Cerita mengenai baju sukan sekolah Firdaus selesai semalam. Cikgu Firdaus tak dapat menghubungi aku melalui handphone, sebab kebetulan semalam Handphone yang paling aku sayang selama ni dah jahanam , jadi dia call handphone suami. Aku tak nak lah bagitau kat sini butir perbualan antara suami aku ngan cikgu Firdaus, cukuplah aku bagitau yang percakapan dia itu betul-betul membuatkan hati aku ngan suami terguris, percakapan -percakapan yang rasanya tak sangka boleh keluar dari mulut seorang cikgu.
Aku ngan suami rasa pelik sebelum isu baju sukan Firdaus ni timbul , selama dekat 4 bulan Firdaus sekolah tak pernah lagi cikgu Firdaus komplin pasal pelajaran Firdaus, alih-alih semalam dia komplen plak. Selama ni setiap malam aku ajar Firdaus menulis ngan membaca aku tengok dia okey je. Mulanya suami aku rasa nak marah cikgu Firdaus masa cikgu tu keluarkan satu perkataan yang tak sedap didengar , bila suami aku berfikir cara rasional dia tak jadi marah cikgu tu , dia tak nak lah nanti cikgu tu melempiaskan rasa marahnya kepada Firdaus . Aku ngan suami bukan tak boleh terima dia komplin pasal Firdaus, kalau nak komplin pun bercakaplah guna bahasa yang lebih sopan bersesuaianlah ngan sifat yang ada pada seorang pendidik. redho jelah, biarkanlah cikgu tu bahagia ngan cara dia sendiri, semoga Allah SWT panjangkan umur dia.Amin : )
Berbalik cite pasal handphone ; aku sedeh sangat handphone second hand jenama sony cybershot model lama yang banyak berjasa ngan aku dan blog ni akhirnya jahanam semalam setelah aku mengunakannya hampir 5 tahun . Banyak jasa handphone sony cybershot tu ngan blog ni, hampir semua gambar -gambar dalam blog ni aku ambik guna hanphone tu. Sepatutnya dah lama aku kena tukar handphone baru, aku je tak nak , sayanglah handphone tu pemberian suami .Suami aku tahu sangat aku sayang ngan handphone tu , tengoklah nanti dia mesti hantar handphone tu kat kedai handphone kawan dia suruh repair. .
The moral of the story, zaman sekarang ni orang yang suka berterus terang dan lantang menyuarakan pendapat sering disalah anggap oleh orang sekeliling.*lepas ni mak bajet nak jadi gegirl*
Nota kaki : Cerita ratu kebaya pegi beli ikan kat sini tak akan aku sambung kat blog ni ye, bukan apa semenjak blog aku ni dah fofular rasa cam tak best je nak sambung cerita orang lain, lagi pun kat situ aku tak beli apa -apa pun.*bajet fofular tu biasa*
Showing posts with label baju sukan sekolah. Show all posts
Showing posts with label baju sukan sekolah. Show all posts
Wednesday, April 18, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Baju sukan sekolah yang tip top
Sekadar luahan hati
Bodoh sangat ke aku hari ni?, sampaikan nak bertengkar pasal baju sukan sekolah Firdaus ngan kerani sekolah . Aku bukan jenis orang yang suka kecoh kecoh, lagi lah bila membabitkan hal remeh temeh macam baju sukan sekolah Firdaus yang sampai hari ni tak nampak batang hidung lagi , bolehkan guna ayat batang hidung : ) . Masuk ni dah kali kedua aku tanya pasal baju sukan, jawapan yang aku dapat masih tetap sama "baju sukan tak siap lagi, bukan anak cik sorang je tak dapat baju sukan, semua murid pun tak dapat lagi.Masalahnya ada aku kesah ke kalau murid lain tak dapat lagi baju sukan? Aku sekarang ni bercakap bagi pihak Firdaus sorang budak lelaki yang terlalu teruja untuk memakai baju sukan semasa Pendidikan Jasmani.
Baju sukan sekolah belum siap print lagi : pada aku klise sangat alasan tu. Seingat akulah dulu zaman -zaman aku sekolah cakap je nak berapa helai baju sukan yang kau nak ,cikgu bagi masa tu gak ,tak tahu plak sekarang ni lain pesyennya, mungkin pihak sekolah nak tambah logo emas kot : ) Kerani sekolah ada bagitau aku malam nanti cikgu Firdaus akan call aku , jangan dia call semata-mata nak bagitau alasan yang sama udah,mau aku hanggin . Aku harap semasa perbualan aku ngan cikgu memon , Allah SWT memberikan aku kesabaran yang paling tinggi 9.1 skala richter.
cite banyak pun tak guna buat menghabiskan air liur je, baik aku simpan air liur ni untuk suami aku ada gak feadahnya : )
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
baju sukan sekolah,
Firdaus tahun 1,
sekolah Firdaus,
Sembang Mak Long
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jangan ikut sangat
makan-makan
- Bubba Gump The Curve
- The Blossom Chinese Restaurant Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- The Garden Terrace-Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Restoran Port Village -Bagan Hailam Port Klang
- Restoran terapung-HM sri bagan -Bagan Lalang
- Bagan lalang-art caterer
- Restoran Windmill-Jaya Jusco bukit Tinggi
- Restoran David Brown-Bukit Bendera
- Secret Recipe
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Burger king-Bukit Tinggi
- Boston-Jaya Jusco Bukit Tinggi
- Best Seafood-Star Cruise West Port
- TGI Friday--Garden Mall
- TGI Friday -Subang Parade
jalan -jalan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Dewi Sri Spa Alam Sentral
- Amoaras Relaxing Spa
- Samsara Spa Swiss Garden Resorts &SPA Kuantan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Banting-Perkampungan orang asli Tanjung Sepat
- Melaka Bandaraya bersejarah
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Genting Highland
- Penang-Penang Butterfly Farm, Empangan Teluk Bahang, Jeti Teluk Bahang, Pantai Teluk Bahang
- Penang-David Brown's Restaurant, Bukit Bendera
- Penang-Jalan Chowrasta, Batu Ferenggi, Nasi kandar
- Penang-Tempat penginapan
- Penang-Bukit bendera







