Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali 2011,cream cheese brownies step by step, Genap setahun pemergian ayah


Salam hari rabu.................


Happy Deepavali kepada semua pembaca bog ni yang beragama hindu. Bila Deepavali melabuhkan tirainya esok, maka genaplah setahun Ayah meninggal dunia. Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang -orang beriman .Amin.

Hari ni cam terasa sunyi plak, suami gi mancing, yang lain sibuk, biasalah cuti sehari je, Firduas ni kejutkan dari tadi , tak nak bangun, biasalah tidur pun dekat nak pukul 2 pagi. Dia ni spesis malam berjaga, siang tido. Nasib baik time nak gi sekolah , dikejutkan tak meragam.

Semalam seperti yang dijanjikan nak wat cream cheese brownies tuk MIL sempena Deepavali, maka gigihlah malam tadi buat brownies . Macam-macam nak dibuat, tengok jam dah pukul 10 malam, terus mandikan Firdaus, pack apa patut, terus pegi umah MIL. Sepatutnya pegi hari ni, memandangkan suami nak gi memancing, malam tu gak kena pegi .

Apa lagi tak reti-reti, dah borak masak-masak jangan dilupa.kui kui kui


Jom step by step cream cheese brownies-aku dah tokok tambah resepinya.Kalau nak resepi lain boleh gak pegi sini.

Memandangkan stok self raising flour pemberian company sempena raya hari tu ada dua kotak , kenalah gigih menghabiskannya takut expired.



Jangan lupa sediakan 250 gram cream cheese(sukati nak pakai apa jenama pun-janji HALAL)



fresh milk 50 ml.-kalau tak de pun tak pe, tapi biasalah aku ngan nak yang lemak berkrim.



Untuk cream cheese


1)putar cream cheese sampai gebu, kemudian masukkan gula castor 50 grams, putar lagi samapi gebu , Kemudian masukkan sebiji telur putar lagi, last sekali perahkan sedikit lemon juice. Kalau uk makan sendiri bolehlah perah lemon juice, kalau tuk niaga, botak kepala, pada aku lemon ni mahal.Kalau buh lemon juice, rasa cream cheese tak leh nak digambarkan ngan perkataan.kah kah kah-Dah siap ketepikan cream chesse tadi, kita gi wat brownies plak.




Untuk Brownies

(bowl pertama)

1)cairkan 250grams butter(butter ni aku guna butter anchor)
2)masukkan 1/2 atau 1 cup coco powder.kacau rata.



3)hand whisk 1 1/2 cup gula castor atau gula pasir. Kemudian buh 50 ml fresh milk.
4) Curah adunan ke dalam dalam bowl pertama, hand whisk lagi , masukkan 1 cup self raising flour sedikit demi sedikit sambil kacau sebati, akhir sekali masukkan essen vanilla.

"JANGAN LUPA TINGGALKAN SEDIKIT ADUNAN BROWNIES, TUk DIPAIPKAN ATAS CREAM CHEESE NANTI "



Panaskan dulu oven 180 celcius, curahkan adunan brownies ke dalam loyang yang dialas grease proof paper. Biar je paper tu berjuntai, nanti senang nak diangkat.Bakar selama 20 minit , mengunakan api atas bawah.





Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven, curahkan cream cheese tadi. Abaikan budak penyibuk tu.


Buat corak ikut sesuka hati, nak gajah, rimau semua boleh, masalahnya korang tau ke nak lukis gajah atas tu. kui kui kui kui


Selepas siap mendesign gitu , masukkan dalam oven bako lagi hingga 15 minit.


tedapnya.nyum nyum



Tedapnya cream cheese brownies, tak kan ye aku nak potong sebelum bagi MIL kan, cream cheese brownies ni wat minggu lepas tuk yuyi.




Jumpa lagi, lepas ni macam-macam keja nak buat, kain baju tengah menunggu nak dibilas, kalaulah guna washing machine otomatik kan senang, tak yah nak bilas guna tangan.Tak pelah exercise sikit , boleh gak kecikkan lengan aku yang gomok ni..

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina