Showing posts with label petua nenek kebayan. Show all posts
Showing posts with label petua nenek kebayan. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Fansha Sandha nak kongsi rahsia kecantikan


Hye saya Fasha Sandha, ni blog memon ,takde maknanya Fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikan kat blog ni. Amboi kengkawan syoknya sambung tidur , mentang-mentanglah kat luar sana hujan cuaca sejuk. Kengkawan mau ke mana ari ni? memon tak kemana-mana, memon cadang nak basuh kain baju, sidai kain baju, lipat kain baju , kain baju! kain baju ! kain baju! kenapalah terciptanya kain baju, memon fed up bila fikir pasal kain baju terutama bab lipat kain baju , extra fed up +++ bab mengosok kain baju, seriyes dulu kini dan selama-lamanya memon menccikkk.

Berbalik pada cite asal, haip haip  laju je kengkawan nak klik blog memon bila kengkawan tahu fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikkan kat sini, cuba yang nak kongsi rahsia kecantikan tu memon, memang haremmm korang nak klikkan, la la la la la Memon tak cantik , bak kata P.Ramlee manisnya ada. kwang kwang kwang. Memon tak dapat share apa-apa ngan kengkawan bab rahsia kecantikan, tapi kalau bab rahsia menguruskan rumahtangga , dapatlah memon  share sikit-sikit ngan  kengkawan.

Cite Bab  kecantikan, entah kenapa dari dulu Memon susah nak terpengaruh ngan iklan kat TV terutama iklan produk kecantikan ,lebih lagi iklan tu mengunakan artis fofular sebagai daya penarik .*penjelesnya memon* Paling memon tak boleh blah ngan model produk kecantikan pemutih wajah, modelnya rata-rata berwajah cerah, untuk menampakkan wajah gelap boleh berubah jadi putih lepas memakai produk tu  wajah model  akan dimake upkan sedikit gelap . Memon akan percaya 50% keberkesanan produk pemutih wajah tu, Jika model iklan produk tu memang berwajah gelap berubah menjadi putih selepas memakai produk tu

Memon tak moh ambik pedulik semua tu, memon tahu yg memon  percaya ngan sorang model namanya yuyi ,. anak memon. Jangan cuba nak buang masa klik link merah tu, tak de maknanya  anak memon tu nak berblog.



Dua bulan lepas Yuyi bagi memon Inner shine berry , sampai la ni tak berusik.

Okey memon ada  petua nak  menghilangkan kesan keputihan pada kain baju, keputihan ni berlaku ada kaitan ngan mesin basuh atau sabun serbuk. Kesan keputihan paling menyerlah pada kain baju berkaler gelap *cam gelik je guna ayat keputihan tu* la la la la


kengkawan ambil benda alah ni, apa ke nama benda ni, aku sental periuk guna benda ni


Kengkawan gosok secara perlahan  benda ni kat kain baju yang ada kesan keputihan. Memon gosok benda ni kat seluar sekolah Firdaus, seluar sekolah dia kaler biru gelap sah lah banyak keputihan.




Memon konpius ngan diri sendiri sampaikan memon tak pasti motip memon tepek gambar Firdaus ni. Dalam kekonpiusan melanda jiwa rage, menelek gambar Firdaus tu memon terfikir dua perkara

1)meja sekolah tu tinggi
2)Firdaus rendang orangnya


Memon tersenyum dalam kepahitan, bila mengenangkan lepas ni memon kerna terpaksa membilas kain baju , lipat kain baju, gosok kain baju, oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Tuesday, February 14, 2012

bila dalam tekanan sental vontot kuali best gak-gosok jangan tak gosok!!!!!!!

Tadi subuh semangat aku lain macam, bangun je buat apa yang patut ,  terus  ke dapur masak sambal sardin ngan telur dadar berkacang panjang. Aku  bawak bekal nasi ke tempat keja, tapi yang best tak makan pun, aku boleh plak  pegi lunch kat luar, nampak sangat  bengongkan .Lauk dah ada , tengahari nanti sebelum Firdaus pegi  sekolah bolehlah  makan dulu.

Telur dadar berkacang panjang peberet suami dan Firdaus.kira halal ye, link yg aku bagi tu telur dadar berkacang buncis : )


sambal sardin feveret sekeluarga dari dulu kini dan selama-lamanya.

Bekal nasi ni aku bawak ke tempat keja


Lepas guna kuali tu rajin rajin lah sental vontot kuali. Bila daki dah tebal kat vontot kuali, api pun tak boleh sampai, kuali lambat panas,bila kuali lambat panas masak pun jadik lambat. sental jangan tak sental, sental sental selalu.


Nampak tak tuan tuan dan puan puan, kesan lelehan sambal ngan beberapa kotoran lain di vontot kuali. itu yang menyebabkan kuali tuan tuan puan puan lambat bertindak, lambat panas dan segala-galanya lambat. Peribahasa ada berkata "Jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar, kang kuali lambat panas, korang sangka dapur yang rosak. motip?

Boringlah cite pasal vontot kuali , rasa cam nak behenti keja sekarang ni jugak, cam manalah orang yang cukup tahun pencen, boleh sambung lagi. Aku syorkan dan alu-alukan yang dah pencen tu buat-buat lah duk rumah , aku kalau boleh sekarang ni gak nak duk rumah goyang kaki, kira duit .Duit dah banyak mah , tak tahu nak buat apa. Setiap malam sebelum tidur aku suruh mak jemah urut tangan ngan kaki ,sambil nyanyi dodoi sidodoi sidodoi..................mak jemah tu kira orang gaji akulah  pada masa tu.

Bodohkan sipendek yang makan binatang kaki empat tu ngan sinenek kebayan, tak tahu langsung nak menghargai diri sendiri dan menikmati kebahagian hidup .cepat blah boleh, please please!!!!!!!!!!!!!!!!!!semak dan serabut bila korang berdua masih ada kat  sini. Nak muntahlah ngan lakonan orang yang bizi setiap jam, saat, hari , ingat orang semua tidur  ke. Lagi aku muntah bila orang lain yang buat salah, aku plak yang dia sound, nampak sangat kurang kasih sayang. Orang suruh pegi clubbing, minum todi , vodka, beer , happy enjoy tak nak, nak duk meroyan kat opis jugak, lepas tu nak tension kan orang lain.

Penyakit kurang kasih sayang ni kena cepat diubati,, kalau tak  boleh melarat ke  sakit mental, sapa yang susah orang lain jugak yang susah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina