, 2011

Barang yang lepas jangan di kenang

Salam lebaran..........

Tajuk tu sesuai tuk pemimpin kita yang suka nak ungkit-ungkit kisah lama. Rasanya lebih baik pemimpin kita ni bersyukur kat  Allah SWT  pinjamkan nyawa dan limpahkan rezeki tuk dorang bagi  terus hidup kat muka bumi ni.  Tetibakan semangat patriotik berkobar-kobar  .  Dah lama rasanya tak tengok tv, ntah cam mana  tertengok filem Bukit Kepong kat TV 2 semalam. Sampai sekarang ni aku duk  fikir kaitan filem tu ngan peristiwa sebenar Bukit Kepong, fikir punya fikir, rasanya lebih baik aku  sedekah Al-Fatihah pada arwah  pelakon dan polis Bukit Kepong  yang dah meninggal dunia dalam  kejadian  tu.


Terima kasih  pada suami yang sanggup meradah hutan belantara mencari belimbing buluh..Kalau rasa tu tipu, abaikan ye. Kalau bab merapu ni biasalah..............kah kah.

Pelik sikit  aku ni  kalau rasa masam  yang asli  cam buah  mangga, belimbing buluh, tomato  atau yang seangkatan dengan buah masam , aku  suka dan boleh tahan  masam tapi bab jeruk cam buah pala, kedondong dan segala jeruk yang seangkatan dengannnya,  memang aku   seriau  nak makan.

Hari tu masa pegi Penang mana ada aku beli jeruk-jeruk tu semua, waima kat sana menimbun sangat benda alah tu. Suami je galak membeli , kalah orang perempuan macam-macam jeruk yang dia beli. Aku hanya mampu pandang dan rasa seriau. Dia gak yang habiskan semua jeruk-jeruk tu.Aku makan dua tiga ketui je.

Korang plak cam mana . boleh tahan ke ngan jeruk-jeruk ni?


Sila abaikan lakonan semula  ni-contoh nak letakkan belimbing buluh dalam rice cooker sebelum bubuh dalam sambal belacan.

Pandang belimbing buluh tetiba teringat kat arwah mak. Hati ni mulalah merintih-rintih , sayu hiba, apasal tak boleh ke? korang ada mak bolehlah nak senyum meleret.. Jangan marah  ye, guruan di hari raya. Dia suka sangat sebelum  buat sambal belacan bubuh belimbing buluh yang dipanaskan dulu dalam rice cooker yang tengah keep warm.

Dah lama tak menyadin, kalau suka sila layan ye.........


Banyak bawang ngan cili api seperti gambar di atas. Jangan risau tak pedas sebab  tu cili api palsu. Kalau cabai burung  korang letak banyak tu, mahu muncung mulut lepas makan sardin goreng.


Hirisan  sebiji  bawang besar  ngan 7  biji belimbing buluh belah dua.  Setiap orang citarasa berbezakan , kalau tak suka masam sangat boleh kurangkan .Pada aku tu okey .


Resepi sardin goreng tu cilok kat sini ye.

Kalau dah bubuh belimbing buluh tak payah   air perahan  asam jawa lagi.

Semalam memang malas nak goreng sayur, tapi masih nak bagi Firdaus makan sayur.Jadilah terung  telur dadar .okey tak nama resepi ni?

Pada yang kat luar sana ada anak-anak korang yang tak suka makan sayur, silalah buat telur dadar cam ni.  Kebanyakan budakkan  suka sangat ngan telur, hambikkkkkk ko makan sekali sayur dalam tu. keh keh keh


potong dadu sebiji terung ngan 1 labu bawang besar. Abaikan papan yang dah berkerak tu.


Goreng  terung ngan bawang tadi sampai layu buh sedikit garam dan perasa, kemudian tuang 4 biji telur yang dah dikacau ngan sedikit garam.


Bila dah bertukar kaler cam kat  atas, boleh angkat . Abaikan telur dadar yang terhitam tu.


Firdaus setiap kali dapat  makan sardin memang akan  tersenyum lain macam .


Jumpa lagi..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina